Seperti yang saya pernah maklumkan sebelum ini bahawa dunia kita bakal berhadapan dengan krisis ekonomi. Kini, kita sudah mula merasai bahang krisis ekonomi ini sedikit demi sedikit.

 

Dengan matawang Ringgit Malaysia semakin jatuh hari ke hari dan kos sara hidup semakin meningkat menyebabkan ramai antara kita yang selalu mengalami kebocoran wang setiap bulan.

 

Gaji yang diperolehi sudah tidak mampu menampung kelangsungan hidup kita untuk sebulan. Bahkan, ada yang gajinya habis begitu sahaja pada awal kemasukan gaji. Semuanya habis buat bayar sewa, hutang, barang keperluan, dan lain-lain.

 

Mengapa kah kebocoran wang berlaku?

 

Apakah punca dan sebabnya?

1. Gagal mengawal kehendak, Berbelanja ikut hati

Ramai antara kita yang kebocoron wang setiap bulan kerana gagal mengawal nafsu. Sepatutnya kita harus tahu mana satu perbelanjaan untuk keperluan dan mana satu adalah kehendak kita.
.

Jika kita selalu berbelanja mengikut kehendak, sudah pasti wang yang di dalam tangan dan di bank kita akan cepat kehabisan kerana kehendak kita tidak akan pernah puas untuk mendapatkan sesuatu. Walaupun sebenarnya benda tersebut tidak diperlukan pun.
.

Apabila tiba musim gaji, ramai yang keluar berbelanja sakan. Beli barang itu ini, tengok wayang sana sini. Berjalan sakan. Dan kalau bab makan, selalu makan besar sehingga wang di poket mulai kering.
.

Sikap begini yang menyebabkan diakhir bulan makan megi sahaja. Tapi, takkan nak bagi anak bini makan kegi sahaja?
.

Sebab itu kita perlu mengawal nafsu kita. Berbelanja kepada keperluan sahaja. Dan jangan terlalu banyak mengikut kehendak.
.
.

2. Selalu berbelanja dahulu baru menyimpan

Ramai antara kita yang kebocoran wang setiap bulan sebab selalu amalkan sikap ni. Iaitu berbelanja dahulu, ada baki atau lebihan wang, baru nak menyimpan.
.

Sebab amalkan sikap begini lah kita akan selalu tidak cukup wang. Yelah, bila kita berbelanja, memang tidak akan pernah cukupnya.
.

Sepatutnya, apabila dapat sahaja gaji, terus asing siap-siap duit simpanan. Kalau rasa takut terpakai, masuk Tabung Haji. Atau suruh saja mak atau isteri pegangkan duit tu. Macam main kutu lah.
.

Kalau tak, sampai bila kita ni nak ada duit simpanan kalau asyik tunggu ada lebih baru nak menyimpan?
.

Jika sesuatu terjadi dan kita tiada langsung simpanan. Bagaimana kita nak tangani? Sebab itu pentingnya menyimpan dahulu baru bakinya dibuat belanja. Namun, harus berpada-pada.
.
.

3. Tiada rekod perancangan kewangan

Penting ke untuk kita rekod segala perbelanjaan kita?
.

Mestilah penting. Sekurang-kurangnya kita tahu ke mana wang kita disalurkan. Kenapa wang kita cepat sahaja habis? Dari rekod kewangan ini lah kita boleh tahu apa yang kita lakukan terhadap wang kita.
.

Seeloknya buat perancangan bajet. Berapa bajet yang kita nak peruntukan untuk barang dapur, barang keperluan, bil api air, maintenance, simpanan, kecemasan, nak bagi mak abah, dan sedekah.
.

Kesemua ini harus ada bajet dan perancangannya. Lepas dah ada perancangan, jangan pula tak ikut. Kena disiplinkan diri ikut apa yang dah dirancangkan. Barulah kita boleh elakkan diri dari kebocoroan wang tiap bulan.
.

Sebab apabila kita tidak merekod kewangan kita, dengan cepat sahaja wang kita habiskan untuk benda yang tidak sepatutnya. Dari rekod lah kita boleh kaji semula untuk apa perbelanjaan tersebut. Perlu atau tidak. Penting atak tidak.
.
.

4. Menanggung hutang dan menambah lagi hutang

Sememangnya kita tidak dapat lari daripada menanggung hutang. Lebih-lebih lagi bagi fresh graduate yang baru sahaja menamatkan pengajian yang terpaksa menanggung beban hutang PTPTN.
.

