Emas Masih Mendapat Tempat Di Hati Masyarakat

Emas Oh Emas

Walaupun kita sudah berada di zaman millenium, zaman penuh serba serbi teknologi, zaman penuh dengan gadget dan bangun pencakar langit, namun, apa yang menarik hati saya adalah emas tetap mendapat tempat dihati masyarakat.

Saya terbaca akan satu kisah mengenai pendulang emas ni Sinar Online, dan bagi saya mereka-mereka ini sangat beruntung kerana mempunyai minat, masa dan ilmu untuk mendapatkan emas. Bukanlah mendapatkan emas dengan cara ghaib. Tapi meneruskan amalan generasi terdahulu yang pada suatu ketika dahulu, masyarakat kita pernah mempunyai lombong emas dan penduduknya bekerja sebagai pendulang emas.

Saya sendiri rasa ingin merasai pengalaman sebegitu sebab ia satu pengalaman yang sangat unik dan menyeronokkan. Anda bayangkan aje, kita pergi ke lubuk emas, menampi, mendulang dan mengasingkan emas dengan tangan sendiri. Memegang ketulan emas nugget yang asli yang fresh dari bumi Allah ni. Satu perasaan yang mungkin sangat menerujakan. Lain sangat rasanya dengan kita pergi kedai beli emas.

Saya gembira kerana masih ada lagi golongan lelaki yang menjadikan aktiviti mendulang emas ni sebagai mata pencarian utama mereka. Siapa tak tahu akan nilai emas? Barangkali mereka lebih kaya dari kita kerana memiliki emas yang saban tahun semakin mahal nilainya.

Kita nak dapatkan emas kena keluarkan modal, tetapi mereka hanya perlu keluarkan tenaga dan kudrat untuk mendapatkan emas. Lagi untung. Tak gitu? Ada yang siap boleh beli kebun dan buat duit belanja kahwin lagi dengan hasil jualan emas tersebut. Mereka memang golongan yang hebat.

Kan saya ada cakap yang emas ni kalau disimpan, nilainya sangat tinggi. Ia bagaikan magnet kekayaan. Kalau ekonomi Malaysia tidak stabil ke, berlaku inflasi ke, golongan  ni tak perlu gusar atau risau kerana mereka memiliki emas yang menjadi pelindung kekayaan mereka, yang menjadi kalis inflasi mereka.

Tapi saya tak nafikan, nak mendulang emas sendiri ni bukan boleh main pergi dan mendulang aje. Sebenarnya aktiviti ini hanya boleh dilakukan oleh orang-orang yang betul ada ilmu tentangnya. Dengar kisah-kisah mereka yang mendulang emas ini, banyak kisah misteri yang mereka hadapi semasa nak mencari emas.

Biasalah. Emas ni kan harta bumi. Kita duduk kat bumi ni pun bukan kita aje. Masih ada lagi makhluk Allah yang lain yang turut sama berkongsi alam ini dengan kita. Jadi, nak mendapatkan emas ni bukan senang-senang aje. Banyak juga cobaan dia.

Saya harap, akan ada ramai lagi yang mendapat kesedaran betapa emas ini sangat bernilai seperti golongan pendulang emas ini. Mungkin anda bukan jadi pendulang emas. Tapi anda boleh jadi pengumpul emas. Belilah emas sementara harganya belum melambung tinggi.

Saya yakin, anda tidak akan rasa menyesal kerana memiliki emas sendiri. Inilah satu-satunya sumber kekayaan yang asli yang benar-benar memegang nilai matawang yang sebenar. Ia penyimpan nilai yang sebenar. Wang kertas ada apa je kan?! Hanya kertas semata! Tapi emas tetap emas tidak kira bentuk dan rupa. Tidak kira bertahun lama. Ia tetap laku.

Bagi anda yang pernah tertipu dengan scammer emas, jangan pernah jadikan ia sebagai alasan untuk anda takut membeli emas lagi. Belajar dari kesilapan. Mungkin dulu tertipu sebab tak ada ilmu. Maka carilah ilmu. Belajar cara betul beli emas dan labur emas. Buang ketakutan anda kerana anda mungkin akan lebih takut jika hidup pada zaman inflasi nanti. Mungkin waktu itu anda sendiri akan menyesal tidak membuang ketakutan anda awal-awal dan beli emas.

.

.

Jom SHARE pada rakan-rakan lain supaay kita dapat sebarkan munafaat ini bersama-sama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge