Nak Trading Tapi Tak Ada Asas?

Apabila sebut aje bidang trading, ramai yang beranggapan bahawa bidang ini adalah satu bidang yang sangat berisiko. Saya sendiri tidak menafikan bahawa bidang trading ini sememangnya bidang yang mempunyai risiko yang tinggi. Namun, ia juga adalah bidang yang memberi pulangan keuntungan yang tinggi. Tidak kisahlah sama ada trading forex, gold, index atau stock market.

Sekiranya anda inginkan keuntungan di dalam bidang trading, apakah yang anda perlu lakukan? Sudah tentu lah anda perlu mempunyai asas yang kukuh dalam bidang trading ini. Namun, saya melihat ramai yang terus menceburi bidang trading ini tanpa mencukupi asas-asas yang sepatutnya yang akhirnya menyebabkan mereka kecundang. Mereka-mereka ini juga lah yang menjadi penyumbang kepada peratusan trader yang mengalami kerugian.

Dunia trading ini bukan lah dunia untuk anda mencuba-cuba. Bukan dunia untuk anda jadi jutawan dalam satu malam. Bukan juga dunia untuk anda memperjudikan wang ringgit anda. Apabila ada orang yang menjadikan dunia trading ini sebegini, maka pandangan orang lain terhadap trading semakin tercemar.

Sebab itu saya tegaskan bahawa kalau anda nak menceburi bidang trading, anda perlu kukuhkan dulu asas-asas trading ini. Baru anda akan selamat berada di dalam dunia trading. Anda yang menentukan sama ada risiko dalam trading ini tinggi atau tidak.

Bagi saya, sesiapa yang mempelajari tentang trading, dalami ilmunya, ikut aturan dan sistem yang betul, dia pasti dapat meminimakan risiko kerugian. Oleh itu, saya nak kongsikan kepada anda 5 tips asas memulakan bidang trading. Anda kena genggam kuat-kuat asas ini supaya anda tidak tergelincir semasa berada dalam dunia trading ini.

#1 Mengunci Mindset

Ini adalah perkara asas yang anda perlu tanamkan dalam mindset anda sebelum anda memulakan trading. Anda perlu tanyakan kepada diri anda, apakah sebab atau tujuan sebenar anda nak menceburi bidang trading ni? Adakah anda ingin mengubah cara hidup anda? Atau anda hanya sekadar mengikut kawan-kawan anda trade? Jawapan ini lah yang akan menjadi penentu berapa lama anda akan berada dalam dunia trading.

Sekiranya anda tidak menetapkan dan mengunci apakah sebenarnya matlamat anda duduk di dalam dunia trading, saya pasti anda akan berada sekejap sahaja di dalamnya. Tanpa semangat yang kuat dan tanpa matlamat yang jelas, mustahil untuk anda berjaya dalam trading.

Jadi, setkan minda anda awal-awal sebelum anda memulakan trading. Berapakah peratus yang anda nak capai di dalam setiap kali entry? Berapa peratus yang anda nak peroleh untuk seminggu atau sebulan. Semua ini anda kena jelas supaya anda nampak apakah hala tuju anda semasa trading nanti.

Jangan hanya 'hangat-hangat tahi ayam' aje. Mula-mula berkobar-kobar nak jadi trader dan nak untung banyak. Tapi anda tak kunci mindset anda betul-betul. Apabila baru sekali anda mengalami kerugian, anda dah give up dan terus mengalah. Sebab apa? Sebab mindset anda tak cukup kuat. Anda tak kunci dalam-dalam matlamat anda untuk trading. Anda hanya meletakkannya di atas permukaan sahaja. Tidak masuk hingga ke dalam.

Sebab itu anda akan jadi cepat berputus asa apabila menemui kegagalan. Sedangkan di awal sebelum anda memulakan trading, anda sudah maklum bahawa dunia trading ini sememangnya high risk high return. Sepatutnya anda juga sudah bersedia untuk menghadapi kegagalan selain mengaut keuntungan. Betul kan?

Oleh sebab itu saya katakan, set minda anda dan kunci ia betul-betul supaya ia terpasak dalam minda andasepanjang anda trading. Supaya anda akan sentiasa ingat apakah matlamat anda, apakah peratusan keuntungan yang anda inginkan, berapa peratus kerugian yang anda sanggup tanggung, berapa modal yang anda nak laburkan dan banyak lagi. Pastikan modal anda relevan dengan peratus keuntungan yang anda inginkan.

