Apa Ada Dengan Kempen #CariDuitExtra??

Assalamualaikum & Selamat Pagi.

Hari ni saya nak kongsikan kepada anda tentang kempen yang baru saya lancarkan pada dua minggu lepas iaitu kempen #CariDuitExtra. Siapa kat sini yang dah tahu tentang kempen ni?

Bersempena tahun 2017 yang dah nak mengakhiri penghujungnya, dan tahun 2018 yang mungkin lagi mencabar buat kita semua kerana dijangkakan putaran krisis ekonomi dunia bakal terjadi pada tahun hadapan. Maka saya terpanggil untuk buat satu group eksklusif #CariDuitExtra bagi membantu mereka di luar sana yang nak tingkatkan ekonomi dan taraf hidup mereka.

Anda boleh lihat video pelancaran kempen #CariDuitExtra dengan klik gambar saya di bawah ini.

Apa Ada Dengan Kempen #CariDuitExtra?

Kempen #CariDuitExtra ini saya lancarkan pada 26 September lepas adalah untuk saya cari dan bantu mereka di luar sana yang betul-betul nak merubah hidup mereka menjadi lebih baik. Bermula dari platform #CariDuitExtra ini, saya akan kongsikan kepada anda semua tips-tips dan cara tentang bagaimana anda nak cari duit extra.

Saya faham, dengan keadaan ekonomi kita sekarang ni, ditambah pula dengan kenaikan harga barang dan minyak yang tidak stabil telah menyebabkan ramai di antara anda di luar sana yang rasa terbeban hidup dalam situasi sekarang ini.

Saya juga faham, ramai yang cuba untuk mengatasi kemelut yang berlaku ini dengan membuat lebih dari satu pekerjaan demi untuk menampung keperluan hidup mereka. Senang kata, hidup mereka ini hanya fikir soal kerja, kerja dan kerja. Sebab apa?? Sebab DUIT. Ya... Duitlah punca utama mengapa kita tetap bekerja keras dan bersungguh-sungguh.

Walaupun duit ni bukanlah tujuan semata-mata kita hidup di dunia ini, tapi untuk meneruskan kehidupan inilah kita perlukan duit.

Insyaallah, semoga dengan platform yang saya sediakan ini, dan apa yang saya niatkan ini akan menjadi kenyataan. Saya berharap sangat agar dengan cara ini saya dapat membantu melahirkan lebih ramai lagi insan yang dapat meningkatkan taraf hidup mereka dan mengeluarkan mereka semua daripada kesempitan hidup.

Bagi anda yang belum lagi menyertai dan ingin turut serta dalam group eksklusif saya ini, anda boleh daftarkan diri di sini --> http://irsofian.com/cariduitextra/.

Buat masa ini saya hanya berkongsikan dahulu tentang fundamental, motivasi serta tips-tips yang berkaitan melalui saluran LIVE video. Namun, ada satu lagi perancangan yang saya sediakan untuk anda yang join  group eksklusif #CariDuitExtra ini. Apa yang saya rangkakan adalah saya akan pergi terjah mana-mana usahawan yang berjaya untuk mereka kongsikan kepada anda semua tips-tips kejayaan dan bagaimana untuk cari duit extra.

Dan...yang paling best sekali adalah mereka ini akan bukakan 'tawaran hebat' hanya kepada ahli #CariDuitExtra. Offer tersebut adalah berkaitan bagaimana anda boleh dapatkan duit extra melalui usahawan-usahawan berjaya ini. Macam mana? Syok tak??

Kalau anda rasa best dan syok, jangan lupa untuk join group eksklusif saya tu ye... he he he..

Insyaallah.. Segala penambahbaikan akan dilakukan dari semasa ke semasa supaya kempen yang saya jalankan ini akan berjalan lancar dengan jayanya.. Amiinn..

.

.

Anda boleh SHARE posting saya ini supaya sahabat anda yang lain turut dapat munafaat darinya..

Jumpa anda semua di dalam group ye...

#TG4M

#irsofian

#CariDuitExtra

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge