Fear Factor?

Setiap orang mempunyai sifat ketakutan (fear) dalam diri mereka dan ia adalah perkara yang normal. Dengan sifat ketakutan ini, mereka akan lebih berwaspada untuk melakukan sesuatu. Namun, sekiranya ketakutan ini berlebihan, ia boleh membawa keburukan pada diri sendiri.

Rasa 'fear' yang berlebihan ini akan berkumpul dan menjadi penghalang buat diri anda untuk mencapai kejayaan kerana ia mengawal minda anda daripada melakukan sesuatu yang membatasi kemampuan anda. Oleh itu, anda haruslah membuang perasaan 'fear' ini daripada terus-menerus menyelubungi perasaan dan minda anda sehingga membatasi perilaku anda untuk berjaya.

Tapi, boleh ke perasaan 'fear' ini dibuang? Bukankah ia perasaan semula jadi?

Jangan risau. Sebenarnya perasaan takut ini hanya sementara. Ia wujud apabila minda anda mula menjadikan sesuatu perkara itu sebagai negatif dan menakutkan sehingga anda cuba melarikan diri daripada berdepan dengan ketakutan anda.

Jadi, bagaimana caranya untuk anda membuang 'fear factor' anda ini? Jom kita sama-sama lihat apakah jalan penyelesaiannya yang saya akan kongsikan kepada anda di sini.

#1 Selalu Berfikiran Positif

Kalau anda nak buang rasa takut dalam diri anda, anda haruslah membuang segala perasaan negatif dan cuba untuk selalu berfikiran positif kerana perasaan takut ni hanya muncul selepas anda berfikiran negatif. Jadi, sekiranya anda selalu berfikiran positif, minda anda tidak akan memproses rasa takut dan secara tidak langsung rasa takut itu akan jauh daripada anda.

Saya bagi contoh mudah untuk anda fahamkan ya. Bayangkan anda sedang berjalan-jalan di sebuah kebun pokok kelapa. Di atas kepala anda ada banyak buah kelapa yang muda dan dah nak tua. Jika anda berfikiran negatif, tiba-tiba rasa takut akan muncul dalam diri anda dan anda mula memikirkan macam mana kalau buah kelapa jatuh masa anda lalu bawah pokok tersebut.

Ia akan menyebabkan anda mula cuba untuk melarikan diri dan cuba keluar dari kebun tersebut dengan perasaan takut. Namun lain jadinya jika anda berfikiran positif. Anda tidak akan memikirkan soal kelapa jatuh menimpa anda, tapi anda akan fikir sedapnya kalau dapat minum air kelapa muda ni. Betul kan?

Begitu jugalah senarionya pada hal yang lain sekiranya anda selalu berfikiran positif. Hanya benda positif dan perkara yang memanfaatkan sahaja yang anda akan fikirkan. Nampak tak? Bagaimana anda boleh menghilangkan perasaan takut dengan selalu think positive.

#2 Senaraikan Fear Anda

Selain daripada berfikiran positif, anda juga boleh menggunakan cara kedua ini yang mana ia bersangkut paut dengan psikologi dan minda anda. Apa yang anda perlu lakukan adalah anda keluarkan rasa takut anda dan tuliskan ia pada sehelai kertas.

Dengan menyenaraikan rasa takut anda, anda akan tahu bagaimanakah diri anda yang sebenarnya. Dari sini anda boleh lihat sama ada diri anda ini sebenarnya seorang yang penakut atau pun terlalu penakut. Namun, selain anda tahu apakah perkara yang anda takutkan, anda juga boleh mula membuat perancangan bagaimana untuk mengatasi rasa takut tersebut.

Sebagai contoh, anda takut berada di tempat yang gelap kerana keluarga anda selalu menakut-nakutkan anda dengan hantu semasa anda kecil. Untuk mengatasinya, anda boleh merancangkan sesuatu yang praktikal seperti anda cuba berfikiran positif bahawa tak ada apa yang akan berlaku, dan anda juga boleh mengamalkan ayat-ayat suci al-Quran yang boleh melindungi diri anda. Dari sini anda akan mula rasa selamat dan sedikit-sedikit rasa takut itu akan hilang.

Begitu juga jika anda takut untuk membawa motor kerana anda pernah mengalami kemalangan sebelum itu. Perasaan trauma terhadap kejadian tersebut masih menyelubungi diri anda. Jadi anda boleh rancangkan untuk membuat terapi psikitri untuk memulihkan kembali minda anda supaya anda dapat membuang jauh-jauh perasaan trauma tersebut.

