Mengapa Diamond?

'Diamond' atau kita panggil sebagai berlian merupakan batu yang terhasil akibat tekanan yang tinggi dalam perut bumi sehingga menjadikan ia batu permata yang sangat unggul.

Keunikan dan kecantikannya tidak terungkap dengan kata-kata.

Bolehkah kita sebagai manusia juga sebegitu? Menjadi seperti berlian?

“Jadilah seperti berlian”

Apakah Ciri-ciri 'Diamond'?

Jika kita ingin belajar menjadi seperti berlian, kita juga kena tahu apakah ciri-ciri yang ada pada berlian ini.

  • Cantik
  • Kuat
  • Mahal
  • Sukar dicari
  • Penuh bermakna

Lihatlah ciri-ciri yang ada pada berlian ini. Ia merupakan batu yang sangat kuat dan keras di bumi kerana batu berlian ini mampu menggores apa benda pun walaupun kaca.

Ia juga tersangat cantik kerana memiliki berbagai warna iaitu pink, kuning dan biru. Kecantikannya menjadikan ia batu permata yang sangat mahal dan tinggi harganya.

Selain itu, berlian ini juga sukar dicari kerana ia berada di dalam kawasan perut bumi yang memerlukan penggalian dan perlombongan.

Oleh sebab itu, berlian ini juga selalunya dijadikan sebagai satu simbolik bagi sesuatu peristiwa atau momen yang bermakna bagi seseorang.

Anda sendiri boleh lihat bagaimana berlian ini terbentuk. Hanya Klik pada gambar ini.

ir sofian akademi jl pembentukan berlian

Sungguh menakjubkan kan?

Jadi, mengapa saya nak kita belajar dari ‘diamond’ ni? Lihatlah saja pada ciri-cirinya itu.

Saya nak kaitkan bagaimana kita sebagai manusia juga memerlukan tekanan dalam membentuk diri kita menjadi insan yang lebih berjaya. Sebagaimana berlian terbentuk akibat tekanan yang tinggi hingga menjadi batu permata yang tersangat cantik dan mahal, begitu juga manusia. Kita juga boleh menjadi insan yang bermotivasi dan berkualiti.

Oleh sebab itu, jika kita mempunyai tekanan dalam hidup, jangan pernah menyalahkan takdir. Tetapi, gunakan tekanan tadi untuk berubah menjadi lebih baik.

“Tiada sesiapa yang dapat mengubah diri kita menjadi lebih baik

melainkan kita sendiri berusaha untuk berubah menjadi yang terbaik”

Dapatkan Ebook

'Knowledge Trading Version 2' Sekarang!

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Ir Sofian will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.