Ditambah lagi dengan menambah hutang motor, kereta, loan rumah, loan nak kahwin dan macam-macam lagi. Kesemua beban hutang ini akan menyebabkan kita kebocoran wang setiap bulan.
.

Sepatutnya kita harus pandai mengatur hutang mana yang perlu dan hutang mana yang tidak begitu penting lagi untuk dibuat. Dan jangan sengaja membuat hutang.

Selesaikan satu persatu. Jangan sekali gus berhutang. Takut-takut kalau tak mampu bayar, ada yang kena tarik atau lelong. Paling teruk, diisytihar muflis sebab tak mampu bayar.
.
.

5. Lagak seperti orang berkemampuan

Sikap seperti ini lah yang selalunya orang kita amalkan. Berlagak seperti mampu. Gaji setakat RM3,500 dah beli kereta mahal-mahal yang kena bayar dua ribu lebih sebulan. Belum masuk bayar hutang dan perbelanjaan lain.
.

Kalau amalkan sikap macam ni, memang wang yang ada tu takkan pernah cukup. Apa gunanya nak orang lihat kita ni mampu beli itu ini, bergaya dengan barang mahal-mahal, berjenama, tapi sebenarnya kita ni miskin. Belum sampai hujung bulan dah pinjam sana sini.
.

Lebih-lebih lagi kalau berbelanja menggunakan kad kredit. Bergaya dengan hutang. Akibatnya lebih buruk jika kita tidak mampu membayar kembali kesemua hutang kad kredit tersebut.
.

Sepatutnya kita harus berbelanja ikut kemampuan. Bergaya ikut kemampuan. Bukannya melebih-lebih. Berlebih-lebihan adalah sifat yang tidak disukai oleh Islam.
.
.

6. Gemar memberi pinjam duit

Dah memang menjadi sikap rakyat Malaysia kita ni suka memberi pinjam wang kepada saudara mara atau kawan-kawan. Mungkin sebab sikap murah hati ni, ramai yang selalu mengambil kesempatan dengan tidak membayar kembali wang pinjaman.
.

Kita sendiri pun boleh lihat banyak sangat dah kes pemiutang ni nak minta hutang dari penghutang dah macam pengemis. Lebih-lebih lagi kita suka sangat bagi pinjam tanpa ada surat hitam putih.
.

Kalau ikutkan ajaran Islam, kita harus mempunyai surat hitam putih atau dokumen perjanjian pinjaman dihadapan saksi. Sebab apa Islam pun suruh kita catit kalau orang nak buat hutang? Sebab kes macam ni lah. Penghutang tak nak bayar balik. Bajet seperti tak berhutang. Tak ada bukti, tak ada saksi. Maka mereka boleh lepas tangan begitu sahaja.
.

Oleh itu, kita seharusnya bersikap tegas untuk tidak meminjamkan wang kita kepada orang lain dengan jumlah yang banyak. Bagi pinjam sekadar yang kita rasa mampu sahaja dan buat surat perjanjian. Kalau penghutang tak sanggup nak ada surat hitam putih, jangan bagi pinjam. Berkemungkinan besar dia nak songlap duit kita sahaja dan tak nak bayar.
.
.

7. Gaji tidak setimpal

Tidak dinafikan kos sara hidup kita sudah semakin tinggi. Gaji yang kita peroleh pun tidak mampu untuk tanggung kos sara hidup selama sebulan. Malah, nak kena topup lagi.
.

Lebih-lebih lagi yang hidup di kawasan bandar. Duit minyak pergi balik dan duit tol pergi balik selama sebulan sahaja dah mencecah RM500 ringgit sebulan. Malah ada yang belanja lebih lagi dari ini.
.

Belum masuk yang gaji setakat bawah RM2,000 dan bawah RM1,500. Memang selalu kebocoran wang.
.

Adakah kita mampu mencari pekerjaan yang menawarkan gaji yang lebih bagus? Atau kita terpaksa melakukan lebih dari satu kerja untuk menampung kos sara hidup?
.
.

Kita semua dikurniakan otak dan fikiran untuk berfikir dan bertindak mengikut kebijaksanaan. Oleh itu, fikirkanlah jalan yang terbaik untuk mengelakkan kebocoran wang setiap bulan.
.

Bertindaklah sekarang sebelum terlambat.

Jangan lupa SHARE artikel ni ye..

 

Dapatkan Ebook

'Knowledge Trading Version 2' Sekarang!

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Ir Sofian will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.