Selain itu, anda juga boleh cuba perlahan-lahan untuk menunggangnya sambil memikirkan dahulu anda pernah membawanya dan tidak mustahil untuk anda membawanya kini. Jadi, untuk menghilangkan rasa takut, anda perlu hadapi perasaan itu. Mula-mula anda cuba bawa motor anda di kawasan sekitar rumah anda, kemudian anda jauhkan sedikit jaraknya sehingga anda semakin biasa. Kemudian anda jauhkan lagi jaraknya sehingga perasaan takut anda itu akan mula hilang sedikit demi sedikit.

Teknik menyenaraikan fear anda ini sebenarnya membantu anda berfikir bagaimana anda nak hadapi ketakutan anda. Apakah perancangan yang anda perlu lakukan agar ketakutan tersebut boleh dibuang. Jika anda tidak mampu untuk berfikir sendiri, mungkin anda boleh bertanya kan pendapat dari sahabat handai atau keluarga anda. Mana tahu mereka mempunyai idea yang lebih bernas dan sangat membantu anda.

#3 Lakukan Aktiviti Lasak

Anda juga boleh melakukan aktiviti lasak seperti bungee jumping, skydive, space shot, roller coaster, water slide dan banyak lagi. Kenapa anda perlu lakukan aktiviti lasak ini? Sebenarnya dengan melakukan aktiviti lasak ini anda akan dapat membiasakan diri berhadapan dengan perasaan takut. Lebih-lebih lagi jika anda sentiasa lakukannya secara konsisten seperti setiap minggu atau setiap bulan.

Selain membantu anda menghilangkan rasa cemas dan stres, ia juga melatih jantung anda agar mampu bersedia menghadapi segala situasi ketakutan yang menggerunkan dan mendidik emosi anda supaya sentiasa tenang semasa berhadapan dengan fear anda.

Anda perasan tak? Ada sesetengah orang tu dia akan melompat-lompat untuk memanaskan badannya sementara menunggu giliran mereka untuk perform di atas pentas atau di sesuatu acara. Sebeanarnya ini juga salah satu cara bagi mereka untuk menghilangkan rasa cemas dan nervous dalam diri mereka. Saya pun selalu melakukan senaman ringan sebelum saya naik ke atas pentas untuk menyampaikan seminar saya.

Apa kata anda pula cuba lakukan. Saya pasti anda juga akan rasa lega dan dapat mengurangkan rasa takut anda.

#4 Kurangkan Pengambilan Kafein & Gula

Anda percaya tak yang perasaan takut dan cemas juga boleh terjadi akibat daripada pemakanan yang tidak sihat? Gula dan kafein yang berlebihan di dalam badan akan menyebabkan darah anda mudah gemuruh dan anda cepat takut dan cemas. Kalau tak percaya, anda tanya doktor.

Haa.. Cuba anda kaji balik anda ni jenis macam mana? Adakah anda selalu mengamalkan kafein dan gula setiap hari? Kalau ya, lepas ni anda dah kena tukar cara pemakanan anda lah. Lebih elok anda amalkan makan buah-buahan daripada anda mengambil gula dalam minuman. Anda boleh buat jus setiap hari kerana di dalam buah-buahan bukan sahaja mengandungi vitamin yang sangat membantu proses di dalam badan, bahkan ia juga dapat menolong badan anda terhindar daripada penyakit.

Yelah, zaman sekarang ni macam-macam penyakit dah ada. 3 serangkailah, 5 serangkailah. Jadi, sejak dari awla lagi lah anda kena amalkan pemakanan yang sihat. Bukan sahaja anda dapat menghilangkan perasaan takut anda, bahkan anda dapat tubuh badan yang sihat. Siapa yang tak nak kan?

#5 Mengamalkan Terapi Minda

Selain melakukan aktiviti lasak dan menghindari pengambilan kafein dan gula, anda juga boleh mengamalkan terapi minda. Terapi minda ini sebenarnya sangat bagus untuk diri anda kerana ia bukan sahaja dapat membuatkan anda merasa aman, bahkan ia juga memberikan satu kekuatan dalaman yang menolak diri anda untuk menjadi lebih baik.

Anda boleh berjumpa pakar untuk dapatkan terapi yang bersesuaian untuk membuang fear anda atau anda juga boleh melakukan sendiri di rumah. Selalunya terapi dengan pakar ni lebih baguslah kerana mereka ni tahu apa yang anda perlu lakukan untuk mengeluarkan anda daripada ketakutan yang anda hadapi, contohnya macam pakar hypnotherapy. 

Tapi, kalau anda rasa tak mampu untuk berjumpa dengan pakar, anda boleh buat meditasi atau terapi minda sendiri. Sambil mendengarkan lagu yang sangat mendamaikan, anda tenangkan diri anda dan kosongkan fikiran anda. Sambil-sambil anda memejamkan mata anda, cuba anda fikirkan sesuatu yang positif, sesuatu yang menyenangkan dan menggembirakan.

