Revolusi Emas

Jika sebelum ini saya sudah menceritakan kepada anda tentang bagaimana zaman permulaan logam emas ini, hari ini saya nak kongsikan kepada anda bagaimana emas ini mula direvolusikan menjadi salah satu sistem perdagangan yang menggantikan sistem barter.

Sebagaimana yang kita maklum, sistem barter ni wujud zaman dulu-dulu lagi. Waktu tak ada matawang lagi. Apabila ada pihak yang ingin menukarkan barang dagangan mereka dengan pihak yang lain suka sama suka. Tetapi sistem barter ni tidak berapa cekap dan relevan untuk digunakan kerana terdapat beberapa permasalahan di dalam sistem barter ini yang menyukarkan pertukaran barang dagangan.

Masalah Sistem Barter

Oleh itu, logam emas ini telah wujud dan menyelesaikan masalah yang berlaku di dalam sistem barter. Antara masalah yang terdapat di dalam sistem barter ini ialah seperti yang saya kupaskan di bawah ini;

1. Kehendak yang sama

Di dalam sistem barter, setiap pedagang yang ingin menukarkan barang dagangan mereka hendaklah NAK apa yang pihak lain miliki. Sebagai contoh, pedagang A nak tukarkan barang dagangannya iaitu ayam dengan ikan. Tetapi, adakah pedagang B yang memiliki ikan ingin menukarkan ikannya dengan ayam?

Disebabkan tiada kesefahaman kehendak dalam pertukaran barang dagangan, maka pedagang A tidak dapat menukarkan barang dagangannya. Yelah, siapa nak bagi tukar barang dia dengan barang yang dia tak perlu pun. Betul tak?

Sama je macam zaman anda ni. Anda nak swap telefon pintar Lenovo anda dengan iPhone. Tapi pemilik iPhone tak nak fon Lenovo anda. Dia nak iPhone juga. So, dapat ke anda swap? Mestilah takkan!

Begitulah keadaan yang dihadapi oleh pedagang yang menggunakan sistem barter ni pada masa dahulu. Jika mereka tidak menjumpai kehendak yang sama dengan pedagang lain, mereka tidak dapat nak menukarkan barang dagangan mereka. Dah mereka terpaksa mencari sehingga ada yang sesuai dengan permintaan mereka. Susah kan?

2. Pembahagian barangan

Permasalahan lain yang timbul pula apabila pedagang dah dapat kata sepakat, tapi apabila ingin menukarkan barang dagangan mereka, mereka tak tahu bagaimana nak ukur dan bahagikan barang dagangan mereka. Ada sesetangah barang dagangan agak sukar atau mustahil untuk dibahagiakan kepada bahagian yang kecil untuk ditukarkan.

Macam contoh, pedagang A memiliki seekor lembu dan pedagang B memiliki ikan. Apabila mereka sudah mendapat kesepakatan dalam kehendak untuk menukarkan barang dagangan mereka, timbul pula isu bagaimana nak bahagikan lembu tersebut.

Adalah tidak berbaloi harga seekor lembu ditukarkan dengan beberapa ekor ikan. Sudah tentu lembu tersebut terpaksa dibahagikan kepada beberapa bahagian dan salah satu bahagian baru diberikan kepada pedagang B. Namun, bagaimana dengan lebihan bahagian yang lain? Jika tiada pedagang lain yang ingin menukarkannya, maka pedagang A akan mengalami kerugian apabila daging lembunya membusuk.

3. Tidak ada ukuran yang sama bagi setiap nilai

Satu persatu masalah dalam sistem barter ni timbul. Cuba pula anda bayangkan, apabila nak tukar barang mereka menghadapi masalah untuk menilai barang tersebut. Yelah, setiap barang nilainya tak sama. Maka ia telah menyukarkan lagi pedagang untuk menentukan nilai bagi barangan tersebut.

Lagi pula, setiap orang tidak menilai barang dagangan tersebut dengan nilaian yang sama. Ada yang menilai ia berharga, ada yang menilai ia kurang berharga. Dan perkara ini juga telah menyebabkan mereka sukar untuk mendapat kesefahaman untuk menukarkan barang dagangan mereka.

Umpama anda nak jual barang gitar anda. Bagi anda gitar anda ni ada sentimen value, jadi nilai dia mahal. Tapi bagi orang lain, dia tak anggap pun gitar tu patut mahal.

