Nak Tahu Macam Mana Student TG4M Dapat Post Result Trading??

Assalamualaikum wmt. wbkt..

Hari ini saya ada sikit perkongsian buat sahabat yang follow website saya. Ia adalah berkenaan posting saya di dalam group support untuk student TG4M saya.

Apa yang saya ingin kongsikan ni adalah berkenaan persoalan dan pertanyaan yang sering diajukan kepada pihak Akademi JL apabila mereka share kan kepada followe di luar sana tentang result trading student student TG4M saya ni.

So, ada yang bertanya macam mana student saya ni boleh post result trading dia orang?  Bila masa dia orang ni masuk position?

Jawapan saya mudah aje. Buat masa sekarang ni, ada 3 faktor macam mana student TG4M saya dapat masuk position dalam trading dan dapat gain profit.

1. Teknik TG4M

Seperti yang saya ajarkan di dalam program TG4M, teknik yang ditekankan adalah teknik jenis cara trading scalping dan intraday iaitu macam mana trader dapat in & out dalam masa beberapa jam atau satu hari.

So, apa yang student saya lakukan adalah mereka just apply kan aje cara yang saya ajar di dalam TG4M dengan melihat trend dalam timeframe H1 dan entry pada tf M5.

Satu lagi kelebihan student TG4M saya ni, jika mereka masih lagi tidak faham atau dah lupa cara nak tengok chart, mereka boleh datang recharge semula sehingga pandai.

Kalau nak tahu info pasal program, mereka boleh lihat di Facebook IrSofianFan dan AkademiJL. Memang admin akan update selalu tarikh event TG4M yang seterusnya. Kalau mereka rasa berkelapangan, maklumkan aje pada admin.

Saya sengaja aje bagi student saya ni masuk recharge ni free aje. Cuma mereka perlu booking seat aje. Dan student yang jauh kena spend masa dan duit untuk datang ke shah alam.

So, apa kerugian pada student saya ni? Tak ada yang rugi pun buat mereka ni. Mereka hanya bayar sekali aje, tapi boleh datang berkali-kali sampai faham. Sebabnya? Saya kalau boleh nak mereka betul-betul hadam konsep dan teknik TG4M ni.

Bagi saya, sesiapa yang dapat hadam dah teknik ni, memang mereka boleh buat duit poket hari-hari. Sebab tu jugalah mereka boleh post result trading mereka pada Akademi JL.

2. Direction Market

Ini juga merupakan salah satu faktor dan sebab kenapa student saya dengan mudah aje dapat post result trading mereka iaitu mereka follow dan trade berdasarkan direction market yang saya tunjukkan dalam group telegram signal.

Group tele signal ni pun free aje. Asalnya dulu group ni saya gunakan untuk peserta coaching saya dalam tempoh masa 3 bulan. So, saya bagi direction market untuk guide student coaching saya dapat profit dalam masa 3 bulan.

But since saya dah tutup dan tamatkan sesi coaching tu untuk tahun ni, saya cuma nak munafaatkan kepada student saya yang lain yang 'masih trade' dan nak dapatkan panduan dari saya.

Sebab direction market yang saya tunjukkan dalam group signal ini adalah aplikasi daripada sesi pembelajaran STS iaitu program advance saya selepas TG4M. Insyaallah, program ini bakal diadakan pada hujung bulan ini selama 3 hari.

So, mana-mana student saya atau alumni TG4M yang rasa nak mudahkan kerja mereka, nak tahu ke mana arah direction market, mereka boleh submit form register nak masuk  dalam group signal tu. Just pm pihak Akademi JL atau ws 019-322 6769 untuk dapatkan link form.

Dah register, baru saya akan masukkan mereka ni dalam group signal. Dari group signal ni lah membolehkan student yang baru dan lama nampak market direction berdasarkan apa yang saya observe. Dan of course apa yang saya predict 80%-90% adalah tepat.

So, mudah-mudah aje mereka ni dapat profit jika yakin dan follow signal saya. Kiranya mereka yang masuk dalam group signal ini boleh dikira sebagai 'Rezeki Terpijak' lah. Dan hanya sesiapa yang 'bijak' aje akan nampak peluang ni dan tidak akan sia-sia kan peluang yang ada.