Saya bagi penekanan terhadap mindset ni kerana saya melihat ramai orang di luar sana yang tidak mempunyai mindset yang kuat. Mereka tidak mengunci sepenuhnya matlamat dan tujuan mereka dengan jelas. Akhirnya mereka sendiri yang kecundang kerana mindset mereka sendiri.

#2 Mempunyai Mentor

Selain daripada mindset, asas kedua ini juga penting sebelum anda memulakan bidang trading. Anda haruslah mempunyai mentor yang mampu memberikan tunjuk ajar dan bimbingan dalam bidang trading ini. Oleh kerana bidang trading ini sebenarnya sangat luas. Ada bermacam-macam trading yang wujud seperti forex, index, gold, minyak, stock market, dan banyak lagi.

Jadi, anda kena cari mentor yang pakar atau memang arif dalam bidang trading tersebut. Memang anda boleh belajar ilmu trading di youtube atau di buku. Tapi tiada orang yang akan menegur anda bila anda melakukan kesilapan dalam trading. Kan susah untuk anda tahu apakah salah yang anda lakukan? Apabila anda sendiri tidak tahu apakah kesalahan yang anda lakukan, ini yang akan menyebabkan anda berulang kali melakukan kesilapan yang sama.

Jadi, melalui mentor lah anda akan dapat guideline yang sepatutnya. Bagaimana anda nak trade, nak guna berapa besar lot size, bila waktu yang sesuai untuk anda trade, waktu apakah yang tidak sesuai untuk anda trade, dan banyak lagi ilmu yang anda perlukan dari mentor yang betul.

Sebab apa saya kata mentor yang betul? Macam saya katakan tadi, biarlah mentor tu adalah mentor yang pakar dalam bidang trading yang anda ceburi. Saya bagi anda perumpamaan mudah. Kalau anda sakit kulit, dan anda pergi ke klinik biasa. Adakah sakit kulit anda akan sembuh? Tidak! Mereka pasti suruh anda rujuk kepada doktor pakar kulit. Macam tu juga lah dalam trading. Anda kena pilih mentor yang betul, baru lah anda boleh berjaya.

Kalau anda nak cari mentor dalam trading gold, anda boleh jumpa saya. Tapi kalau anda nak trade stock market, anda kenalah jumpa mentor stock market kerana mereka lebih arif dalam bidang tersebut. Lagi pula, dengan mempunyai mentor ini anda akan dapat memendekkan masa anda belajar tentanf trading dan i juga mempercepatkan proses anda untuk berjaya dengan cemerlang.

Seperti murid sekolah. Kalau nak berjaya kena pergi sekolah, kena belajar dengan guru sekolah. Nak hebat dalam sejarah, kena belajar dengan cikgu sejarah. Nak hebat dalam fizik, kena belajar dengan cikgu fizik. Mana ada orang nak hebat dalam akaun pergi belajar dengan cikgu pendidikan jasmani. Betul tak?

Jadi, sebelum anda memulakan bidang trading, pilih mentor untuk ajar anda tentang trading. Belajar dari mereka tentang sistem trading, cara trading, teknik trading, tips-tips semasa trading dan banyak lagi. Kemudian, banyakkan buat exercise supaya anda dapat melatih diri anda menjadi lebih baik. Kira buat homework lah.

Ni janganlah pula bila mentor suruh buat exercise, buat homework, anda buat tak tahu aje. Lepas tu salahkan mentor bila tak ingat dan tak pandai-pandai lagi. Budak sekolah pun nak dapat straight A dalam SPM selalu buat latih tubi banyak kali, baru mereka boleh capai kejayaan. Sebab mentor hanya memberi tunjuk ajar, dan anda lah yang perlu belajar dan belajar. Buat latihan demi latihan, hantar result kepada mentor dan minta tunjuk ajar di mana salah anda. Mungkin anda ada tersalah formula atau something dan belajar dari kesilapan tersebut.

#3 Menetapkan Modal

Apa lagi yang anda perlu tahu sebelum memulakan trading?

Sudah tentu anda memerlukan modal sebelum memulakan trading. Tanpa modal, macam mana anda nak trade? Betul tak?

Dari mana anda nak dapatkan modal? Kalau bagi saya, saya tak sarankan student saya atau mana-mana trader untuk membuat loan semata-mata untuk trade. Sebab anda perlu tahu, wang modal yang anda sediakan haruslah wang hangus. Dalam erti kata lain, wang yang anda sanggup terima sekiranya ianya hangus dalam pasaran.

