Beza Emas Dulu & Kini

Matawang Emas Atau Kertas?

Penggunaan emas zaman dahulu dan kini sangat ketara bezanya. Jika pada waktu dahulu, emas menjadi sumber utama dan matawang masyarakat dulu, namun kini emas hanya dijadikan sebagai perhiasan dan simpanan sahaja.

Malah, ada juga segelintir orang yang lahirkan rasa takut untuk membeli emas? Tapi kenapa?? Bukankah emas ini adalah anugerah Tuhan kepada kita? Bukankah emas ini yang disebutkan di dalam Al-Quran dan di dalam hadith nabi? Mengapa perlu takut kepada emas?

Emas adalah satu-satunya logam berharga yang nilainya sentiasa meningkat setiap tahun. Jika 10 tahun dulu, mungkin harga segram emas hanya RM30 atau RM40. Namun kini, harga emas sudah mencecah RM250 segram. Cuba anda bayangkan, jika lagi 2 atau 3 tahun akan datang harga emas mencecah hampir RM500. Adakah anda rasa memiliki emas adalah suatu kerugian??

 

Bagi saya, saya tidak pernah rasa rugi memiliki emas. Bahkan dengan memiliki emas, saya dapat cambahkan lagi kekayaan saya. Salah satu caranya adalah dengan membuat pelaburan. Ada banyak pelaburan yang anda boleh ceburi. Yang pasti kena ada ILMU. Ada ilmu, kena caranya, memang boleh dapat keuntungan.

Lagi pula, Malaysia sekarang ni pun sedang berhadapan dengan krisis ekonomi dunia. Saya tak nafikan banyak syarikat-syarikat terpaksa buang pekerja, terpaksa tutup sebab tak boleh nak survive lagi dah. Macam saya, tak ada apa yang saya perlu risaukan. Jika ada masalah kewangan, saya boleh tunaikan emas saya dan settle kan masalah segera.

Sebab itu lah saya nak anda semua faham akan kepentingan emas ni. Jangan asyik dimomokkan dengan bahaya beli emas ni. Kang kena rompaklah, membazir je. Jangan biarkan diri anda mensabotaj logam berharga ni. Tapi hargailah ia sebagaimana pada zaman dahulu ia digunakan dengan penuh hormat.

Zaman Dahulu

Pada zaman dahulu, semua orang menggunakan emas. Jika anda throwback balik, dinar emas merupakan matawang terawal yang digunakan oleh orang Arab Mekah dan Madinah pada abad ke-6 dan ke-7 Masihi. Ia merupakan syiling emas dan perak yang dikeluarkan dan digunakan pada zaman sebelum kedatangan Islam lagi. Dengar tu. Zaman sebelum kedatangan Islam lagi dah ada penggunaan matawang emas.

Tapi, sejak kedatangan Islam, Rasulullah saw tidak pernah menukar sistem matawang pada ketika itu. Baginda tidak pula menempa matawang baru untuk digunakan oleh umat Islam. Baginda tetap terus menggunakan matawang emas sebagai nilaian untuk bertukar barangan.

Begitulah yang berlaku pada zaman seterusnya. Penggunakan matawang dinar emas terus digunakan sehinggalah kepada zaman Sahabat, zaman Khalifah, sehingga ke zaman Turki.

Anda boleh lihat gambar di bawah ini yang merupakan syiling emas terawal digunakan di Mekah.

Anda sendiri boleh lihat bagaimana berleluasanya matawang emas ini digunapakai dalam kehidupan seharian mereka. Ia menjadi logam terpenting pada zaman tersebut. Jika dilihat pada zaman dahulu, pengunakan syiling emas dan perak telah banyak digunakan dalam urusan perniagaan, perdagangan, simpanan tabungan dan membayar zakat juga mengguanakan emas.

Pada waktu itu, umat Islam mengunakan emas dan perak sebagai piawaian matawang kerana ia mempunyai nilai yang tersendiri dan bukan menggunakan matawang palsu seperti apa yang kita pegang sekarang ini. Pengeluaran matawang emas semakin meningkat setiap tahun. Penggunaannya juga semakin berkembang ke pelosok dunia. Bukan hanya di tanah Arab, bahkan di benua lain juga mereka menggunakan emas.

