Assalamualaikum wmt. wbkt..
Semoga pagi anda hari ini ceria dan urusan anda semua berjalan dengan lancar..
.
Kisah Emas Jadi Batu
Pagi ni saya nak kongsikan satu kisah berkenaan EMAS. Apa yang buat saya teruja adalah kisah ini sebenarnya memberikan kita pengajaran tentang bagaimana kita menilai emas kita.
Pada zaman dahulu, ada seorang petani yang bekerja keras dan hari demi hari dia mengumpul hasil keuntungannya. Semakin lama, wang tabungannya semakin banyak hingga dia menjadi seorang yang kaya raya. Namun, ada satu sifat dalam hatinya iaitu dia tak nak orang kampung tahu yang dia banyak duit. Dia tak nak orang tahu yang dia kaya raya. Jadi, petani ini memikirkan apa perkara yang boleh dia lakukan supaya orang kampung tidak tahu akan hal tersebut.
Petani tersebut mendapat idea. Dia menukarkan kesemua wang tabungannya kepada emas dan menyimpannya di dalam sebuah bekas dan ditanam di belakang rumahnya. Setiap malam pada hujung minggu, dia akan menggali kembali emasnya dan dicium bekas itu tanda dia bangga dia seorang yang kaya. Kemudian dia tanam kembali. Itulah rutin yang akan dilakukan oleh petani tersebut sehingga perbuatannya itu dilihat oleh seorang pencuri.
Maka, setelah petani itu masuk ke dalam rumah, pencuri tersebut telah mengorek lubang tersebut dan mengambil kesemua emas petani tersebut. Keesokan paginya petani tersebut terkejut melihat kawasan tempat dia menanamkan emasnya telah dibongkarkan dan emasnya hilang sama sekali. Menangis dan meraung-raunglah petani tadi atas kehilangan kesemua hartanya tadi.
Perkara tadi telah menjadi kecoh seluruh kampung. Seluruh kampung digemparkan dengan berita emas petani tadi hilang. Tak siapa pun tahu yang petani tu ada menyimpan emas dibelakang rumahnya. Dan ada yang mula bergosip menyatakan yang si petani itu bodoh kerana menyimpan emasnya. Sepatutnya dia memperbaiki rumahnya ke, perbesarkan rumahnya ke, atau membuat pelaburan dalam bisnes baru ke. Tapi semua itu hanyalah gosip sesama mereka.
Tak lama tu, ada seorang tua yang berjumpa dengan petani tersebut. Orang tua itu mencadangkan agar petani tersebut menanam batu pula dibelakang rumahnya dan lakukan seperti biasa rutinnya iaitu mengali dan mencium batu tersebut. Mendengar kata-kata orang tua tersebut, petani tadi naik marah dan dia menyatakan yang dia tanam sebelum ni adalah emas. Bukan batu. Emas yang merupakan hasil kerjanya sebelum ini. Ia adalah hasil kekayaannya.
Tapi, apabila mendengar jawapan dari orang tua tersebut, petadi tadi jadi tersentak dan terdiam. Orang tua itu menjawab, "Bukankah sama saja engkau menanam emas dan batu? Tahukah engkau apabila engkau menanam logam mulia itu, ia telah menjadi barang tidak berharga? Bukankah sama saja jika engkau menanam batu dan engkau menganggap yang batu itu emas?"
.
.
Macam mana?
Adakah anda juga menanam emas anda?
Bagi saya tidak menjadi masalah jika anda menyimpan emas anda kerana harga nilaian emas setiap tahun semakin meningkat. Tapi pastikan ia disimpan di tempat yang selamat seperti yang saya pernah kongsikan kepada anda sebelum ini di dalam posting saya berkenaan simpan emas dengan betul.
Dan saya rasa jika emas tersebut anda gunakan untuk jana lagi pendapatan anda, atau anda perkembangkan lagi aset anda, sudah tentu ia merupakan perkara yang lebih bagus. Jika anda melakukan seperti ini, anda adalah seorang yang bijak. Lagi pula, dari emas ni anda boleh buat bermacam-macam perkara. Anda boleh laburkan kepada hartanah, anda boleh laburkan kepada saham atau trading. Anda boleh buka bisnes yang anda minati, dan banyak lagi anda boleh gunakan untuk perkembangkan lagi kekayaan anda.
Anda juga boleh manipulasikan Ar-Rahnu dan jana emas dengan emas anda. Haa.. Amacam? Anda nak jadikan emas anda sebagai emas ke atau anda nak jadikan ia sebagai batu seperti kisah petani di atas??
.
.