Revolusi Iphone Dah Menemui Jalan Mati?

Wah…. Pagi ni saya nak kongsikan kepada anda tentang sesuatu yang saya rasa semua orang pun tahu. Lebih-lebih lagi generasi yang hidup zaman teknologi serba canggih ni kan!..

Siapa yang tak tahu pasal produk Apple iaitu Iphone??

Pengguna Iphone

Saya kira, sampai ke budak sekolah rendah tahu pasal Iphone ni yang menjadi kegilaan generasi sekarang. Mana taknya, Iphone ni satu brand telefon pintar yang sangat popular dan mempunyai fans nya yang tersendiri. Pakcik pun peminat Iphone gak..Ha ha ha..

Bagi peminat Iphone macam pakcik ni, mesti anda semua tahu kan yang Iphone telah mengeluarkan produk terbarunya iaitu Iphone 8 dan Iphone X. Panas macam goreng pisang lagi ni.. Sudah tentu bagi penggemar tegar Iphone ni akan berlumba-lumba untuk mendapatkan 'gen' baru Iphone ni.

Dalam pada masa yang sama, saya juga melihat brand lain turun berebut-rebut mengeluarkan produk mereka bagi 'mencuri hati' pengguna yang macam dirasuk oleh developmment smartphone ni. Tapi kalau diperhatikan sebenarnya kebanyakan produk smartphone yang keluar ni mempunyai similiraty dalam fungsinya.

Jangan tak caya, GOOGLE pun kata produk dia lebih hebat dari Iphone X tau!!

Oleh sebab saya ni antara sebahagian orang yang menunggu-nunggu kelahiran Iphone baru yang dikatakan memberi 'nafas baru' dalam industri yang sangat pantas berkembang ni, sudah tentu saya juga teruja dengan keluaran Iphone 8 dan Iphone X ni.

Hampa?

Namun, apa yang membuatkan hati si penggemar Iphone ni hampa adalah apabila saya melihat Iphone 8 yang keluar sekali dengan Iphone 10 ni, atau nama lainnya Iphone X ni tak nampak bezanya pun. Sekali imbas nampak sama aje. Hu Hu Hu..

Kecewa? Memang kecewa. Sebab apa? Sebab saya sangat mengiktiraf teknologi IOS yang dipegang oleh Apple yang memang tiada tolok bandingnya dengan teknologi lain. Bagi Apple user, statement ini yang menjadi kebanggaan mereka, "IPHONE TAK HANG".. Siapa sokong kenyataan saya ni?

Betulk kan? Sejak saya berhijrah dari jadi pengguna tegar BlackBerry kepada peminat Apple, memang teknologi yang dicetuskan oleh Steve Job tidak boleh disangkal. Tak perlu nak risau phone kita hang atau lembab yang boleh menyebabkan hati kita pun sakit kan!

Tapi, baru-baru ni semasa menunggu kelahiran Iphone 8, saya dikejutkan oleh staff saya yang baru berpindah dari pengguna Iphone kepada pengguna Samsung. Dengan teknologi Samsung S8 yang memang tak terjangkau yang smartphone ni dah dijadikan sebagai Notebook @PC. Tak apa, saya pujuk hati saya. Saya berkata dalam hati saya, 'nanti Iphone 8 lebih hebat dari Samsung S8.

Persoalan Yang Timbul

Suatu hari, semasa saya sedang lunch, tetiba saya terfikir. Bagaimana syarikat gergasi seperti Apple tu boleh mengeluarkan product baru yang dinanti-nantikan oleh peminatnya.

"Sila lihat gambar di bawah ini!"

Terdapat beberapa persoalan yang bermain di benak fikiran saya.

1) Jika 'keluarnya' Iphone baru tetapi sekali pandang ia seolah-olah bagaikan peranti yang sama dengan yang sebelum ini. Adakah ini dikatakan produk terbaru?

2) Persepsi saya, apabila melihat kepada Apple yang lama vs yang terkini paling kurang ianya akan mencetuskan 'new look' bagaikan melihat 2 produk yang memang fresh & baru. Sebab tu saya terkejut!

3) 'yang baru' adalah upgrading dari segi IOS dan dalamannya. Tapi semua tu 'boleh kata' sama dengan Samsung S8

Saya terfikir, jika Steve Job 'ada lagi', rasanya mati semua dia orang ni kena bunuh! Kalau tak pun, kena buang kerja! Sebab hasilkan produk sebegitu. He he he

Ambil Pengajaran

Rentetan dari perkara ni, ada beberapa perkara yang kita kena pelajari dari situasi ini.

+ jangan berhenti untuk berfikir dan improvise diri
+ jadikan setiap hari adalah hari baru bagi kita, belajar dari kesilapan kita yang semalam
+ jadikan pesaing kita adalah 'pesaing' dan jangan terlalu selesa dengan kedudukan sekarang
+ dunia teknologi ini tidak boleh dikejar sangat, beli smartphone mengikut apa function yang kita hendak guna dan pakai
+ dalam dunia perniagaan, upgrading adalah penting jika tidak, kita akan ketinggalan
+ rupanya sebiji handphone boleh dijual dengan harga sebiji motor @ notebook yang speed tahap gaban @ emas 999.9 seberat 20gram @ boleh jejakkan kaki ke Mekah @ boleh dapat beg branded dan ..... (awak tulis sendiri yang similar eh )
.
.
Cuma 1 perkara yang saya pelik!!
Sebab apa dalam dunia ini hanya ada 2 system???

Cuba lihat :
IOS vs Android
Apple vs Windows

Adakah ianya dirancang?
Atau tak ada lagi otak orang yang bergeliga atau genius untuk jadi pencetus?

Jika ada lagi 1 , pasti dunia ini akan lebih banyak pilihan dan meriah. Kannn! Ha ha ha
Just my 2 cent thought laaa..

.

.

Anda boleh lihat posting asal tentang Iphone ni di Facebook saya ni.

Jangan lupa SHARE kepada sahabat lain ye.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge