Aktiviti Manipulasi Saham
Semalam saya ada terbaca berita mengenai Bursa Malaysia memberikan amaran kepada orang ramai agar tidak mudah percaya dengan berita atau rumors yang disebarkan di media sosial.
Alkisahnya, ada sekumpulan pemain pasaran saham ni yang cuba melakukan aktiviti manipulasi terhadap pasaran saham dengan menggunakan media sosial. Golongan ini cuba untuk mempengaruhi pelabur atau orang ramai untuk membeli saham tertentu.
Motif dia orang buat macam tu kenapa?
Golongan ni melakukan perkara sebegini sebab nak naikan rating harga saham tersebut. So, dia orang boleh jual balik masa harga saham dah capai paras tinggi. Perbuatan mereka ni dinamakan sebagai Skim 'Pump & Dump'.
Skim Lama..
Sebenarnya skim ni dah lama wujud. Sejak dari tahun 1999 lagi. Cuma yang membezakannya adalah mereka menggunakan cara baru untuk mempengaruhi orang ramai iaitu menggunakan media sosial.
Saya sendiri tak nafikan, zaman sekarang ni ramai orang lebih terdedah dengan media sosial. Kalau anda perhatikan, kehidupan seharian kita ni lebih terdedah dengan dunia tanpa batasan. Lebih-lebih lagi kita dah boleh akses ke dalam rangkaian atas talian hanya melalui telefon pintar aje.
Saya rasa kalau tahun 90-an pun dah ada media sosial ni, tentu aktiviti scam ni lebih maju. Orang nak cepat kaya ni macam-macam ragam. Tapi tak baiklah anda buat gitu. Sebab anda pergunakan orang lain untuk keuntungan anda. Mana datang keberkatan kan kalau macam tu caranya.. Hemmm..
Kuasa Media Sosial!
Skim ni berleluasa disebabkan kewujudan media sosial seperti Whatsapp, Telegram, We Chat, Instagram, Facebook dan banyak lagi rangkaian yang menyebabkan kita lebih banyak terdedah dengan dunia luar. Kan lebih mudah untuk sebarkan rumors melalui media sosial tanpa diketahui siapa yang menyebarkannya!
Macam anda dapat mesej dalam Whatsapp yang copy paste tu.
Kata dari group sebelah. Tapi sebelah mana pun anda sendiri tak tahu. Jadi sesiapa pun bebas untuk sebarkan rumors dengan menyembunyikan identiti mereka. Betul kan? Sebab itu jugalah orang ramai lebih mudah percaya dan terpengaruh dengan apa aje yang disampaikan dalam media sosial. Walaupun kebanyakannya hanyalah info plasu.
Teknik Manipulasi
Macam mana golongan scammer ni mampu memanipulasi orang ramai? Takkan hanya sekadar menyebarkan rumors??
Haa.. Mereka ni golongan yang bijak. Nak buat sesuatu, mereka dah fikirkan macam mana. Golongan ni menggunakan teknik menyebarkan khabar angin di dalam media sosial sambil menunjukkan bahawa saham tersebut memang tengah 'hot'.
'Hot' macam mana?? Mereka yang bijak-bijak ni telah mempunyai banyak akaun dari pelbagai broker. Tujuannya nak tunjukkan yang memang saham ni tengah panas dipasaran sampai ramai yang dah beli. Inilah teknik manipulasi yang mereka gunakan.
Pelabur dan orang ramai yang meihat mula percaya lah yang saham tersebut tengah 'hot'.. Jadi masing-masing pun beli sebab nak dapatkan keuntungan juga. Tapi...
Apabila dah terlalu ramai orang (volume) yang membeli saham tersebut, akhirnya saham tu pun meningkat naik. Time ni lah golongan yang memanipulasi ni menjual saham mereka. Dan pada waktu itu jugalah harga saham tersebut merundum jatuh.. Macam mana dengan pelabur yang terbeli saham tersebut dengan harga mahal?? Rugi lah....
Sebab itu lah pihak Bursa Saham bagi AMARAN sebabnya mereka tak nak ada yang tertipu dengan skim Pump & Dump ni. Kang tak pasal-pasal orang tuduh main saham ni merugikan. Dah jadi macam kes Forex. Tak gitu?
Pesanan Saya..
Sekiranya anda ada dapat berita tentang sesuatu, pastikan dahulu kesahihan berita tersebut sebelum menyebarkannya. Jangan mudah percaya membuta tuli aje. Kalau rasa tak tahu, tanya pada yang arif. Kalau rasa tak faham, dalami ilmu dan belajar.
Kita belajar sebab apa? Supaya orang tak senang-senang nak bodohkan kita lah. Zaman sekarang ni dah banyak scammer. Jadi kenalah lebih berhati-hati. Lagipun, bukan senang nak cari duit dalam zaman kegawatan macam ni.
.
.
Anda boleh SHARE posting ini untuk munafaat bersama. Selepas ni saya akan kongsikan lagi info bermunafaat untuk anda. Give and take kan!