Nak melabur dengan selamat?

Siapa kat sini yang nak melabur emas dengan selamat? Angkat tangan..

Sebagai pelabur, mestilah anda nak melabur dengan betul dan selamat kan? Dan anda juga mestilah nak dapat keuntungan dari pelaburan. Betul tak?

Jadi, saya nak kongsikan kepada anda apakah yang anda perlu buat supaya pelaburan anda ni selamat dan menguntungkan. Nak tahu tak?

Hadamkan Tips Ni 

#1 Kena ada ilmu emas 

Ilmu tu penting. Tanpa ilmu anda tidak akan dapat melabur dengan baik. Umpama  anda ingin ke suatu destinasi tapi anda tidak tahu arah mana yang anda nak tuju dan anda juga tidak ada waze yang bagi tunjuk ajar.

Oleh itu, sekiranya anda ingin melibatkan diri dalam pelaburan emas atau pelaburan lain, anda kena ada ilmu tentang pelaburan tersebut.

#2 Kena ada perancangan 

Lepas anda dah ada ilmu, baru pelan elok-elok macam mana gaya dan teknik yang anda nak buat untuk pelaburan anda. Perancangan ni penting supaya pelaburan anda tidak tersasar dari matlamat yang sebenar.

Sebab pelaburan anda ni perlu follow perancangan yang anda buat. Jadi, rancang cantik-cantik, elok-elok supaya pelaburan anda berjalan dengan lancar.

#3 Kena beli emas yang dapat dipegang 

Kalau anda nak beli emas, pastikan anda dapat emas nya. Jangan pula anda beli emas pre-order yang kononnya murah. Tungu punya tunggu, emas tak muncul-muncul. Duit anda yang lesap. Kalau pergi kedai emas mahal, cari dealar emas yang boleh dipercayai.

Beli secara online pun boleh. Lagi murah berbanding beli di kedai emas. Beli kat kat mana pun, asalkan anda dapat emasnya.

#4 Ada duit terus pergi beli

Bila waktu yang sesuai untuk anda beli emas?

Bila anda ada duit, terus pergi beli. Jangan tangguh-tangguh lagi. Makin lama anda tangguh, makin lambatlah anda nak kumpul kekayaan dan keuntungan anda.

Ada duit sikit aje?

Tak apa. Beli saja walaupun sekecil 1 gram. Sekurang-kurangnya anda dah mulakan pelaburan anda. Sebab apabila anda dah mula membeli, anda akan mula dapat rentaknya nanti.

#5 Elakkan meminjam untuk buat pelaburan

Saya sarankan, kalau anda nak beli emas atau melabur dalam emas fizikal ni, jangan sesekali meminjam wang keada bank atau orang lain. Sebab bagi saya, tujuan kita melabur dalam emas adalah untuk melindung kekayaan kita dan mengaut keuntungan.

Apa guna keuntungan kalau sebenarnya ia bukan keuntungan kita yang hakiki? Betul tak? Mungkin konsep saya ni berbeza dengan orang lain. Sebab orang lain akan suruh anda meminjam dan melabur, tapi saya tak sarankan cara begini.

#6 Cari emas yang Premium rendah

Kalau anda nak untung lebih, anda haruslah memaksimakan keuntungan emas anda.

Nak buat macam mana tu?

Mudah aje. Anda cari emas yang harga premium nya ni rendah dari 8%. Tahukan premium?

Tak tahu? Premium ni adalah perbezaan antara harga jualan emas tersebut dengan harga emas semasa tidak jauh berbeza sangat. Kira hampir-hampirlah. Orang kata best price kalau dapat beli emas premium rendah ni.

#7 Beli emas yang lebih berat

Sekiranya anda inginkan keuntungan yang besar, seeloknya anda beli emas yang lebih berat, lebih gramnya. Sebab kalau anda beli emas yang kecil-kecil, harganya lebih mahal berbanding beli emas yang berat dan besar

Semua ni sebab kos pembuatan setiap emas tersebut yang membuatkan harga emas 1gram lebih mahal berbanding harga 1 gram bagi emas 100 gram yang dibeli. Anda boleh kumpul dulu duit selama 3 ke 4 bulan dan beli terus emas yang lebih besar dna berat. Cara macam ni lebih elok dan anda dapat memaksimakan keuntungan.

#8 Elok beli emas yang kurang Spread

Apa pula spread ni? Sama macam premium ke?

Haa.. Spread ni ialah perbezaan pada harga orang tu jual emas dan beli emas balik. Kiranya kalau kita boleh dapat yang spread dia kurang dari 7% dah boleh untung dah. Lagi rendah lagi bagus. Sebab apa?

Sebabnya, kalau kita nak jual balik emas, biarlah berbaloi. Dapat yang 0% spread, lagi syok tau. Untung-untung dah ke kita.

#9 Jangan jual emas dalam jangka masa yang singkat

Oleh kerana pelaburan emas ni bukan pelaburan yang memberika keuntungan dalam jangka masa yang singkat, jadi anda tidak boleh menjual emas anda dalam jangka masa yang terlalu cepat. Memang harga emas dunia ada turun naiknya. Namun ia bukanlah dalam waktu yang singkat.

Ini bukan emas yang diperdagangkan dalam pasaran dunia. Ini adalah emas fizikal. Ia perlukan masa, makin lama masa semakin tinggi dan besar keuntungan yang diperolehi.

#10 Jangan habiskan kesemua wang pelaburan beli emas

Saya nak bagitahu, sekiranya anda mempunyai wang pelaburan, jangan habiskan kesemuanya untuk beli emas. Seeloknya guna sedikit untuk beli emas dan sebahagian lagi untuk anda beli emas pada waktu lain.

Benda ni penting supaya anda tidak mengalami kerugian. Ada masa anda beli emas mahal, dan ada masa anda beli emas murah. Pro dan kontra ini lah yang akan jadikan anda dapat mempuratakan harga emas anda. Berbanding anda beli terus sekali kedebuk, anda nak kena tunggu harga emas naik lagi tinggi dari harga semasa anda beli.

Oleh itu, perancangan dan pengaturan sangat penting. Anda boleh adjust dan atur berapa yang anda nak beli, banyak mana nak beli, dan bila nak jual balik.

Sekiranya anda gunakan cara yang betul dalam pelaburan emas anda ni, saya yakin pelaburan anda akan membuahkan keuntungan yang maksima.

Anda boleh dapatkan info lain dengan picit link di bawah ni:

Dapatkan Ebook

'Knowledge Trading Version 2' Sekarang!

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Ir Sofian will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.