Perkongsian Pengalaman
Assalamualaikum. Dan salam ceria buat semua. Semoga hari ini anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Hari ini, saya ingin berkongsikan kepada anda semua pengalaman awal saya terlibat dengan trading gold.
Pada saya, pengalaman ini sebenarnya sesuatu yang amat berharga kerana jalan setiap orang adalah berbeza-beza, dan ini adalah jalan saya. Mungkin ada di antara anda yang jalannya sama atau lebih kurang seperti jalan saya. Dan mungkin ada juga yang jauh berbeza jalannya dengan saya.
Dan ini adalah kisah saya…
Bagaimana pada awalnya saya mulai mengenali market, dan semuanya bertitik tolak dari situ.
Berkenalan dengan Market
Pada awal-awal berkenalan dengan market, saya di perkenalkan dengan GJ, EJ, EC dalam Forex market. Namun setelah beberapa lama menghayati market, saya tak boleh kawal fokus saya. Akhirnya saya memilih GJ dan EJ sahaja.
Setelah beberapa bulan, saya terpaksa fokus kepada GJ sahaja disebabkan oleh saya rasa market ini lebih sesuai dengan saya. Walaupun begitu, tetap ada masa saya untung, ada masa saya rugi.
Kaji Gold Market
Akhirnya saya cuba mengkaji gold market. Dari mempersepsi Gold untuk long term dan fizikal, saya mencari idea baru. Bagaimana cara untuk trade gold untuk komoditi pula.
Pada tahun 2013 saya diperkenalan dengan software mt4 yang di automasi kan sepenuhnya. Saya sanggup beli software tersebut yang berharga RM6000. Walaupun ia bukan robot, tapi tak menjadi jugak. Akhirnya saya menggunakan ilmu chart kosong untuk trade. Ia di panggil naked chart. Dan ia berbalik kepada ilmu pertama saya belajar dan skill yang saya asah.
Selepas itu ada pengaruh dari luar yang ajak saya trade 8 pair. So bersusunlah chart currencies di komputer saya. Tapi semua nya hancur. Apa skill saya yang saya telah ada hilang dan tidak tentu arah jadinya.
Penggunaan Gadget
Pada awal-awal trade saya 'cuba' menggunakan gadget. Maklumlah semua nak mudah saja. Saya beli ipad, tapi tak jalan. Kemudian, saya terfikir untuk mudahkan conteng-conteng, saya beli samsung note 10 ( masa itu baru keluar), tapi sama. Tak jalan jugak.
Saya tukar pakai notebook pula. Dan akhirnya saya nak beli Notebook Samsung yg boleh cabut-cabut monitor dan keypad. Tapi mujur wife saya cadangkan cuba pakai mac book air sebab ianya mudah nak bawak kemana-mana dari beli notebook.
Lastnya saya pakai pc dengan monitor saja di rumah. Satu gadget pun tak pakai dah. Ipad , Samsung note 10, semua tu jadi mainan anak saja.
Rugi saya beli gadget. Sebab sepanjang trade menggunakan gadget, saya lebih banyak rugi dari untung.
Mengasah Skill Trading
Sebenarnya bukan mudah untuk mengasah skill. Penat nak cari skill semula. Setelah kita dapat skill, nak kena tune otak dengan cara lain pula. Akhirnya saya sendiri pening. Kemudian, saya buat keputusan untuk tidak tukar kepada yang lain. Dan tahun 2013 tu last saya trade forex. Kemudian saya fokus kepada gold.
Pada tahun 2014 saya masuk 100% ke dalam stock market pula sebab saya di jemput oleh Richworks Group untuk mengajar teknikal analisis untuk stock market. Jadi pada waktu itu saya cuba trade gold dan stock pada masa yg sama secara aktif.
Macam biasa, saya tak boleh fokus jugak. So saya kena buat pilihan antara stock atau gold. Namun pada waktu itu saya memiilih stock market sebab pada masa itu saya mengajar bursa station dan saya adalah pioneer yang explore bursa station sehinggakan kelas BSM di buat hampir 30 kelas.
Akhir tahun 2014 saya melihat keadaan stock market huru hara. Setiap kali masuk sahaja rugi. Saya buat analisa, tetapi banyak tak ikut analisa. Market stock bergerak mengikut arah dia sendiri. Amat sukar untuk saya teruskan dengan keadaan market yang tidak tentu hala dan mengikut angin sendiri.