3. Group Support

Apa yang memberuntungkan student TG4M saya adalah saya menyediakan group support bagi mereka selepas habis program. Di dalam group support ni mereka boleh ajukan soalan jika tidak faham ramai alumni yang boleh membantu untuk menjawab pertanyaan mereka.

Saya create group support ni sebab saya tak nak student saya ni lost harapan dan untuk terus berada dalam line yang betul. So, tidak kira mereka ni dah lama jadi alumni TG4M atau masih fresh newbie lagi, mereka tetap boleh kekal dalam group ni.

Tapi, jangan pula marah kalau tak ada signal yang dibekalkan dalam group ni sebab mereka kena faham konsep trading secara 'scalping'.  Saya nak mereka sendiri berusaha untuk tengok market dan masuk position setelah nampak peluang mengikut teknik yang saya ajarkan.

Jika diwaktu pagi, akan ada seorang trainer saya yang akan bantu dari segi direction market secara overall pada hari tersebut dan memberikan daily pivot. Tapi, untuk entry tetap mereka kena cari berdasarkan kepada pemerhatian dalam setting TG4M.

No Magic In Trading

Sebenarnya tiada apa-apa yang magic dalam trading ni. Macam mana student saya dapat post result trading mereka adalah berdasarkan atas usaha mereka sendiri. Jika mereka berusaha untuk merebut peluang yang ada, sudah tentu mereka mampu jadi trader berjaya.

Tapi, jika tiada usaha dari mereka, maka peluang mereka terhenti di situ aje. Sama juga dalam hal yang lain, jika tak ada usaha, mustahil mereka akan peroleh kejayaan.

So, jika anda di luar sana yang rasa mengapa anda masih lagi belum boleh membaca pergerakan market, cuba anda tanya kembali diri anda. Adakah anda sudah spend kan masa anda untuk menatap chart dalam tempoh masa yang disasarkan setiap hari?

Atau adakah masih ada lagikag tersarang dalam diri ada perasaan malu dan ego?

Cuba anda tanyakan dalam diri anda, mengapa orang lain yang selalu bertanya dan datang recharge TG4M setiap bulan tu tak malu? Mereka tak ego ke?

Ataupun perasaan ingin berjaya mereka melebihi segala perasaan yang ada dan akhirnya mereka dapat apa yang mereka hendak ecapi.

Jadi anda bagaimana???

Pastinya tiada sesuatu yang mudah untuk kita capai. Itu pasti!!! Tapi ingat kembali pesanan Muhammad Ali, peninju legenda berkata "orang yang hebat adalah orang yang boleh bangkit dari kejatuhan mereka".

Jadi, cuba anda ingat kembali bila anda rugi??? Cuba ingat kembali adakah anda dah letakkan usaha anda untuk kembali aktif?

Tanya diri anda samada anda ingin jadikan trading ini sebagai satu mata pencarian utama atau pun sebagai kerja part time anda?

Cuba bertanya kepada mereka yang telah berjaya. Bagaimana mereka bangkit semula? Ada tak air mata yang menitis keluar? Pernahkah mereka rugi? Bagaimana mereka mencari kembali kekuatan diri mereka dan bangkit semula?

Saya nak anda jawab pertanyaan ini sendiri kerana jawapannya ada pada diri anda. Saya cuma menyediakan platform untuk anda jadikan ia sebagai batu loncatan untuk anda berjaya dengan lebih mudah.

Saya tak nak anda merasai apa yang saya rasa sebelum ini. Jatuh bangun dalam dunia trading. Untung dan rugi yang sama banyak. Banyak wang ringgit dan masa terbuang.

 

Saya cuba beri peluang kepada anda yang nak dipimpin dan serius dalam trading ni.

Ingat pesan saya ini:

 

"Kejayaan kita hari esok adalah kesan dari kepayahan kita hari ini"

 

Semoga perkongsian saya ini dapat memberikan semangat kepada anda di luar sana untuk terus berjuang dalam dunia trading.

Dan bagi yang berminat nak sertai program TG4M atau STS saya, anda boleh hubungi admin di talian 019 322 6769. Jangan terlepas peluang keemasan ini kerana sekali anda terlepas, mungkin susah untuk anda dapat peluang yang sama sekali lagi.

.

.

Salam Sayang,

Ir Sofian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge