Syiling Emas Dicuri??

Malam tadi sambil-sambil saya tengok chart, saya perhatikan berita-berita di website berkaitan gold. Tiba-tiba mata saya terpadang satu berita yang sangat mengejutkan iaitu mengenai syiling emas yang bernilai jutaan ringgit telah dicuri dari muzium Berlin.

Hebat sungguh! Bukan apa.. Sebab syiling emas yang dipamerkan di Muzium Bode Berlin tu seberat 100kg.. Berat tu. Macam manalah boleh kena curi kan!

Ni mesti pencuri tu lebih hebat daripada cerita movie Italian yang kita selalu tengok. Kan selalu ada movie pasal ada sekumplan pencuri menjalankan misi mencuri barang-barang berharga. Tak sangka benar-benar terjadi pula.

Gold Coin 100kg

Kalau anda nak tahu, syiling emas tersebut merupakan syiling emas 'Big Maple Leaf' yang mempunyai muka Ratu Elizabeth II. Tebal syiling tu 1.18inci, dan diameternya 53cm. Nilai muka syiling tu aje dah cecah $1juta tau. Ini belum lagi dikira dengan nilai pasaran.

Kalau anda nak tahu, syiling emas 'Big Maple Leaf ' ni dikeluarkan oleh Royal Canadian Mint dengan kuantiti yang terhad aje pada tahun 2007. Dan ia mula dipamerkan di Muzium Bode Berlin, German sejak Disember 2010. Kiranya dah hampir 7 tahun syiling emas tersebut dipamerkan.

Yang paling menarik, syiling emas tersebut telah memecahkan rekod Guiness Books of Record tau dengan ketulenan 999.99%. Dahsyat tak? Tak sangka akan ada yang nak curi emas seberat 100kg ni.

Macam mana kes kecurian ni boleh terjadi?

Kes Kecurian Syiling Emas

Syiling emas 'Big Maple Leaf' ini telah dicuri pada awal pagi Isnin dari Muzum Bode Berlin. Jurucakap polis, Stefen Petersen berkata, "pencuri telah memasuki muzium melalui tingkap pada pukul 3.30pagi. Mereka telah memecah masuk ke kawasan kabinet di mana syiling emas tersebut disimpan."

Mereka juga menjumpai tangga di kawasan kereta api yang berhampiran dengan muzium tersebut. Mungkin tangga tersebut digunakan oleh pencuri tersebut sebelum dibuang di situ aje.

Manakala, jurucakap muzium iaitu Markus Farr juga ada berkata, "duit suiling ini telah dicuri malam tadi, ia dah hilang."

Duit syiling 'Big Maple Leaf' ni dianggarkan hampir bernilai $4.5juta mengikut harga pasaran. Walaupun pihak polis tidak menceritakan bagaimana syiling emas ini boleh dibawa keluar dari muzium, tapi mereka menganggarkan lebih dari seorang yang terlibat kerana syiling tersebut berat.

Masa yang Tepat

Cuba-cuba anda jadi macam detektif Conan jap. Fikirkan macam mana pencuri tersebut mencuri syiling emas tu. Kalau saya, saya fikirkan pencuri tersebut mungkin telah merancangnya dalam masa yang lama dan mereka juga selalu keluar masuk muzium tu untuk melihat keadaan dalam muzium. Anda setuju tak?

Yang hebatnya, pandai mereka merancang sebab harga emas memang akan meroket naik tak lama lagi. Macam ikut analisa saya, emas akan pergi ke price $1900 ketika berlaku kegawatan ekonomi. Mungkin lebih tinggi lagi. Waktu tu harga emas memang mahal. Siapa yang ada emas waktu tu, dia kaya lah.

Tapi saya terfikir gak, apa yang mereka nak buat dengan emas tu? Adakah mereka akan menjualkannya di pasaran gelap? Atau mereka leburkan semula dan tempa emas tersebut jadi emas lain. Kalau tempa balik emas, memang susah lah nak kesan tu emas yang dicuri dari muzium.

Anda agak-agak apa yang pencuri tu nak buat ye?

Jom sama-sama kita SHARE kan berita hangat ni..

 

Dapatkan Ebook

'Knowledge Trading Version 2' Sekarang!

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Ir Sofian will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.