Anda boleh bayangkan tak, bagaimana mereka boleh menggunakan emas ni sebagai matawang? Sedangkan mereka duduk jauh. Bukan duduk dekat sehingga boleh kongsi dalam whatsapp guna apa sebagai matawang negara. Tapi, inilah realitinya. Percaya atau tidak jika saya katakan penggunaan emas ini telah diilhamkan oleh Allah kepada mereka untuk mereka gunakan sebagai matawang.

Dan salah satu sebabnya adalah sudah tentu kerana logam emas ni begitu berharga. Tak ada logam lain lagi yang mampu menyaingi emas di dunia ini.

Zaman Kini

Namun, apa yang terjadi pada hari ini adalah sangat berbeza dengan zaman dahulu. Emas tidak lagi digunakan sebagai matawang tetapi sehelai kertas telah digantikan menjadi matawang. Jika kita selidiki asal usul matawang kertas ini,  ia adalah berasalah dari surat hutang. Ye.. Pada zaman sebelum kita dijajah dahulu, kerajaan -kerajaan kesultanan masih menggunakan emas sebagai matawang. Begitu juga apabila kita mula dijajah.

Tidak kiralah negara Belanda, British (United Kingdom), Portugis, Jepun atau Siam (Thailand), masing-masing menggunakan matawang emas pada ketika itu. Anda boleh lihat gambar syiling-syiling emas di bawah ini yang merupakan matawang penjajah dan negeri melayu pada waktu dulu.

Namun, akibat peperangan yang berlaku telah menyebabkan kerajaan atau pemerintah pada waktu itu mengalami masalah kewangan. Cuba anda bayangkan, pada waktu itu banyak wang telah dihabiskan untuk membuat kapal, membuat senjata, membeli bekalan ubat-ubatan, baju dan lain-lain yang menyebabkan matawang wang emas dan perak telah kehabisan.

Bukannya mudah nak dapatkan emas pada waktu itu. Bukan mudah juga nak tempa emas jadikan matawang. Jadi, penjajah pada waktu tu pun mula menggunakan kertas untuk menggantikan emas. Bila rakyat dipaksa bekerja, mereka hanya diberikan kertas yang menjadi sandaran sebagai wang. Apabila dapat kertas tu, penduduk masa tu kena pergi tukarkan kepada emas.

Mula-mulanya memang rakyat marah kerana mereka tidak suka akan berhutang. Jadi, penjajah pada waktu itu pun mula mencantikkan kertas tersebut dengan meletakkan gambar pemimpin mereka. Begitulah yang dilakukan oleh penjajah-penjajah lain yang seterusnya. Lama kelamaan, matawang kertas mula mengambil alih kedudukan matawang emas.

Sehingga kini, matawang kertas digunakan oleh hampir seluruh masyarakat di dunia. Sedangkan ia hanyalah sehelai kertas yang jika rosak atau terkoyak, sudah tidak membawa apa-apa nilai lagi. Begitu juga jika kita bawa ia ke luar negara. Ia tetap tidak diterima oleh mana-mana negara kerana setiap matawang sesebuah negara hanya limit dan terhad untuk kawasan tertentu sahaja.

.

.

Apa pandangan anda? Adakah anda masih lagi ingin berpegang kepada matawang kertas? Tidakkah anda ingin melindungi kekayaan anda? Jika berlaku kegawatan ekonomi, jika berlaku inflasi, masihkah wang kertas anda memegang nilai yang sama?

Sangat berbeza dengan emas kan! Jika anda memiliki emas, biar pun tahun berganti tahun ia tetap akan memegang nilai. Bahkan mungkin lebih tinggi dari harga sewaktu anda memilikinya.  Jadi, mengapa perlu takut untuk memiliki emas??

Seharusnya anda lahirkan rasa takut memiliki wang kertas. Kerana bila-bila masa sahaja ia boleh hilang begitu sahaja. Jika wang anda terbakar, anda rasa selamat kah? Jika wang anda semakin mengecil nilainya, anda rasa seronokk kah? Jika wang anda terkoyak, anda rasa laku kah?

Jadi mengapa masih lagi merasakan selamat dengan memiliki wang kertas? Anda seharusnya mengubah mindset anda. Cubalah untuk memiliki emas sendiri walaupun hanya seberat 1gram. Sekurang-kurangnya anda sudah memiliki sesuatu yang benar-benar bernilai dan mempunyai ciri-ciri yang patut ada pada matawang.

Jika zaman dahulu, Rasulullah mengekalkan penggunaan matawang emas, mengapa tidak kita?

.

.

SHARE pada rakan lain ye. Supaya kita sma-sama dapat berkongsi munafaat daripadanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge