Who is Ir Sofian?

Ir Sofian merupakan Profesional Engineering yang mempunyai syarikat perundingan kejuruteraan sendiri iaitu Kezo Consult Sdn Bhd.  Namun, disebabkan minat yang mendalam pada emas dan perak telah menyebabkan beliau menceburkan diri pula dalam bidang pelaburan emas dan perak.

Ir Sofian mula menceburkan diri dalam bidang pelaburan emas ini sejak tahun 2009 dengan berbekalkan azam yang kuat untuk mendalami ilmu tentang emas ini yang merupakan satu-satunya harta yang bernilai diberikan oleh Pencipta.

Sejak itu juga beliau mendalami teknik-teknik melabur emas dengan betul dan bejaya menguasai teknikal analisis bagi pasaran emas. Pemahaman beliau dalam ilmu tentang emas ini menjadikan beliau antara pakar yang bukan sahaja dalam emas dan perak tapi juga di dalam menganalisis pasaran saham. Hampir 80%-90% analisis yang beliau lakukan lakukan adalah tepat. Dari itu, beliau memberi konsultasi mengenai pelaburan emas dan perak di dalam seminar-seminar yang dianjurkan.

Ir Sofian juga menulis sebuah buku  bertajuk ‘Magnet Emas Magnet Kekayaan’ bagi berkongsikan kepada masyarakat tentang bagaimana menjadikan emas sebagai magnet kekayaan mereka. Beliau juga menganjurkan program 60minit Q&A bersama Ir Sofian yang membolehkan beliau berkongsi ilmu di ruang webinar dan peserta boleh bertanya langsung kepada beliau mengenai tajuk yang diperbincangan. Bukan itu saja, bahkan beliau juga membuat program Trade Gold For Money (TG4M) dan Simplified Trading Signal (STS) untuk mengajar masyarakat bagaimana untuk trade emas dengan cara yang betul dan selamat.