Assalamualaikum wmt. wbkt.

Selamat pagi kepada semua sahabat di luar sana yang masih mengikuti perkembangan saya di website ni. Alhamdulillah, saya masih lagi diberikan kesihatan yang baik untuk berkongsikan kepada anda di luar sana satu kisah yang saya rasa terpanggil nak kongsikan.

Iaitu kisah durian. Ya..Durian..

Durian Oh Durian

Bila cakap pasal buah durian ni, saya teringat masa saya zaman kecil-kecil dulu. Keluarga saya ada kebun durian sendiri. Jadi, bila tiba aje musim durian, memang tugas saya adalah saya kena jadi 'pak jaga' kat pondok durian di tengah -tengah kebun.

Sebab utamanya sudah tentulah menunggu buah durian gugur. Dan sebab lagi satunya sebagai mengambil langkah berjaga-jaga. Yelah, takut-takut ada yang mencuri durian kebun kami.

Mana taknya, dah kalau itulah musim yang ditunggu-tunggu oleh kebanyakan orang dan itu jugalah musim kita nak buat duit. Tak kiralah melayu ke cina ke, masing-masing nak buat duit.

Yang melayunya jual durian pada peraih cina. Yang peraih cina ni bawa durian ke bandar-bandar untuk diniagakan. Jika durian kena curi, tak ke berputih mata tukang dusun dan peraih?

Nikmat Durian

Pada waktu tu juga, bila ada buah durian yang gugur, saya akan kutip dan pilih yang mana baik, buang buruknya, asingkan buah yang lompang akibat dimakan tupai sebab buah tu dah tak boleh untuk dijual. Jadi, mana-mana buah yang tak elok, itulah yang saya akan makan.

Of course yang cantik-cantik dipilih oleh peraih dan yang reject akan ditinggalkan. Memang masa tu takkan rasa durian ni mahal sebab dapat makan durian secara percuma. Tapi, apa yang percuma tu adalah durian yang memang tak ada kualiti, yang reject.

Baru-baru ini, saya terdengar conversation antara penjual durian dengan salah seorang customer nya.

Conversation 1

Customer A : Tokey, ni durian 1kg berapa?

Penjual         : Durian ini ka? Ni 1kg RM80.

Customer A : Wah.. Bapak mahal. Apasal mahal sangat tokey?

Penjual         : Oh, ini durian Musang King maa.. Memang banyak mahallah sebab dia punya kualiti A punya. Warna dia sama rasa dia memang banyak sedap. Kalau you nak cuba, ini durian paling bagus, tiptop dia punya rasa.

 Customer A : Tak apalah tokey. You jual banyak mahal. Saya beli tempat lain sajalah.

Tak lama lepas tu, ada seorang customer pula datang dengan kereta BMW dia.

Conversation 2

Customer B  : Tokey, ini durian berapa 1kg?

Penjual          : Rm80 sekilo.

Customer B  : Kasi timbang tiga biji, saya mau makan sini.

Kalau anda perhatikan kedua-dua customer ni, kenapa ada pihak yang kata durian ni mahal dan ada pihak yang tak kisah pun dengan nilai durian ni, dan nak terus makan?

Sebabnya orang yang makan durian ni, dia tahu menilai pada value durian tersebut. Bak kata Warren Buffet,

"Price is what you pay, Value is what you get"

Macam yang saya cakap tadi, kalau nak yang murah-murah atau percuma, ambil lah makan yang saki baki atau lebih-lebihan durian yang tak elok. Sebenarnya kebanyakan orang asyik pandang durian ni benda yang murah. Ramai tak tahu akan value durian ni sebenarnya. Kenapa dia mahal sekarang ni.

Ada beberapa sebab yang anda boleh perhatikan di bawah ini:

Sebab Pertama: Durian ini adalah buah yang bermusim

Apabila buah bermusim ni, dah tentulah kena pada musimnya baru ada buah ni. Jadi, sebab itu jugalah buah durian ni jadi mahal kerana ianya terhad pada musimnya sahaja.

Jika di Malaysia, buah durian ni berbuah antara 2 ke 3 kali setahun. Tetapi, sejak beberapa tahun ni, kerana cuaca dan iklim yang tidak menentu, penghasilan buah durian juga menjadi terbantut.

Akibat terdapat banyak permintaan dan sedikitnya pengeluaran, ini menyebabkan harga buah durian menjadi lebih mahal.