Sebenarnya anda tahu tak yang minda kita terbahagi kepada 2 bahagian iaitu minda bawah sedar dan minda sedar. Mengikut kajian, 88% orang banyak melakukan apa yang berada dalam minda bawah sedar mereka berbanding apa yang difikirkan oleh minda sedar mereka. Oleh itu, anda harus gunakan terapi minda ini dan tanamkan dalam minda bawah sedar anda yang anda tidak takut pada fera anda. Ulang berkali-kali sehingga ia betul-betul tertanam dalam minda bawah sedar anda.

Sebab itu orang kata tak ada benda yang mustahil dalam dunia ini asalkan kita cuba dapatkan ia. Kalau anda ingin berjaya, anda pasakkan dalam minda anda hari-hari yang anda akan berjaya. Begitu juga untuk anda mengahadapi ketakutan anda. Anda pasakkan dalam minda anda yang anda mampu mengatasi ketakutan anda. Dan percayalah, tanpa anda sedar rupa-rupanya ketakutan yang anda takutkan sudah tidak ada lagi.

#6 Mendidik Diri Dengan Ilmu

Sekiranya ketakutan yang anda hadapi ada kaitan dengan bidang atau instrumen yang anda ceburi, anda haruslah mendidik diri anda dengan ilmu pengetahuan yang lebih lagi. Boleh jadi fear anda wujud kerana ilmu anda tidak cukup. Apabila anda tidak cukup ilmu dalam bidang yang anda ceburi, maka akan wujud rasa takut dan wasapada terhadap apa yang anda lakukan.

Inilah yang menyebabkan fear anda menyekat diri anda daripada mencapai kejayaan. Cuba anda bayangkan. Kalau anda takut-takut untuk melakukan sesuatu, macam mana anda nak berjaya? Saya bagi contoh mudah untuk anda faham. Saya buat program untuk mendidik dan mengajar orang yang ingin menceburi dalam bidang trading. Ada antara student saya ni sangat takut untuk masuk posisi kerana takut loss. Tapi, selepas ilmu merkea cukup dan timbul keyakinan dalam diri mereka, ketakutan untuk mereka masuk posisi tu dah hilang. Anda pun boleh lakukan perkara yang sama dalam bidang anda.

Sebab itu lebih banyak knowledge yang anda ada, lebih mudah untuk anda buang fear anda. Lagipun, tak salah pun kalau anda ada banyak ilmu pengetahuan. Sekurang-kurangnya anda boleh mengelakkan daripada tertipu dengan orang yang cuba mengambil kesempatan terhadap anda. Dan, anda mungkin sedar bahawa ketakutan tersebut sebenarnya tidak menakutkan pun.

#7 Anda Tidak Keseorangan

Satu yang anda perlu sentiasa ingat iaitu anda tidak keseorangan. Bukan anda seorang sahaja yang mempunyai ketakutan. Semua orang juga mempunyai fitrah yang sama di mana mereka juga mempunyai rasa takut. Jadi, jangan pula anda rasa give up sebab semua orang juga hadapi situasi yang sama seperti anda.

Untuk berjaya anda perlu berhadapan dengan fear anda. Tidak guna anda cuba larikan diri daripada fear anda kerana ia bukan menolong anda, bahkan ia hanya menjerumuskan anda lebih dalam ke kancah ketakutan.

Kumpulkan kekuatan anda, dan hadapi fear anda dengan jiwa yang tenang. Jika ada ramai insan lain mampu mengatasi ketakutan mereka, kenapa tidak anda? Anda juga mampu menghadapinya. Lagipun, tak ada perkara yang tidak boleh diselesaikan. Betul kan?

Anda boleh bayangkan senario yang paling teruk anda pernah alami dan fikirkan macam mana anda dahulu boleh mengatasinya. Kini, anda juga boleh melakukan perkara yang sama. Anda apa keluarga, ada teman-teman yang sentiasa menyokong anda.

.

.

Macam mana? Anda rasa anda masih takut?

Kan takut tu adalah suatu yang normal. Cuma anda boleh buang dan kawal ketakutan anda supaya ia tidak menjadi penghalang  kejayaan anda.

Apa lagi? Gunakanlah cara yang saya berikan tadi untuk buang fear anda.

Kalau anda rasa tips ini bermunafaat, anda boleh SHARE posting ini kepada sahabat anda yang lain. Mungkin lepas ni saya lebih bersemangat untuk kongsikan tips-tips lain yang bermunafaat buat anda.

Dapatkan Ebook

'Knowledge Trading Version 2' Sekarang!

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Ir Sofian will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.