Breakout Dalam Trading
Bagi trader, saya rasa mereka mesti dah biasa dengan istilah breakout ni. Namun, bagi trader yang beginner dan masih baru lagi berjinak-jinak dalam dunia trading, mungkin anda akan rasa sedikit pelik dan kurang faham apakah maksud breakout yang sebenarnya.
Pemahaman tentang breakout ni penting supaya anda boleh buat keputusan dengan betul. Barulah anda boleh masuk posisi dalam pasaran dan profit.
Apa Maksud Breakout?
Breakout ni adalah pergerakan harga pasaran yang telah berjaya memecahkan kawasan zon support atau resistance yang diikuti oleh jumlah volume yang sangat banyak dan wujudnya peningkatan volatile. Pada waktu ini, kebanyakan trader akan masuk posisi berdasarkan harga di kawasan zon breakout tersebut untuk memperoleh keuntungan dalam masa yang singkat.
Namun, perlu anda fahami bahawa penggunaan startegi breakout ini tidak sama seperti strategi yang biasa kita gunakan iaitu kita buy pada harga rendah dan kita sell pada harga tinggi kerana strategi breakout ini adalah kita masuk posisi pada harga di zon breakout tersebut.
Anda boleh lihat gambar di bawah untuk lebih kefahaman mengenai contoh breakout.
Strategi breakout ini bukan hanya limit pada zon support dan resistance aje, tetapi ia juga boleh digunakan pada strategi trading yang lain seperti channel, trendline, supply & demand, serta indikator-indikator yang lain. Pemahaman anda terhadap indikator dan strategi trading yang lain akan memudahkan anda memahami di manakah tempat breakout yang akan wujud.
Untuk maklumkan anda, breakout ni sebenarnya boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu:
1. False Breakout
2. Breakout (break up@ break down)
Apakah yang membezakan antara kedua-dua breakout ini??
False Breakout
Bagi false breakout, anda perlu berikan lebih perhatian dan berhati-hati ketika trading kerana berkemungkinan besar pasaran akan naik atau membuat reversal.
Jadi, apakah tindakan yang anda perlu lakukan apabila pergerakan harga pasaran dalam keadaan sebegini??
1. Masuk Posisi Buy
Tidak kira dalam apa jua bentuk keadaan yang mewujudkan zon support dan resistance, sekiranya harga pasaran tersebut berada di zon resistance, anda boleh masuk posisi buy di kawasan breakout tersebut.
Lihat chart di bawah ini.
Garisan kuning tersebut adalah merupakan zon resistance yang wujud. Apabila wujud satu candlestick panjang yang berjaya menembusi kawasan zon resistance tersebut, ia dipanggil breakout.
Waktu ini anda boleh menggunakan strategi breakout untuk mendapatkan profit. Anda boleh masuk posisi buy dengan price di kawasan zon resistance tersebut dan tutup setelah mendapat profit.
Semasa breakout berlaku, keadaan pergerakan pasaran sememangnya ada volatility dan pergerakan naik turun harganya memang tinggi.
Namun, saya tidak menggalakkan anda untuk meletakkan lot saiz yang besar. Cukuplah sekadar anda menggunakan lot saiz yang kecil dan bersesuaian kerana sekiranya pasaran membuat reversal, anda tidak terkedu akibat kerugian.
Anda boleh gunakan teknik hit & run, atau anda boleh meletakkan siap-siap take profit anda dengan target yang and telah rancangkan.
2. Masuk Posisi Sell
Begitu juga keadaannya apabila harga pasaran berada di zon support. Anda boleh masuk posisi sell di kawasan breakout tersebut dan mengambil keuntungan dalam masa yang singkat.
Lihat contoh chart di bawah dan fahamkan.
Saya tidak berapa menggalakkan anda mengambil keuntungan yang lebih dari startegi breakout ini kerana kewujdan breakout ini sebenarnya menunjukkan harga pasaran sudah berada di pertengahan jalan.
Jika sebelum berlakunya breakout, anda akan lihat bahawa masih belum ada lagi tanda-tanda signal yang confirm menunjukkan sama ada pasaran akan bergerak ke atas atau terus turun semula ke bawah. Keadaan pasaran menunjukkan 50/50.
Oleh itu, dengan confirmation dari breakout ini, barulah kita boleh masuk posisi dan mengambil keuntungan daripadanya.
Breakout (Break up @ Break down)
Manakala, bagi breakout yang kedua, anda boleh melihat kejadian breakout tersebut sangat strong. Macam mana nak kesan kekuatan breakout tersebut?
Anda lihat pada bentuk candlestick yang berbentuk marubozu, iaitu batang candle yang panjang-panjang menunjukkan waktu itu pasaran mempunyai pengaruh buyer atau seller yang ramai.
Selain daripada breakout yang menunjukkan situasi 50/50, terdapat jua breakout yang mempunyai momentum yang sangat kuat dan ia juga menunjukkan signal buy atau sell yang sangat jelas.
Pecahkan Pintu
Pernahkah anda mendengar strategi pecahkan pintu?
Haa.. ini adalah perumpamaan yang saya berikan kepada student saya di dalam kelas bagi memahamkan mereka tentang pergerakan pasaran yang cuba membuat breakout.
Apabila anda terkurung di dalam sebuah bilik, apakah yang anda akan cuba lakukan? Inilah yang dilakukan oleh pergerakan harga pasaran.
Sudah tentu anda akan ke arah pintu dan cuba untuk memulas-mulas tombol pintu kan. Kemudian anda akan cuba untuk mengetuk-ngetuk berkali-kali pintu tersebut supaya ada orang yang mendengar dan membukakannya.
Setelah penat, anda akan duduk berehat sebentar. Kemudian anda akan cuba sekali lagi mengetuk-ngetuk pintu. Apabila tahap kesabaran anda mula hilang, anda akan menumbuk-numbuk dan cuba membuatkan pintu tersebut pecah.
Ya..pintu tersebut mula menunjukkan tanda-tanda keganasan anda. Kemudian, apa yang anda akan lakukan?
Satu tindakan yang wajib anda lakukan! Anda akan undur kebelakang dan berlari sambil menendang pintu tersebut hingga ia pecah. Akhirnya anda berjaya keluar dari bilik tersebut.
Haa... Panjang betul saya bagi perumpamaan.. Saya cuma nak anda fahamkan tentang proses pecahkan pintu ini dengan pergerakan harga pasaran yang cuba untuk menembusi zon support atau resistance dalam pasaran.
Inilah yang pasaran akan lakukan di mana sebelum ia memecahkan level harga pada zon SnR, ia akan undur dan ambil energy dahulu. Kemudian baru ia membuat percubaan semula untuk memecahkan price pada zon tersebut dengan momentum yang kuat.
.
.
Bagaimana? Anda dapat sesuatu tak hari ni?
Sila SHARE kan kepada rakan anda jika anda dapat sesuatu dari posting ini.