Apa Yang Paling Penting Jika Nak Melabur Dalam Emas Fizikal?

Invest in Gold Physical?

Apabila bercakap soal emas fizikal, pasti saya tidak terlepas daripada pertanyaan-pertanyaan ini iaitu kat mana nak beli emas? Kat sini elok ke atau kat situ elok. Syarikat pengedar emas mana yang bagus ye?

Tapi sebenarnya ada satu lagi perkara penting yang bakal pelabur emas kena ambil tahu dan sepatutnya persoalan ini yang bermain di minda mereka iaitu berapa harga emas yang dijual? Bukan selalu memikirkan di mana nak beli emas, tetapi lihat kepada berapa banyak duit anda yang perlu dilaburkan untuk beli emas tersebut.

Ini baru merupakan cara pemikiran yang betul sekiranya anda ingin melabur dalam emas. Cuba anda fikirkan sejenak, jika sekiranya anda memikirkan  berapa harga emas yang dijual, pasti anda akan memikirkan berapakah pula harga emas dunia sekarang ni.

Sebabnya jika anda tidak tahu berapakah harga emas dunia sekarang ni, anda tidak akan tahu adakah berbaloi harga yang ditawarkan itu untuk anda beli. Dan anda juga tidak akan dapat membuat pengiraan keuntungan seawal peringkat melabur lagi.

Kalau anda nak tahu, inilah yang bermain-main di dalam fikiran saya sebelum ini. Pada tahun 2010, apabila saya telah start invest dalam gold dalam keadaaan yang agresif, pada masa tu saya masih lagi kekurangan ilmu tentang pelaburan emas dan saya hanya berpaksikan dengan ‘Beli emas, kita akan untung!’. Tapi memang pada masa itu saya memang untung.

Waktu tu harga gold melompat-lompat naik. Macam harga bitcoin sekarang ni. Naik tangga macam tak ingat nak turun. Berdesup naik. Akan tetapi, disaster telah menimpa emas apabila sejarah tercipta buat pertama kalinya emas membuat penurunan yang drastik bermula pada Sept 2011.

Saya still ingat lagi masa itu, tak seorang pun menduga yang harga emas akan jatuh dari $1900USD ke $1050USD bermula dari tahun 2011 hingga tahun 2015. Satu tempoh yang agak panjang juga buat emas. Dan pada masa harga emas jatuh juga, ramai pelabur-pelabur yang menjual emas-emas mereka kerana mereka rasa rugi membuat pelaburan dalam emas.

Namun, bermula dari pengalaman tersebut saya start terfikir sesuatu tentang emas ini. Finding saya adalah nak atau tidak, kita kena terima hakikat bahawa emas adalah bahan komoditi yang tidak terkecuali dari spekulasi dan emas telah berubah rentak cara pergerakannya.

Mahu ataupun tidak, bagi sesiapa yang nak terlibat dalam pelaburan emas ini, mereka kena @ wajib tahu membaca pergerakan harga emas dunia. Kedengaran macam pelik kan! Sepatutnya nak beli emas, just beli aje laaa kan!! Buat apa nak tahu harga emas dunia ni.

But inilah finding saya sebab rupanya ia sangat berkait rapat dengan pelaburan yang kita lakukan. Sebab itulah jika anda bertanyakan kepada saya tentang di mana hendak beli emas ni, saya tidak akan menjawab di mana, tapi saya akan mempersoalkan 'Berapa harga emas dunia sekarang?'.

Dengan mengetahui harga emas dunia, anda akan dapat membuat pelaburan dengan lebih baik. Anda akan dapat beli emas ketika harganya dalam keadaan rendah dan anda akan dapat menjualnya semula ketika harganya sedang melambung tinggi.

Bahkan, anda juga dapat membuat perbandingan harga emas dunia dengan harga jualan yang ditawarkan oleh pengedar-pengedar emas. Dari situ, anda boleh pilih syarikat mana yang menawarkan harga emas yang berbaloi iaitu dengan menawarkan premium yang rendah. Maksudnya di sini iaitu harga emas yang ditawarkan tidak jauh beza dari harga emas dunia. Bila tak jauh beza, maka anda akan dapat mengaut keuntungan yang lebih dalam pelaburan ini.

Macam mana? Anda sudah mula mengubah cara pemikiran anda? Fikirkan dulu berapa harga emas dunia, baru buat keputusan berapa banyak yang anda nak laburkan dalam emas fizikal ni. Dah tahu, baru cari tempat yang menawarkan harga berbaloi.

Harga Emas Dunia

Macam mana nak tahu harga emas dunia?

Zaman teknologi sekarang ni dah sangat memudahkan kita dalam setiap urusan kita termasuklah untuk melihat harga emas dunia. Anda sendiri boleh melihat turun naik harga emas dunia ni dengan memuat turun aplikasi Kitco yang berada di dalam Play Store/Apps Store anda macam gambar di bawah ni.

Download aplikasi ini dan install di telefon pintar anda. Akan muncul bermacam-macam senarai harga dunia bagi logam, komoditi dan sebagainya.

Anda klik pada 'Gold' untuk lihat harga dunia bagi emas.

Macam mana? Mudah tak untuk melihat harga emas dunia? Lepas ni anda sendiri dah boleh buat research bila harga emas naik atau turun. Dan melaburlah pada ketika anda boleh mengaut keuntungan yang lebih tinggi.

.

.

Jangan lupa SHARE pada rakan-rakan yang lain ye. Sama-sama kita kongsi munafaat dari posting ini.

Salam Sayang,

Ir Sofian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge