Magic Power

Kalau kita lihat sekarang ni, semakin ramai orang yang menceburkan diri dalam bidang pelaburan emas. Malah, ramai juga yang sering bertanyakan kepada saya soal emas ini.

Nampaknya sudah semakin ramai yang mengambil cakna betapa pentingnya menukarkan wang kertas kepada emas. Lebih-lebih lagi sebagai persediaan untuk menghadapi krisis ekonomi dunia nanti.

Oleh itu, untuk posting kali ini, saya ingin kongsikan kepada sahabat di luar sana yang masih tertanya-tanya apakah ‘Magic Power’ yang ada pada emas ini hingga menyebabkan pelaburan dalam emas ini semakin digilai ramai.

“Pelaburan emas adalah pelaburan yang sangat bermakna

bagi orang yang memahami erti sebenar emas dan pelaburan

yang menguntungkan bagi orang yang mengetahui rahsia emas.”

1. Emas Tunjukkan Kekayaan Sebenar

Anda boleh lihat perbezaan antara wang kertas dan emas.

Wang kertas jika dikoyakkan pasti tidak laku. Kalau anda pun, jika dapat wang kertas yang koyak, atau pun bersolatip, mesti anda nak minta yang lain kan? Yang cantik, yang tak koyak.

Sebab apa? Sebab wang kertas jadi tidak bernilai lagi bila dah koyak. Tetapi bezanya emas adalah emas akan tetap bernilai walau dalam rupa apa pun.

Lagi pula, wang kertas ni bukannya boleh diterima pakai di negara lain. Tak laku pun kalau anda nak beli barang dekat US pakai Ringgit Malaysia. Bagi free pun dia orang tak nak.

Ha.. Ha.. Betul kan?

“Hanya jauhari yang mengenal manikam”

2. Emas Terbakar Pun Takkan Terbinasa

Untungkan siapa yang ada emas ni?

Anda lihat aje gambar sebelah ni. Apabila malang tidak berbau. Rumah terbakar, habis semua harta benda terbakar. Wang ringgit pun sama terbakar. Sebab kertas je kan.

Tapi, lihat emas. Emas ni tidak boleh binasa. Kalau terbakar pun, dia cuma mencair aje. tapi kalau dikutip, tetap masih bernilai.

Cuba anda kutip wang kertas tu. Ada ke nilai? Orang pun tak nak sebab tak laku dah.

Sebab itu lah jangan simpan wang berlonggok-longgok kat bawah bantal, atau bawah lipatan baju. Bila jadi benda yang tak diingini, hangus begitu aje. Ratus ke ribu ke, habis semua dalam sekelip mata.

“Antara wang kertas dan emas, jika terbakar, siapakah yang masih bernilai?”


3. Semua Orang Giler Nak Dapatkan Nombor 1 Sebab Dapat Pingat Emas

Masa kita kecil-kecil dulu, bila berlawan antara rumah sukan, masing-masing nak memang nombor 1 kan, sebab boleh dapat pingat emas. Tak best lah dapat pingat perak atau gangsa ni.

Dah besar pun, kita tetap nak dapat nombor satu. Masuklah bertanding pertandingan antarabangsa. Nombor 1 tetap dengan pingat emasnya. Tak pingat, piala. Tak piala, medal. Yang pasti emas.

Masa lawan olimpik dulu, seronok kita bila pemain Malaysia ada yang dapat pingat emas kan?

Nampak tak? Anda lihat sendiri, emas ni taraf dia tinggi sampai satu dunia iktiraf emas sebagai nombor 1. Belum pernah lagi orang buat, siapa dapat nombor 2 atau 3 dapat pingat emas. Emas tarafnya hanya nombor 1.

“Hanya pemenang nombor 1 sahaja yang dapat pingat emas”


4. Perempuan Nak Nampak Cantik Pakai Emaslah

Siapa kat sini rasa emas ni tak cantik?

Tiada siapa dapat nafikan yang emas ni merupakan logam yang tercantik di dunia. Dengan warnanya keemas-emasan dan kekuning-kuningan, memang cantik dan memukau.

Tak percaya? Cuba bagi perempuan pakai emas. Mau tersenyum lebar sepanjang hari. Dapat pakai sekejap pun dah seronok tak hingat dunia. Apa lagi kalau dapat terus. Ha Ha Ha.

Betul ke betul?

Mesti banyak perempuan aje yang jawab betulnya. Yelah, siapa tak bangga dapat pakai emas kan.

“Bila emas bertemu pemiliknya, terserlahlah keayuan dan kejelitaan si pemakainya”

5. Anugerah Tuhan Yang Unggul

Kita sepatutnya bersyukur kerana Tuhan telah memberikan kepada kita anugerahnya yang sangat tidak ternilai harganya.

Logam emas yang berada di dalam bumi, bukan mudah untuk digali dan dilombong. Begitu juga satu lagi emas yang sangat tinggi nilainya pada kita iaitu emas hitam.

Emas hitam iaitu minyak merupakan hasil bumi yang sangat memberikan munafaat buat kita semua.

Oleh sebab itu, ramai yang cuba untuk berebut dan memilikinya kerana mereka tahu akan nilainya yang sangat tinggi dan menjadi keperluan  buat semua.

