Assalamualaikum wmt wbt dan salam jumaat, penghulu segala hari.
Dipagi yang mulia ini, marilah kita sama-sama berselawat ke atas junjungan nabi kita Muhammad saw. Semoga hari-hari kita diberkati selalu.
Tahukah anda rahsia yang tersembunyi disebalik selawat nabi ini?
Terdapat banyak rahsia di dalamnya yang mungkin kita tidak ketahui. Tetapi ia sangat memberi manfaat kepada diri kita dan kehidupan kita di kemudian hari kelak.
Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani pernah memberi nasihat mengenai rahsia selawat:
“Ketahuilah membaca selawat kepada Nabi Muhammad ASW adalah salah satu ibadat yang paling mulia, membentuk ketaatan yang paling luhur, ibadah yang paling tinggi nilainya yang diperintahkan Allah SWT kepada kita, sebagai bentuk penghormatan, pemuliaan, dan pengagungan terhadap darjat beliau. Orang yang membaca selawat dijanjikan akan mendapat tempat paling indah di akhirat dan pahala yang besar.”
“Membaca selwat adalah amal perbuatan yang menyelamatkan, ucapan paling utama, ibadah yang menguntungkan, mengandung barakah paling banyak dan ahwal yang paling kukuh. Dengan membaca selawat, seorang hamba dapat meraih keredhaan Tuhan Yang Maha Penyayang. Memperoleh kebahagiaan dan restu Allah SWT, barakah-barakah yang dapat dipetik, doa-doa yang termakbul, bahkan dia boleh naik ke tingkat darjat yang lebih tinggi, serta mampu mengubati penyakit hati dan diampuni dosa-dosa besarnya.”
Oleh itu, bukan kah sangat beruntung bagi orang-orang yang berselawat?
Kita hidup ini bukan sekadar ingin mendapatkan keuntungan duniawi sahaja. Bukan sekadar ingin dapatkan keuntungan dalam trading atau bisnes sahaja.
Tetapi, kita juga ingin dapatkan keuntungan di hari akhirat kelak.
Allah SWT berfirman:
“Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepada Nabi; wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya dan ucapkan salam kepadanya.” (QS Al-Ahzab [ 33]: 56)
Malulah kita sedangkan Allah dan para malaikatNya turut berselawat kepada Nabi, kenapa kita tidak?
Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani juga ada menjelaskan mengenai keutamaan-keutamaan berselawat kepada Rasulullah SAW dalam kitabnya As-Safinah Al-Qadririyah dengan merujuk apa yang diriwayatkan oleh Ibnu Furhan dalam kitab Haqa’iq Al-Anwar.
Beliau menyebut 42 keutamaan dan keuntungan berselawat kepada Nabi.
Menurutnya, “Membaca selawat kepada Nabi memberikan banyak faedah yang boleh diambil oleh seorang hamba”:
- Berselawat untuk Nabi bererti melaksanakan perintah Allah SWT.
- Berselawat untuk Nabi bererti meniru Allah yang berselawat kepada Nabi.
- Berselawat untuk Nabi bererti meniru malaikat-malaikat-Nya yang berselawat kepada Nabi.
- Mendapat balasan 10 kali ganda selawat dari Allah SWT untuk diri kita pada setiap selawat yang kita ucapkan.
- Allah akan mengangkat darjat orang yang membaca selawat 10 tingkat lebih tinggi.
- Mendapat 10 catatan kebaikan.
- Allah SWT menghapuskan 10 dosa keburukan.
- Berpeluang besar doanya akan dimakbulkan Allah SWT.
- Selawat adalah syarat utama mendapat syafaat dari Rasulullah SAW.
- Selawat adalah syarat untuk mendapat ampunan Allah dan akan ditutup segala aib.
- Selawat adalah syarat untuk memperoleh perlindungan dari segala hal yang ditakutinya.
- Selawat adalah syarat seseorang dapat dekat kepada Rasulullah SAW.
- Nilai selawat sama dengan nilai sedekah.
- Selawat adalah alasan bagi Allah dan para malaikat untuk membacakan selawat balasan.
- Selawat adalah syarat kesucian jiwa dan raga bagi pembacanya.
- Terpenuhinya segala keinginan.
- Selawat adalah alasan seseorang mendapat khabar baik bahawa dirinya kelak akan memperoleh syurga.
- Selawat adalah faktor memperoleh keselamatan di Hari Kiamat.
- Selawat adalah alasan bagi Rasulullah SAW untuk mengucapkan selawat balasan.
- Selawat dapat membuat pembacanya teringat akan semua hal yang dilupakannya.
- Selawat dapat membuat harumnya sebuah majlis pertemuan dan orang-orang yang hadir tidak mendapat kerugian di Hari Kiamat kelak.
- Selawat dapat menghilangkan kemiskinan dan kefakiran bagi pembacanya.
- Selawat dapat menghapuskan gelaran orang yang kedekut ketika selawat dibacakan.
- Selawat menjadi penyelamat dari doa ancaman Rasulullah bagi orang yang membaca selawat ketika namanya disebutkan.
- Selawat akan mengiringi perjalanan pembacanya kelak di atas jambatan menuju syurga dan akan jauh dari orang yang tidak membacanya.
- Selawat akan menghilangkan keburukan-keburukan di suatu majlis pertemuan yang tidak dimulai dengan menyebut nama Allah dan Rasul-Nya.
- Selawat adalah penyempurna pahala dari sebuah percakapan yang dimulai dengan menyebut nama Allah dan membaca selawat kepada Rasul-Nya.
- Selawat adalah faktor yang dapat menyelamatkan seorang hamba ketika berada di atas jambatan menuju syurga.
- Selawat menghapus status sebagai pembenci selawat.
- Selawat adalah alasan bagi Allah untuk mengumumkan pujian baiknya kepada pembaca selawat tersebut di hadapan semua makhluk, baik di bumi mahupun di langit.
- Selawat dapat mendatangkan rahmat Allah.
- Selawat dapat mendatangkan berkah.
- Selawat dapat menguatkan dan menebalkan cinta kepada Rasulullah SAW dimana cinta ini merupakan simbol keimanan. Dan keimanan seseorang belum sempurna tanpa adanya cinta kepada Nabi.
- Selawat dapat memikat hati Rasulullah agar mencintai dirinya.
- Selawat mendatangkan hidayah dan menghidupkan hati yang telah mati.
- Selawat adalah syarat agar nama pembacanya disebut-sebut di hadapan Rasulullah SAW.
- Selawat dapat memantapkan iman dan Islam serta membacanya sama dengan memberi hak yang layak diterima oleh Rasulullah SAW.
- Selawat merupakan bentuk syukur kita atas segala nikmat dari Allah SWT.
- Bacaan selawat mengandung zikir, syukur dan pengakuan atas nikmat Allah SWT.
- Selawat yang dibaca seorang hamba adalah bentuk doa dan permohonan kepada Allah, terkadang doa itu dipersembahkan kepada Nabi SAW dan tak jarang pula untuk dirinya sendiri, karena selawat dapat menambahkan pahala.
- Selawat adalah buah yang paling manis dan faedah paling utama yang dapat didatangkan dari pembacaan selawat atas Nabi adalah melekatnya gambaran seorang Nabi yang mulia di dalam jiwa pembacanya.
- Memperbanyak bacaan selawat atas Nabi SAW menjadikan dirinya satu tingkatan dengan darjat seorang Syeikh Murabbi (guru agama).
Oleh itu, marilah kita berselawat, semoga memperoleh syafaat dan manfaat daripadanya. Amiin..
Salam Sayang.
Admin – FT