Sebab Kedua: Namanya adalah King of the Fruits

Ya, buah durian ini adalah raja bagi segala buah. Ia telah diiktiraf oleh dunia merupakan satu makanan ekzotik dari Malaysia. Orang luar negara yang mencuba buah durian, pada mulanya merasakan buah durian ini merupakan buah yang busuk kerana baunya.

Namun, apabila mereka merasainya, mereka sangat terpesona kerana walaupun ia busuk, tetapi rasanya sangat sedap dan unik.

Sebab Ketiga: Durian mempunyai banyak kategori

Tidak dinafikan bahawa harga bagi sesebuah durian ini bergantung kepada kategori dan gred buah ini. Ada macam-macam jenis durian, ada durian tembaga, durian udang merah, durian D24, durian musang king, dan macam-macam lagi. Ia pula terbahagi kepada kategori durian kampung, durian bagus dan durian hybrid. Sudah tentu durian hybrid adalah jenis durian yang sangat berkualiti dan paling mahal.

Sebab itu jugalah harga setiap durian tidak sama. Mungkin ada orang tak faham, mereka memandang durian sebagai durian semata-mata. Tapi bagi yang memahami durian ini, mereka tahu 'rasa' nikmat buah durian ini. Jika mereka ingin 'rasa' paling nikmat, sudah tentu mereka akan memilih durian yang paling berkualiti dan gred bagus.

Sebab Keempat: Durian semakin pupus

Perkara ini memang tidak dapat disangkal lagi. Almost pokok durian semakin pupus sebab ramai orang dah fed up dengan penjagaannya. Kebun saya dulu pun dah diganti dengan ladang kelapa sawit sebab susah nak jaga pokok durian ni. Kalau banjir, kena air, pokok mula rosak dan tak berbuah. Penjagaannya sebenarnya mudah, tetapi jika ia kena hujan, maka pokok durian ini mudah rosak dan pupus.

Lagi satu, durian ni ditanam bukan untuk dirinya sendiri tetapi untuk anak cucu mereka. Macam atok moyang kita dulu tanam pokok durian. Bukan untuk mereka makan, tetapi untuk anak cucu makan. Sebab apa? Sebab tempoh hayat pokok ni sangat lama. Bukan tanam hari ni, 2 3 bulan anda dah boleh tuai hasil. Tapi makan bertahun-tahun baru boleh dapat hasil. Sebab itu lah buah ini mahal.

Sebab Kelima: Value pada pengusaha

Bagi yang tanam durian, pengusaha-pengusaha sekarang ini, mereka tidak ada sumber pendapatan lain. Hanya hasil durian ini  aje lah sumber mata pencarian mereka. Mereka beli benih baru dan tanam, sementara menjaga pokok durian yang lama. Segala kos diperlukan untuk penjagaan rapi agar buahnya keluar setiap musim.

Jika cuaca pada musim tersebut tidak sesuai, pokok durian tidak akan berbuah banyak dan ini akan menyebabkan pengusaha durian ini termenung memikirkan masa depan mereka. Mereka terpaksa memikirkan teknik dan cara bagaimana untuk menaikkan mutu dan pengeluaran buah tersebut. Mereka juga perlu memikirkan cara bagaimana mengatasi pokok durian yang buahnya gugur terlalu awal atau muda. Sebab tu buah ini memegang value yang sangat tinggi.

Apabila melihat pada value buah durian ini, saya terfikir juga bagaimana ramai orang yang masuk program saya iaitu Simplified Trading Signal (STS) dapat menikmati value pada STS ini setelah diperap dan diperam selama 3 hari sehingga menjadi seorang pelabur yang hebat.

Saya percaya apa yang saya buat ini berbaloi sebenarnya. Walaupun ramai yang memandang ia hanya program dan kelas-kelas biasa, tetapi saya percaya akan kualiti program saya, value of money dan bagi banyak munafaat kepada mereka selepas mereka keluar dari program saya ini.

Sekiranya anda rasa berminat untuk sertai program STS saya ini, anda boleh layari link ini : http://irsofian.com/sts2017 atau hubungi talian hotline +6019-3226769.

.

.

Salam Sayang,

Ir Sofian

Dapatkan Ebook

'Knowledge Trading Version 2' Sekarang!

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Ir Sofian will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.