Assalamualaikum & Good Morning Trader.

Jom perhatikan analisis yang saya lakukan untuk minggu ini. Untuk minggu ini, kita berada pada minggu pertama bulan Mei. Jika minggu lepas keadaan market gold dalam keadaan menurun. Bagaimana pula dengan minggu ini?

1 Mei 2017

Saya melihat market gold untuk minggu ni masih lagi follow kepada trend minggu lepas. Gold masih mencari tempat yang sesuai untuk dia bangkit bangun untuk naik semula. Apa yang berlaku hari jumaat lepas adalah trial untuk gold membuat new low, iaitu price pada harga rendah.

Untuk mengetahui keadaan market gold, anda perlu lihat satu per satu pergerakan gold pada pelbagai timeframe. Kalau anda lihat pada tf H1 sekarang, market memang dah rendah. Tapi untuk confirmkan adakah price gold dah capai pada tahap terendah untuk naik semula, anda kena lihat pada tf H4.

Apa yang saya ihat dan nampak, tf H4 masih menunjukkan yang price gold masih boleh turun lagi. So, sasaran saya gold akan turun dan mencari S3 (support 3) untuk membolehkan ia melantun semula. Dalam erti kata lain, saya lihat market gold akan turun sekejap dan naik semula.

Untuk makluman anda, hari ni banyak bank yang tutup kerana cuti. Macam mana saya tahu? Anda boleh tengok kat ForexFactory. Malam ni pula akan ada news berkaitan USD. Jadi, kenalah ambil langkah berjaga-jaga kalau anda ingin trade atau anda masih mempunyai posisi di dalam market.

Bagi anda yang masuk posisi, boleh try sclaping 100pips in & out. Jangan gunakan lot saiz besar sebab ada news kan!

2 Mei 2017

Price gold nampak strong turun. Tengok aje candlestick nya panjang-panjang dalam masa satu jam. Anda sendiri boleh lihat pergerakan gold market seperti dalam chart di atas. Bagi sesiapa yang duduk depan market semalam, mereka boleh scalping untuk dapatkan duit poket. Jauh tu market turun.

Tapi jangan lupa untuk terus berhati-hati dengan kawasan support yang akan bertukar menjadi kawasan resistance. Jika price pecahkan kawasan support, ini bermaksud kawasan support tu bukan kawasan support lagi, tetapi kawasan resistance. Orang kata lantai bertukar menjadi syiling. Saya melihat pada tf H4 dan D1, market masih ada posibility untuk turun lagi.

3 Mei 2017

Jika semalam market turun, hari ni saya nampak market gold dah mula ada tanda-tanda nak buat u-turn untuk naik. Apa yang saya nampak adalah berdasarkan tf H1. Atau dia nak buat double bottom?

Apa pun kena buat confirmation pada tf H4. Adakah perjalanan tu sama? Apa yang saya lihat pada tf H4, masih ada lagi seller yang akan membuatkan price gold turun dulu. Sekarang ni kita lihat pada price $1257. Ini kuncinya. Kalau gold lepas price ni, maka market akan naik. Jika tak, market mungkin tembus turun lagi.

Nampaknya gold buat double bottom.

4 Mei 2017

Dari hari isnin hingga semalam, price terus menerus membuat penurunan. Kemakah arah gold nak pergi ni?

Anda boleh lihat kembali road map yang saya buat pada 24 april lepas.

Cuba pula anda lihat road map yang terkini. Bagaimana hala tuju market gold. Adakah ke arah anak panah yang saya lukiskan?

Melihat pada road map saya ni, anda akan dapat lihat price gold bergerak turun seperti yang saya lukis pada analisis saya 24 april lepas. Road map atas ni adalah tf besar. sebab tu dia makan masa dan makan hari.

Kalau anda lihat pada tf H1 pula, anda akan nampak bagaimana kekuatan seller pada gold hingga menyebabkan support pada market asyik dipecahkan.

Anda lihat aje seller cuba untuk memecahkan zon kuning saya tu. Kita tengok zon support tu mampu bertahan atau tak. Dalam tf M15 sudah ada tanda-tanda minor reversal. Maksudnya market nak naik. Tapi kita kena tengok dulu pada tf H1. Kalau ada tanda gak, nampaknya market nak berubah arah.

Complete candlestick bull muncul akhirnya.

Anda dah boleh nak masuk posisi buy. Boleh trade sikit-sikit dengan lot saiz kecil. Macam biasa, target 100pips je setiap kali entry. Kalau nak tahu sama ada market akan betul-betul naik, kena tengok situasi esok pula.

5 Mei 2017

Nampaknya formation semalam tidak membuat kesinambungan untuk naik, tapi dia buat sideway. Anda boleh lihat pada rejection di tf H4 yang tidak menjadikan market naik.

Melihat pada keadaan market sekarang, saya lihat besar kemungkinan market akan turun lagi ni. Malam ni pula ada news NFP yang ada sebulan sekali.

Jadi anda kena berhati-hati. Kita tak tahu apa kesannya pada market gold ni.

Overall saya lihat market gold untuk minggu ni dalam keadaan menurun. Mungkin dia betu-betul tunggu sesuatu news atau peristiwa yang boleh buat dia naik semula. Apa pun, kena perhatikan lah market gold ni lepas news macam mana.

 

Dapatkan Ebook

'Knowledge Trading Version 2' Sekarang!

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Ir Sofian will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.