Assalamualaikum wmt. wbkt.
2 hari lepas , saya baru sahaja menyaksikan acara pengkebumian jenazah bapa saudara di Kelantan. Benarlah KepadaNya kita datang, kepadaNya kita kembali. Dari tanah asal permulaan kita.. Ke tanah jua pengakhiran kita kembali.
Berfikir saya sejenak di pagi Jumaat penuh barakah ini.
Stereotaip Manusia
Mengapakah kita sebagai manusia ini penuh dengan stereotaip negatif? Suka berprasangka buruk terhadap orang lain. Suka mengata, mengeji, mengumpat orang lain, walaupun orang tersebut tidak dikenali.
Sama juga apabila berlakunya kematian. Jika sebelum ini pelbagai persepsi manusia terhadap jenazah semasa hidup, dan apabila tiba saatnya jenazah pergi menghadap Ilahi, masih lagi ada manusia yang berprejudis.
Apabila kita meninggalkan dunia yang sementara ini, bagaimanakah pandangan dan tanggapan orang sekeliling terhadap kita. Apakah kata-kata mereka?
Samada baik atau buruk nama si polan bin/binti si polan yang ditinggalkan untuk di sebut oleh sahabat dan saudara yang mengenali.
Dunia Hanya Pinjaman
Apabila mata sudah tertutup terus, maka berakhirlah tempoh pinjaman kita.
Segalanya yang dipinjamkan oleh Allah swt semasa hayat kita hidup perlu dipulangkan semula. Jasad, keluarga, sanak saudara, kenalan, pekerjaan, harta, dan kesemuanya yang hanya pinjaman semata-mata perlu dikembalikan.
Dan pulanglah kita menghadap pencipta. Bersiap sedia untuk dipanggil semula di Hari Perhitungan.
Hari Pengadilan
Saat Hari Pengadilan itu tiba. Apakah nasib kita di alam barzah sana?
Apatah lagi jika kita yang bergelar PEMIMPIN yang sering menjadi perhatian di mata orang yang dipimpin. Jawablah di muka pengadilan nanti jika tidak melunaskan tanggungjawab sebagai pemimpin nanti.
Adakah kita telah laksanakan amanah dan tanggungjawab dengan sebaiknya? Atau kita dulu terlalu leka dan alpa dengan kuasa dan kekayaan sehingga banyak mengabaikan tanggungjawab yang dipikul?
Sesungguhnya, di sana… kita tidak mampu lagi berselindung kerana mulut kita akan dikunci. Maka berkata lah segala anggota tubuh badan kita menceritakan apakah yang mereka lakukan dan kerjakan.
Kerana sesungguhnya ia milik Tuhan Yang Maha Kuasa.
Tapi!
Bagaimana pula kita ini yang bernama manusia yang sering menghukum pemimpin dengan kata-kata yang tidak sewajarnya kita lemparkan? Adakah kita akan terlepas dari Hari Pengadilan?
Tidak!
Kata-kata yang kita sering ungkapkan dan lemparkan ketika hidup dulu akan dipertanggungjawabkan semula di akhirat sana.
Apakah yang akan terjadi jika ianya benar? dan jika ianya salah?
Tidakkah menjenuh pulak nanti kita nak minta maaf kepada orang yang dicemuh sewaktu pengadilan Allah swt kelak nanti. Mencari mereka dicelahan berjuta umat manusia yang berhimpun menunggu keputusan.
Jagalah Lidahmu
Bernarlah kata ustaz-ustaz. Perkara yang paling penting adalah ‘jaga hati dan mulut sendiri’. Ungkapkan dan lemparkan kata-kata dan perkara yang baik-baik sahaja. Sebab asal kejadian manusia adalah baik-baik belaka.
Semuanya telah berjanji dihadapan Pencipta sekalian alam Allah swt. Segala keburukan adalah ujian Allah kepada seseorang itu. Bukan tugas kita menghukum mereka.
Asal Kejadian Manusia
Tahukah kita bahawa asal kejadian manusia ini hanyalah dari titisan air mani yang dipandang hina. Maka, siapalah kita di dunia ini sehingga hendak takabbur dan mendongak ke langit? Hendak mendabik dada yang kita seorang yang Hebat dan Power?
Padahal, bila sakit demam pening, waima sakit gigi yang sedikit itu pun sudah tidak tertanggung oleh diri kita. Inikan pula hendak menanggung pembalasan terhadap dosa yang kita lakukan di dunia.
Allahurabbi……
Tarik nafasssss dalam-dalam dan lepas kan perlahan-lahan.
Rasakan degupan jantung kita. Rasakan udara oksigen masuk ke dalam rongga darah kita
.
.
Kenali diri, kenali Pencipta diri kita
Katakan ‘Allahu Akhba ‘ dalam hati dan mulut kita.
Allah Maha Besar
Semoga dosa-dosa kita diampunkan….
Sekadar Memperingatkan diri sendiri …. Mari lihat video asal kejadian manusia di bawah ini.
#irsofian.com
#akademijl.com
Salam Sayang
Ir Sofian