“Bersyukur kepada yang mengurniakan kita harta yang terunggul”

6. Emas Ada Penyimpan Nilainya Yang Tersendiri Dalam Jangka Masa Lama

Siapa kat sini ada simpan emas?

Kalau ada, simpan elok-elok sebab nilai emas ni pada masa akan datang akan lebih meningkat.

Kalau ada yang nak melabur emas, kenalah faham awal-awal yang emas ni bukanlah untuk pelaburan yang bagi pulangan dalam jangka masa yang singkat.

Tapi, ia satu pelaburan yang memerlukan jangka masa yang panjang. Lagi panjang lagi berbaloi-baloi. Macam emas zaman mak-mak kita dulu. Baru Rm80 segram. Sekarang?

Cuba pula anda  bayangkan jika anda beli emas sekarang dengan harga RM205 untuk segram. 5 tahun akan datang, harga emas segram bukan sama lagi seperti sekarang. Mungkin dah cecah RM300 segram. Atau tinggi lagi.

Kalau anda perasan, orang perempuan yang suka simpan emas sebelum ni. Sebab apa? Sebab dia orang tahu emas ni bernilai. Nenek-nenek kita semua tahu dan sedar yang emas ni penyimpan nilai yang baik.

Dia orang beli gelang emas, rantai emas, cincin emas, subang emas, semua emas. Kalau anda perasan juga, orang dulu lagi banyak beli dan simpan emas berbanding orang sekarang. Ada duit aje, beli emas. Tak macam orang kita. Ada duit, simpan ASB. Ha ha ha. Betul kan?

Mesti ada yang tersengeh-sengeh baca ni sebab memang kena batang hidung mereka sendiri.

“Buat apa tunggu lama-lama lagi. Beli sekarang dan mulakanlah menyimpan emas.”

7. Emas Boleh Tolong Tampalkan Kebocoran Wang

Anda tahu maksud kebocoran wang?

Kebocoran wang ni berlaku sebab kita tak pandai nak uruskan kewangan dengan betul. Sebab itu selalu berlaku kebocoran wang. Kita sendiri tak tahu ke mana wang kita pergi. Asyik habis aje.

Siapa kat sini yang selalu fikir nak beli apa sebelum dapat gaji lagi? Macam-macamlah yang nak dibeli. Itu lah, ini lah.

Bila gaji masuk aje, terus beli. Lebih-lebih lagi sekarang banyak orang dah jual secara online. Nak bayar pun dah mudah. Transfer aje dari akaun guna online banking.

Sebab itu juga lah belum sampai setengah bulan, gaji dah habis macam tu aje. Betul ke betul?

Siapa yang ada wang dan tukarkan kepada emas, dia orang dah plan teknik pengurusan kewangan yang bagus. Sebabnya mana ada orang pergi berbelanja bayar pakai emas. Mesti bayar pakai wang kertas.

Jadi, bila wang dah ditukarkan kepada emas, mestilah kita simpan kan. Tak kisahlah tukarkan kepada emas perhiasan ke, atau emas bar. Ini adalah tips yang sangat bagus dalam membantu anda mengekalkan kekayaan anda.

Kalau anda lihat, orang dulu-dulu ada wang terus beli emas. Sebab apa? Sebab wang yang mereka cari mereka tukarkan kepada harta. Bila mereka dah tiada, sekurang-kurangnya mereka meninggalkan harta buat anak cucu mereka.

Anda pula macam mana? Dah fikir nak tukarkan wang kepada harta belum? Emas ni harta yang tak ternilai tau.

“Tukarkan wang anda kepada emas. Ia bakal membantu anda mengelakkan kebocoran wang kelak.”

8. Emas Telan Inflasi

Apa yang akan berlaku sekiranya berlaku krisis dunia dan berlakunya inflasi?

Sudah tentu nilai wang kertas kita akan meyusut dan mungkin sampai satu tahap wang kertas sudah tidak laku ketika itu.

Tapi, bezanya pada emas ialah ianya kalis inflasi.

Jika berlaku inflasi, nilai emas tetap sama. Tetap berharga. Bahkan mungkin semakin meningkat.

“Nilai emas tidak akan susut atau berkurang apabila inflasi berlaku. Tidak seperti nilai pada wang kertas”

Jadi, sesiapa yang ada emas pada waktu itu, dia boleh lagi meneruskan kelangsungan hidup dengan menggunakan emasnya untuk membeli barang. Macam yang kita lihat apa yang telah berlaku pada negara Zimbabwe. Mereka menggali dan melombong emas semata-mata untuk membeli barang keperluan.

Bagaimana dengan mereka yang bekerja? Sekali mereka dapat gaji, beribu-ribu mereka dapat. Tapi, wang kertas mereka yang berbakul-bakul tu pun tidak laku untuk mendapatkan barang keperluan.

Jadi, kita sepatutnya ambil ikhtibar dari negara lain untuk perbaiki diri kita. Anda sendiri boleh lihat bagaimana kekuatan emas di dalam dunia ni.

Oleh sebab itu, ramai pelabur melabur dalam emas. Sebab mereka tahu emas ini adalah harta yang tak ternilai berbanding benda lain. Mereka tahu yang emas ini ada 'Magic Power' yang tak ada pada wang kertas.

Jadi, apa tindakan anda pula?

Dapatkan Ebook

'Knowledge Trading Version 2' Sekarang!

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Ir Sofian will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.