Ini kisah kesedaran masyarakat!
Saya lihat, sempena tahun baru ni kerajaan negeri Selangor telah menetapkan setiap pembelian yang memerlukan beg plastik di cas 20 sen. Kempen ini telah pun wujud beberapa tahun yang lepas. Cumanya ia hanya dilakukan pada hari sabtu dan ahad saja.
Maka kecohlah masing-masing dengan kemelut beg plastik yang kena bayar satu plastik 20 sen. Berkira-kira dengan bajet perbelanjaan yang semakin tinggi tambah-tambah lagi kalau beli barang bukan setakat satu beg plastik aje yang diperlukan. Makan 4 5 beg plastik.
Baru-baru ini saya ada buat survey dengan orang sekitar saya. Rata-rata mereka 1 rumah akan berbelanja 2 ke 3 kali seminggu. Selepas itu mereka akan menggunakan 2 ke 3 bag untuk sekali belanja.
So dalam sebulan kira-kira average RM 5.00 nak kena spend untuk beg plastik aje. RM 5.00 adalah 1 amount yang besar jugak kan untuk beg plastik?
Yang bestnya, susulan dari kes beg plastik tadi, ada pula kempen dari para isteri untuk membeli beg ik_a pelbagai saiz untuk senang pergi belanja katanya. Maka, ramailah orang serbu ik_a untuk membeli beg yang dikatakan tahan lasak dan boleh pelbagai guna tu. Tidak kurang juga ada yang sudah membawa troli lipat ketika berbelanja.
Jom kita lihat apa yang sedang berlaku dari kes di atas tadi. (Ha ha. Dah macam penyiasat aje ni.)
Rumusan Kajian
1) Kempen ini sebenarnya adalah kempen kesedaran dari negeri Selangor untuk insiatif mengurangkan penggunaan plastik yang menjadi salah satu pencemaran alam sekitar. Lihat aje bagaimana plastik yang tertanam dalam tanah. Makan puluhan tahun masih tetap tidak terlupus.
2) Walaupun penggunaan plastik jenis 'biodegradable' sebelum ini meluas diperkenalkan tapi ianya tidak mendapat sambutan dari pekedai disebabkan oleh harganya yang agak mahal dari yang biasa. Akhirnya kempen itu senyap begitu aje.
3) Kerajaan pula tidak memberi pilihan kepada rakyat, dalam bahasa yang lebih ringkas, mereka cuba untuk menggantikan 'beg kertas' sebagai pembungkus sebagaimana yang diamalkan oleh masyarakat luar negara yang telah lama mendapat kesedaran berbanding dengan rakyat Malaysia.
4) Satu perkara yang kita mungkin terlepas pandang juga adalah kesedaran dari semua pihak tentang peri pentingnya sama-sama menjaga alam sekitar kita terutama secara beransur-ansur mengurangkan penggunaan plastik.
5) Part ini paling win! Pengasingan barang buangan ke dalam 3 tong sampah iaitu 'Plastik', 'Kaca', dan 'Kertas'. Ramai yang masih tidak mengambil hirau untuk membantu usaha murni ke arah ini. Masih ramai lagi yang mencampurkan kesemua bahan sampah di atas.
6) Sistem pembuangan sisa pepejal atau solid waste management di Malaysia ini dilihat sebagai perkara yang secondary atau tidak begitu penting sedangkan banyak cabang renewable energy dan sumber wang yang boleh di terokai dari sini.
Macam tu lah hasilnya dari apa yang saya lihat. Sebenarnya kerajaan kita cuba untuk membawa kita menjadi seperti negara lain. Maju dan bersih.
Tapi malangnya, rakyat kita sendiri yang tidak bagi sokongan terhadap kempen-kempen sebegini. Malah merungut dan menyalahkan kerajaan bahawa kerajaan nak duit aje.
Cuba kita lihat dari perspektif lain. Bagaimana negara kita nak maju dan bersih sedangkan rakyat kita sendiri yang selalu buang sampah merata-rata. Anda sendiri boleh lihat kesannya lepas pasar malam tutup, lepas sesuatu event habis. Bersepah-sepah sampah sarap.
Lihat negara jiran kita, Singapore, bersih. Rakyat mereka patuh terhadap undang-undang negara agar tidak membuang sampah merata-rata.
Apa pun, semua ini adalah usaha dari kerajaan. Dan kita sebagai rakyat yang mencorakkan masa depan negara kita. Tak salah pun kalau kita bawa beg kertas sendiri setiap kali nak berbelanja. Malu?
Malu kena tolak tepi lah sebab ini tanggungjawan kita sebagai rakyat Malaysia.
Tak!
Ini tanggungjawab kita sebagai penduduk bumi. Bak kata pepatah, "berbudi pada bumi".
Posting asal ada di fanpage FB saya. Klik SINI untuk lihat.
Anda boleh SHARE posting ini untuk munafaat bersama.