Kenapa Pakar Lebih Suka Emas?

Anda Suka Emas??

Tidak kira sama ada emas fizikal mahupun trading emas online, pakar pelaburan memang akan lebih sukakan emas. Termasuklah diri saya sendiri. Setelah lama berkecimpung dalam dunia pelaburan emas dan perak, dan terlibat juga dalam pelaburan-pelaburan yang lain, tidak dinafikan bahawa saya memang lebih sukakan emas sebagai instrumen pelaburan.

Kalau saya tanyakan kepada anda, anda suka tak dengan emas? Kalau dapat free?? Mesti anda dah melonjak-lonjak sampai ke syiling, sebab teruja dan gembira sangat. Emas kot.. Betul tak? Saya sendiri pun sudah jatuh cinta dengan komoditi emas ini sehingga ia merubah hidup saya menjadi seorang yang sanggup explore lebih lagi tentang emas dan dunia pelaburan berkaitan emas.

Kenapa Pakar Suka Emas?

Jika anda tanya kepada saya kenapa saya lebih sukakan emas, banyak sebab kenapa saya suka emas ni. Saya boleh kongsikan kepada anda beberapa sebab kenapa emas ni special dan pakar lebih sukakannya.

1. Aset Berharga

Sudah tentu emas ni adalah aset yang berharga. Jika anda miliki emas, ia umpama anda sudah memiliki kekayaan. Seperti mana yang saya pernah nukilkan dalam buku saya iaitu ‘Magnet Emas Magnet Kekayaan’ bahawa emas ni boleh jadi simbol dan magnet untuk anda tarik kekayaan yang lain. Unikkan?

2. Mudah Dicairkan

Selain itu, sekiranya anda memiliki emas fizikal, dengan mudah aje anda dapat cairkan emas tersebut dalam bentuk tunai ketika anda memerlukan. Jika nak dibandingkan dengan aset yang lain seperti rumah ke, barang-barang dalam rumah ke, memang agak sukar kita nak cairkan kepada wang. Belum lagi kisah nak cari pembeli pula tu. Tapi, jika anda miliki emas, tak perlu nak susah payah fikir nak cari pembeli, anda boleh aje pergi ke ar-rahnu atau kedai pajak gadai konvensional untuk tunaikan.

Macam saya, saya pun suka beli emas fizikal ni. Bila saya nak pakai duit, saya tunaikan aje. Kemudian saya akan rolling balik beli emas saya. Mungkin nanti kalau saya ada masa, saya akan kongsikan kepada anda macam mana saya rolling emas saya balik.

3. Harga Emas Kian Meningkat

Kalau anda perasan, harga emas dulu dan sekarang dah tak sama. Jika 10 20 tahun dahulu, harga emas baru dalam sekitar RM30 RM40 satu gram, tapi kini harga emas sudah mencecah RM250 satu gram. Anda rasa untung tak orang yang beli emas 5 atau 10 tahun yang lepas?

Walaupun harga emas pernah mengalami fasa kejatuhan, namun itu bukanlah ralat bagi pakar pelabur emas sebab mereka sendiri tahu fasa tersebut adalah sesuatu yang lumrah bagi perjalanan pasaran emas. Harga emas tetap akan naik semula dan ketika fasa kejatuhan harga emas ini lah ramai pakar yang membeli emas. Murah pun murah. Lepas 5 tahun ke atas, sudah pasti mereka ini dapat mengaut keuntungan berlipat kali ganda.

So, saya rasa memang satu kerugian kepada mereka yang hilang kepercayaan pada emas disebabkan fasa kejatuhan harga emas tersebut. Bagi saya, emas ni pernah disebut dalam Quran dan hadith. Jadi, sudah tentu saya meletakkan kepercayan saya tinggi pada ciptaan Tuhan ni.

4. Pergerakan Pasaran Emas 'Volatile'

Bagi pakar yang melabur dalam bidang trading emas pula, sudah tentu ia sesuatu yang sangat bermunafaat buat mereka. Sebab apa? Sebab bagi saya, pergerakan harga emas ni sangat 'volatile'. Walaupun bidang trading emas ini berisiko, namun bagi saya ia bukanlah satu masalah selagi mana anda mempunyai ilmu yang betul dan tepat dalam bidang trading. Tahu teknikal analisisnya, tahu cara dan teknik tradingnya, dan tahu bagaimana untuk mengurangkan risikonya.

Sejak saya explore bidang trading emas ni, pandangan saya terhadap dunia emas ni memang meluas. Apa ilmu yang saya dapat, saya kongsikan kepada student saya dalam program #TG4M dan #STS. Sebab saya nak bukan hanya saya seorang sahaja yang mampu buat duit dengan emas, tapi saya juga nak orang lain juga mampu untuk buat duit dengan emas.

Lebih-lebih lagi kita bakal berhadapan dengan krisis ekonomi dunia. Sudah pasti ramai orang di luar sana yang mencari sesuatu intsrumen pelaburan yang mampu membantu mereka di saat ekonomi gawat. Dan bagi saya, hanya emas satu-satunya instrumen yang anda boleh pegang ketika ekonomi gawat. Sebab pada waktu tersebut, harga emas akan melambung tinggi.

Anda boleh dapatkan Ebook #25Cara yang saya pernah lancarkan sebelum ini. Ada 25 cara saya terangkan kenapa dan bagaimana emas ini membantu anda ketika ekonomi gawat. Kalau anda terlepas untuk dapatkan ebook tu, anda boleh dapatkan di SINI.

.

.

Anda boleh SHARE posting ni pada sahabat yang lain.

Sekarang ni saya sedang lancarkan Kempen #CariDuitExtra. Sekiranya anda nak join, anda boleh klik SINI ye..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge