Penting ke Malam Malam Yang Sihat?

Kalau anda bertanyakan kepada saya penting ke untuk ambil makan malam yang sihat, saya jawab ‘Ya’. Sebab jika di siang hari, kita makan makanan yang berat-berat, makanan tersebut masih boleh diproses menjadi tenaga sebab kita selalu bergerak. Pergerakan kita di siang hari ni membakar kalori dan lemak di dalam badan secara tidak langsung.

Tapi kalau malam, selalunya kita akan duduk rumah aje kan. Duduk depan televisyen atau pc aje, tak ada bergerak aktif seperti waktu siang. Jadi, kalau waktu malam pun kita ambil makanan yang berat, makanan tersebut tak diproses jadi tenagalah. Haa.. Bila tak jadi tenaga, makanan tu akhirnya menjadi lemak. Dah bertambah membulat badan. Betul tak?

Bukan apa.. Bila saya terbaca pasal rakyat Malaysia ni paling obesiti di Asia, seriau rasanya. Adakah sebab rakyat Malaysia suka makan fast food? Atau suka makan tiap masa? Atau rakyat Malaysia ni tak rajin nak bersenam? Saya pun tak tahu. Mungkin lah kot kan?

Anda macam mana? Rajin bersenam tak? Patutnya dari muda-muda lagi dah kena rajin bersenam sebab hasil tinjaun Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan pada tahun lepas menunjukkan yang rakyat Malaysia bermula umur 18 tahun jadi obes secara mendadak.

Jadi, saya nak kongsi sedikit tentang tips makan malam yang sihat dan seimbang untuk anda supaya lepas ni anda boleh amalkan.Kita mula perlahan-lahan dahulu. Tapi kena konsisten lah.

Nak badan sihat tak ni?

Haa.. Kalau nak, kenalah ikut aturannya. Setuju tak?

Jom tengok apakah tips-tipss nya ni...

#1 Waktu Makan Antara 6.30pm - 8.30pm

Haa.. Ini adalah waktu paling ideal untuk anda makan malam. Dari pukul 6.30pm hingga 8.30pm aje. Kalau boleh, elakkan makan lepas pukul 8.30pm. Kalau anda rasa lapar lagi selepas tu, anda boleh ambil buah-buahan atau minum susu suam.

Kalau anda pergi jumpa pakar untuk kurus sekali pun macam London Weight Management, memang itu juga lah waktu aturan makan malam yang dibagi. Sama aje. Bukan sebab teknologinya aje anda boleh kurus. Anda tetap kena jaga pemakanan.

Tapi, kira ideal lah waktu ni sebab sekurang-kurangnya anda nak kena berjaga dalam 2 ke 3 jam untuk proses makanan yang anda makan tadi. Baru lah anda boleh tidur. Tapi, kalau anda tidur lepas baru aje makan, memang jadi lemak lah makanan anda tu.

Kata nak dapatkan badan yang sihat kan? Jadi kenalah ikut aturan masa makan malam tu. Lagi seronok kalau anda ajar sekali anak-anak anda makan pada waktu tersebut.

Dulu, masa saya kecil-kecil pun mak ayah saya selalu bagi makan lewat petang. Kalau tak lewat petang, waktu maghrib atau lepas solat maghrib dalam pukul 8 malam. Sebab budak-budak kan kena masuk tidur pukul 10pm. Kira okay lah tu perut hadam dulu makanan dalam 2 jam baru tidur.

Owh.. Patutlah dulu masa muda-muda saya ni kurus aje. Ha ha ha.. Lepas ni kenalah maintain makan ikut masa. Baru lah boleh dapat badan macam zaman muda belia. Tak gitu?

#2 Elakkan Ambil Makanan Berminyak

Selain anda makan pada masa yang ditetapkan, anda kena elakkan ambil makanan yang berminyak. Yelah, dah malam-malam macam ni, kalau makan yang berminyak, bergoreng, tak baik untuk kesihatan. Tubuh anda tu nanti mengumpul lemak dari minyak.

Lainlah anda makan minyak zaitun ke, minyak jagung ke. Haa.. Kalau minyak tu dia akan bantu untuk turunkan anda nya kolestrol, bantu turunkan kadar gula dan macam-macam lagi lah manfaatnya berbanding minyak masak biasa.

Kalau minyak masak biasa ni, dia tak boleh nak keluar dari dalam badan. Jadilah lemak tepu yang berkumpul di segenap rongga tubuh anda.

Sekiranya anda nak tubuh badan yang sihat, kenalah kurangkan makan makanan yang berminyak. Anda boleh makan ayam yang dibakar ke, ikan dipanggang ke, lagi baik untuk kesihatan. Kemudian, anda ambil sayur kukus atau yang direbus. Tak nak makan sayur rebus, anda boleh makan salad. Salad pun sedap apa.

#3 Makan Dalam Kuantiti Yang Sedikit

Bila dah malam ni, kenalah ambil makan malam dalam kuantiti yang sedikit macam nasi separuh senduk, ada ikan atau dada ayam, ada sayur. Kalau boleh biarlah pengambilan makanannya seimbang. Kalau anda pandai sukat kalori dalam makanan, anda kena makan antara 400-500 kalori aje untuk makan malam.

Macam sikitkan? Okay lah tu. Kita makan malam sekadar untuk lapik perut. Lagipun dah malam, badan kita tak mengeluarkan tenaga yang banyak seperti waktu siang.

Di bawah ini saya ada kongsikan macam mana nak cara nak kira kalori dalam makanan, anda boleh tengok-tengok. Manalah tahu malam-malam ada yang makan kueh ke, makan makanan segera ke.. Boleh lah anda tambah-tambah sendiri. Tapi jangan lebih 500 kalori.

Macam mana? Anda dah sedia ke nak amalkan makam malam yang sihat?

Sila SHARE posting ini supaya ada juga sahabat anda yang lain dapat mengambil munafaat darinya.

Dapatkan Ebook

'Knowledge Trading Version 2' Sekarang!

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Ir Sofian will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.