Sebab itu saya tak sarankan anda gunakan wang modal daripada loan sebab anda still kena bayar loan tersebut. Ada juga yang bertanyakan saya, boleh ke mereka trade tapi modal tu dari orang lain.  Jujur saya cakap, jangan sesekali trade untuk orang atau anda gunakan wang orang lain dan trade kan. Dalam dunia trading, anda tak pasti lagi boleh untung ke atau rugi. Kalau rugi? Macam mana anda nak bayar balik wang tersebut?

Lagi satu, orang yang kata akan trade kan untuk anda dan anda tak perlu susah-susah untuk belajar dan mengadap chart, tiap bulan dapat profit. Jangan sesekali terjebak dengan orang sebegini sebab ia umpama scammer. Mungkin saja dia akan kata trading rugi walaupun sebenarnya dia untung. Siapa tahu hati manusia kan.

Oleh itu, anda perlu mempunyai modal sendiri sebelum memulakan trading. Gunakan wang simpanan anda yang bukan wang untuk kecemasan. Tapi, berapa banyak modal yang anda perlu keluarkan?

Jika di dalam dunia trading ini, saya akan minta anda menetapkan 3 modal iaitu modal untuk anda trade, modal untuk anda belajar dan dalami ilmu trading, dan modal untuk anda sediakan segala peralatan dan kelengkapan trading.

Ketiga-tiga modal ini penting kerana ia adalah asas yang anda perlu ada sebelum anda memulakan trading anda. Dari sudut modal untuk trade, anda perlu tahu berapakah modal yang anda perlukan? Adakah banyak atau sedikit? Sekiranya anda inginkan keuntungan yang besar, modal yang anda laburkan untuk trading haruslah besar.

Jangan  pula anda mengharapkan untuk mendapatkan untung yang besar dengan modal yang kecil. Sila berdiri di bumi yang nyata sebab trading ini bukanlah magic. Orang yang nakkan untung besar tapi modal yang kecil ini lah  yang selalunya akan overtrade dan mengundang risiko yang besar.

Saya selalu nasihatkan student saya supaya trade ikut modal. Jangan masuk lot besar. Ambil 3% keuntungan je dari modal mereka. Sebabnya kalau tiba-tiba market reverse, sekurang-kurangnya mereka hanya rugi sedikit aje. Ini yang saya katakan kalau ada mentor yang betul, anda boleh meminimakan risiko kerugian.

Nak tahu macam mana, anda kena mulakan dahulu trading ni dengan menggunakan akaun demo. Rasai dulu macam mana keadaan pasaran dengan akaun demo. Daripada akaun demo ini lah anda akan gunakan sebagai latihan untuk anda melalui satu proses trading. Latihan demi latihan yang anda lakukan akhirnya boleh membuahkan hasil. 3 bulan ke 4 bulan anda kenali Mr. Market dengan akaun demo, anda dah tahu rentak dia, anda dah boleh kawal penggunaan modal anda, dan anda dah boleh selalu dapat untung, baru anda boleh gunakan akaun real.

Selain anda sediakan modal untuk trade, anda juga perlu ada modal untuk belajar dengan betul sistem trading. Beli peralatan dan kelengkapan untuk anda trade. Kalau anda student saya, saya takkan benarkan anda trade menggunakan smartphone sebab peratusan anda salah trade adalah tinggi. Saya sendiri pernah cuba. Saya lebih sarankan anda ada pc atau monitor besar yang boleh tengok chart dengan jelas. Kalau anda nak guna smartphone, hanya untuk anda monitor sahaja.

#4 Mengawal Emosi

Tips yang seterusnya sebelum anda memulakan trading adalah anda perlu belajar mengawal emosi. Tidak kisah lah dalam intrumen apa pun yang anda trade, sekiranya anda tidak mengawal emosi, anda akan kecundang. Oleh sebab itu tips ini juga sangat penting untuk anda ada sebagai asas sebelum anda trading.

Bagaimana untuk anda mengawal emosi? Anda kena cari diri anda semula. Kenali Tuhan anda. Ingat kembali apa sebenarnya tujuan anda untuk trade. Jika anda ingin mengubah hidup anda, anda ingin bantu keluarga anda, maka anda lagi perlu kawal emosi. Sebab jika anda tidak mengawal emosi, trading anda akan hancur.