Selepas saya bercuti ke london akhir tahun 2014, saya mengambil keputusan untuk fokus 100% trade secara scalper dan day trader style dalam gold. Dan saya masih berjinak dalam stock market, tetapi secara santai dan investment sahaja.
Ilham Ilmu Trade Gold For Money
Saya cuba memikirkan apakah ada cara yang mudah untuk mengajar orang untuk trade gold sebab sebelum itu saya hanya menggunakan ilmu STS (Simplied Trading Signal) yang saya sampaikan dalam kelas ISTAM (Ir Sofian Technical Analysis Mastery).
Lastnya, Allah beri saya ilham untuk design trading system dan saya namakan dia Trade Gold For Money (TG4M). Dan ia adalah conclusion terhadap STS.
Alhamdulillah, Allah beri saya ilmu untuk membaca chart dengan mudah. Maybe background saya yang dari sekolah minat math dan belajar engineering pulak di mana saya selalu buat analisis dan design dalam kerja saya.
Tapi 1 situasi yang saya nampak apabila saya mengajar dalam ISTAM, ramai orang susah nak faham apa yang diajarkan. Lebih-lebih lagi benda ini perlu di practice setiap hari. Dan akhirnya ilmu yang saya ajar mereka tidak apply. Walaupun ada di antara pelajar saya yang dah berjaya, tapi disebabkan ukuran saya, apabila saya mengajar , saya meletakkan target yang tinggi untuk semua pelajar saya berjaya.
Itu situasi saya. So, saya merasakan macam saya syok sendiri apabila berkarya dengan market, membuat analisa, tetapi ramai yag tidak mampu bawa. Sedangkan saya tahu jika ramai orang tahu ilmu ini, letakkan lah apa sahaja chart di depan mata anda semua, pasti anda boleh baca.
Saya bersyukur sangat bila Allah berikan idea untuk saya buat TG4M ini. Melalui ilmu TG4M ini, ramai orang yang dari zero knowledge dah boleh baca market dan dah boleh trade. Malah, ramai orang yang dari forex dan stock market pun dah boleh trade gold.
Ragam Orang
Oleh itu, saya meletakkan setinggi-tingi kesyukuran kepada Allah apabila Dia beri saya ilham untuk mewujudkan group coaching. Sebab dari group coaching, at least saya boleh tahu masalah pelajar saya dan performance trader. Sebab dalam group telegram TG4M tiada pushing power atau faktor untuk saya nak dapat memantau mereka semua.
Apabila saya meminta Team Akademi JL untuk follow up pelajar saya, ada yang marah mereka sedangkan tujuan kita adalah untuk hendak ambil tahu perkembangan trader. Entah bagai mana keadaan trader dari saya, apatah lagi yang duduk sunyi menyepi dalam group tersebut.
Kita tidak tahu samada mereka trade atau tidak, mereka untung atau rugi tak. Sebab saya selalu tegaskan kepada Team Akademi JL bahawa setiap peserta telah membuat investment pada masa dan wang mereka untuk belajar. Dan kita cuba groom mereka untuk mereka melihat hasil investment mereka
Usaha ini bukan mudah. Ada yang dah pandai trade dan untung mula jadi selfish. Dan akhirnya terjebak dengan tradekan duit orang . Mereka mempengaruhi sahabat-sahabat lain yang sibuk, untuk mereka tradekan. Akhirnya makan diri mereka sendiri. Rugi.
Ada jugak yang berusaha dengan kuat kerana mereka faham ilmu ini milik Allah. Kalau Dia nak bukakan ilmu itu, Dia pinjamkan, maka mudah nak hadam dan boleh jadi pakaian kita ilmu tersebut. Ada jugak yang trade sekadar cuba-cuba. Apabila rugi, terus give up.
Macam-macam karenah orang ni.
Harapan saya agar anda semua fokus dalam trade pada waktu yang anda telah allocate kan. Setkan matlamat anda dan objektif anda, berapa anda nak dalam setiap kali anda trade. Kemudian, mahirkan diri untuk membaca chart.
Saya tahu ianya bukan mudah, tapi ianya juga tidak mustahil untuk anda. Apabila anda dah dapat profit, withdraw dan rasai serta enjoy dengan nikmat rezeki yang Allah beri. Tanamkan rasa kesyukuran pada diri dan hati
Tapi ingat!
Ingat balik 3 pillar dalam trading!. Nak tahu apa dia? Kena mai kelaslah.. ha ha ha
Semoga pengalaman saya ini dapat memberi munafaat buat anda semua.
Sila LIKE & SHARE posting ini.
-------
Salam Sayang,
Ir Sofian