Terawih Oh Terawih

Sekiranya malam ini diumumkan puasa bermula pada esok hari, maka bermula jugalah solat sunat terawih selepas Isyak pada malam ini. Bercakap pasal solat terawih, saya rasa ramai  antara kita akan membicarakan soal terawih kat mana.

Bercakap soal terawih ni, apa salahnya saya kongsikan kepada anda niat solat terawih ni. Kalau orang dulu-dulu, nak tahu niat solat tanya ngan mak abah, atok nenek, atau dengar pengunguman dari imam kat masjid. Tapi orang sekarang kan dah advance. Search je kat google, dah tahu jawapan.

Selain tu, mesti akan ada yang berbincang pasal nak solat terawih kat mana. Ada yang nak solat terawih yang imamnya buat 8 rakaat aje. Ada yang nak buat ibadah lebih, buat solat terawih 20 rakaat. Ada pula yang nak solat terawih yang bacaan imamnya secara tartil dengan bacaan hadr (iaitu cepat dan pantas). Tapi ada juga tempat yang imamnya baca satu juzuk al-quran dengan bacaan secara tahqiq.

Kalau anda, anda pilih yang mana?

Yelah.. di dalam bacaan al-quran secara tartil ada 3 cara tempo bacaan iaitu secara tahqiq, hadr dan tadwir. Bacaan secara tahqiq adalah bacaan secara lambat dan tenang. Bacaan secara Hadr adalah bacaan secara cepat, laju dan pantas, tetapi masih mengekalkan hukum-hukum tajwid. Manakala bacaan secara Tadwir adalah bacaan yang sederhana, tidak cepat dan tidak lambat. Haa.. dah macam guru agama dah saya ni.. Ha ha ha.. Saja berkongsi ilmu lebih sikit bab ni..

Saya suka nak berceritakan bab ni sebab bagi saya bulan Ramadhan sangat unik. Sebab hanya pada bulan ni aje ada solat terawih. Bulan-bulan lain tak ada tau. Jadi, anda akan nampak bermacam-macam ragam orang berkaitan solat terawih ni.

Macam yang kita sedia maklum, solat terawih ni merupakan solat sunat muakkad iaitu solat sunat yang sangat dituntut. Ada satu kisah di zaman Rasullulah yang menceritakan mengenai solat terawih ni. Nak dengar tak?

Pada masa tu, Rasulullah saw telah mengimamkan solat sunat terawih ni masjid, tetapi baginda hanya membuat 8 rakaat sahaja kemudian baginda menyambung raaat seterusnya di rumah aje. Kemudian, ada para sahabat yang bertanya kenapa Rasulullah tak buat 20 rakaat di masjid terus.

Nak tahu apa yang baginda cakap? Baginda Rasulullah saw sangat mengambil perhatian terhadap umat-umatnya yang bukan sahaja pada waktu tu. Tapi umatnya pada masa akan datang. Baginda berkata bahawa sekiranya dia melakukan 20 rakaat, dikhuatiri ia akan memberikan kesusahan kepada umatnya dikemudian hari kerana terpaksa mengikuti sunnahnya. Kan apa-apa ibadah ni kita banyak ikut contoh nabi.

Jadi, apa yang kita dapat lihat adalah solat sunat terawih ni boleh dilakukan sebanyak 8 rakaat atau lebih. Kalau kita nak banyak pahala, kita buatlah lebih lagi. Lebih-lebih lagi anak muda yang masih lagi mempunyai tenaga dan kemampuan yang kuat. Bagi yang dah berumur macam saya pun boleh kalau nak buat lebih kalau rasa kuat lagi.. Ha ha ha..

Sebab waktu ni lah kita nak rebut banyak pahala dan buat banyak ibadah supaya ia menjadi bekalan kita di dunia yang kekal nanti.

Pasal fadhilat atau kelebihan mengerjakan solat terawih ni saya tak nak kongsikan sangat sebab kebanyakan fadhilatnya merupakan hadis yang dhoif. Apa yang saya dapat kupaskan, anda takkan tahu betapa bagusnya mengerjakan solat terawih ni sebab anda tak nampak rupa pahala tu. Bukankah mengerjakan ibadah di bulan Ramadhan akan dilipat gandakan pahalanya?

Jadi, apa salahnya mengerjakannya? Betul tak? Semoga bekalan pahala tersebut dapat menyelamatkan diri kita dari azab api neraka, azab kubur, dan dipermudahkan semasa meniti titian sirat nanti.

Jom kita sama-sama mengerjakan ibadah kepada Allah. Tapi jangan lupa, kerja pun satu ibadah..

SHARE kan pada rakan lain supaya kita sama-sama dapat saling mengingati.

Dapatkan Ebook

'Knowledge Trading Version 2' Sekarang!

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Ir Sofian will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.