4. Tiada nilai simpanan

Ini juga salah satu masalah yang sukar dihadapi oleh pedagang apabila kebanyakan barang dagangan mereka mudah rosak dan tidak boleh disimpan untuk satu jangka masa yang lama seperti sayur-sayuran, daging, ikan, susu dan yang lainnya.

Zaman dulu mana ada peti sejuk. Kalau tak, bolehlah mereka simpan barang-barang mereka dalam peti sejuk. Memang boleh tahan lama lah. Kalau simpan pun, mereka simpan dalam labu sayung atau dalam stor tempat simpanan yang macam bangsal buruk tu je.

Oleh kerana barang dagangan mereka mudah rosaklah, maka mereka cuba untuk segera mencari pedagang lain yang ingin menukarkan barang dagangan tersebut. Tetapi, ia bukanlah semudah yang disangka kerana seperti yang saya maklumkan di atas tadi, banyak permasalahan yang dihadapi dalam sistem barter ini.

Akhirnya barang-barang mereka rosak dan terbuang begitu sahaja.

Emas Penyelesaian Masalah

Sekarang anda dah nampak kan apa permasalah yang timbul di dalam sistem barter ni. Oleh kerana sistem barter tidak dapat membantu pedagang untuk menukarkan barang dagangan mereka dengan nilai yang sebenar, maka ia mula dianggap tidak relevan dan perlu ada satu sistem lain yang dapat menyokong sistem perdagangan.

Lydian

Bagi menyelesaikan masalah sistem barter di dalam perdagangan ini, wang telah digunakan dari seawal tahun 564SM. Untuk pengetahuan anda, orang pertama yang mencetak syiling sebagai matawang adalah negara Lydian yang kini digelar Turki.

Syiling tersebut digelar The Lydian Lion diperbuat daripada elektrum yang menggunakan aloi semula jadi dari emas dan perak.

China

Pada masa yang hampir sama juga, negara China mula menggunakan duit syiling berbentuk petak yang dipanggil Ying Yuan untuk tujuan perdagangan. Penggunaan syiling sebagai matawang telah memudahkan urusan perdagangan dan melancarkan segala urusan pedagang.

Yunani

Selain itu, negara kota Yunani juga mencetak syiling tersendiri dan memaksa pedagang asing untuk menukarkan matawang mereka kepada matawang tempatan. Namun apa yang dihadapi oleh pedagang asing ialah kadar pertukaran matawang tersebut ditentukan oleh orang Yunani dan ia berpihak kepada negara tersebut.

Roman

Manakala, orang Roman pula merupakan orang pertama yang menggunakan emas dan perak dalam sistem kewangan mereka secara meluas. Pada zaman Roman ni, nisbah bagi emas dan perak ialah 1:12. Melalui kemajuan perlombongan hidraulik, orang Roman dapat mengeluarkan emas dengan skala yang lebih besar lagi.

Walau bagaimanapun, pengeluaran emas mereka tetap tidak mencukupi untuk menanggung perbelanjaan lebihan empayar Roman. Akhirnya mereka terpaksa menurunkan mutu matawang mereka dengan menambahkan logam asas kepada emas dan perak bagi memudahkan mereka membayar hutang.

Tapi, apa yang berlaku daripada penurunan mutu matawang tersebut adalah menjadi salah satu sebab yang disebut oleh ahli sejarah yang merupakan penyebab kepada kejatuhan dan kehancuran empayar Roman. Anda sendiri boleh bayangkan, bagi syiling prerak daripada bilangan perak 100% di dalamnya telah berkurang dan berkurang sehingga 0.02% sahaja.  Begitu juga dengan syiling emas.

.

.

Anda sendiri boleh lihat bagaimana logam emas dan perak ini digunakan oleh masyarakat dahulu untuk dijadikan sebagai matawang mereka.

Sebab apa? Sebab emas dan perak ni membawa nilai yang tersendiri. Inilah bahan semula jadi yang unik dan terulung diciptakan oleh Allah buat kita.

Sekiranya anda terlepas siri-siri emas sebelum ini, anda boleh dapatkan di SINI.

Sila SHARE posting ni untuk munafaat bersama ye..

Dapatkan Ebook

'Knowledge Trading Version 2' Sekarang!

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Ir Sofian will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.