Saya cakap ni bukan main-main. Bukan sorang dua yang hancur trading mereka sebab emosi. Tapi beribu-ribu orang di luar sana yang trade dengan emosi akhirnya wang mereka hangus. Anda perlu faham, dalam trading ni ia bukan sahaja melibatkan emosi semata-mata, tapi ia juga melibatkan keluarga anda, masa yang anda habiskan di depan chart, duit yang anda labur dan banyak lagi.

Lagi kuat emosi anda, lagi kuat anda akan terpengaruh dan ia boleh menyebabkan duit anda dalam trading hangus. Apabila anda tidak dapat mengawal emosi, ia akan menjadikan keputusan yang anda buat tidak relevan. Contohnya, anda dah dapat keuntungan yang anda tetapkan sebelum ni, tapi disebabkan sifat tamak menguasai anda, anda nak lebih lagi. Tiba-tiba market reverse, wang profit anda tadi habis terus beserta modal anda. Sebab kita tak boleh nak duga market ni.

Sebab itu, saya selalu nasihatkan student saya agar jangan trade sewaktu emosi. Tak kisahlah anda tengah emosi sebab apa, jangan trade. Sebab dia hanya akan membuatkan anda tersalah buat keputusan. Apa yang saya katakan ni semua dari pengalaman. Saya sendiri dah rasai semua tu. Jadi saya tak nak anda lakukan kesilapan yang sama.

#5 Mensyukuri Nikmat

Akhir sekali, anda perlu setkan tips asas ni di awal sebelum anda trading, bukan selepas trading iaitu mensyukuri nikmat. Bagaiman tu? Macam saya kata sebelum ni, anda perlu tahu berapa peratus keuntungan yang anda ingin letakkan. Jangan terlalu tamak, dan pastikan ianya relevan. Setelah anda trade dan dapat keuntungan yang anda letakkan,  anda harus bersyukur. Jangan tamak untuk nak lebih.

Jadi, bagaimana anda ingin tunjukkan yang anda mensyukuri nikmat? Ingat balik tujuan asal anda trade. Anda nak bantu keluarga, anda nak ubah hidup anda, anda nak belikan barang untuk suami, isteri atau anak-anak, anda nak bawa keluarga pergi melancong, anda nak tunaikan umrah. Semua tujuan asal kenapa anda nak trade ni, anda perlu ingat semula.

Apabila anda dah dapat keuntungan, anda tunaikan apa yang anda impikan. Inilah cara anda patut mensyukuri nikmat. Berikan reward pada diri anda sendiri setelah anda dapat keuntungan. Ini lah dia hasil usaha anda trade. Sebab apa anda kena reward diri anda? Supaya ia boleh berikan energy yang baru pada diri anda. Macam anda bekerja, jika anda tak dapat gaji, mesti semangat anda pudar. Tapi, setelah anda berpenat lelah bekerja, and adapat gaji, hilang terus penat lelah anda tadi. Betul tak?

Ia juga akan membuatkan anda akan trade dengan lebih tenang dan anda mampu tersenyum. Selain itu, anda juga boleh tunjukkan syukur anda dengan memberi kepada yang memerlukan. Kalau saya, saya suruh student saya buat sedekah atau berwakaf sebab dalam rezeki yang kita perolehi ada rezeki orang lain.

Jangan pernah kedekut sebab lebih banyak kita beri, lebih banyal lagi yang kita akan dapat. Percayalah.. Tapi, kalau anda tak reti bersyukur, apa yang anda dapat pun anda akan kata tak cukup. Jangan kufur nikamt. Bersyukur dengan rezeki anda.

Sudahkah anda bersedia?

Adakah anda sudah bersedia untuk melangkah ke arah dunia trading? Jika anda katakan 'Ya', anda juga haruslah sudah bersiap sedia memenuhi kesemua tips-tips asas di atas ini.

Kejayaan terletak ditangan anda. Anda yang akan menentukan bagaimana kehidupan anda sebagai trader pada masa akan datang, samada sebagai trader yang berjaya atau tidak. Saya sudah kongsikan tipsnya kepada anda, sekarang ia terserah kepada anda.

Anda boleh SHARE kan posting ini, semoga ia bermunafaat buat anda.

Dapatkan Ebook

'Knowledge Trading Version 2' Sekarang!

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Ir Sofian will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.