Hari ini saya nak kongsikan satu kisah benar tentang Pak Ngah saya yang buka kedai runcit di kampung. Kisah ni dah lama dah masa zaman saya kecil-kecil dulu. Tapi ada sesuatu yang saya nak tunjukan pada anda semua tentang kisah ini dengan isu semasa sekarang yang tengah viral dan hangat diperkatakan..

Mula-mula, jom dengar dulu kisah Pak Ngah saya ini ye..

Kisah Pak Ngah Buka Kedai Runcit

Pak Ngah ini merupakan abang kepada emak saya. Kira pak cik sedara saya lah. Rumah Pak Ngah sebelah rumah ayah, kiranya kalau nak ke pekan mesti lalu rumah Pak Ngah.

Dulu, kalau saya naik basikal nak ke sekolah agama atau sekolah menengah mesti melintas rumah Pak Ngah. Pak Ngah ni penoreh getah aje. Tinggal berdua dengan Mak Ngah yang matanya dah tak berapa nak nampak sangat. Anak-anak Pak Ngah ramai dah kerja kat luar. Yang ada kat situ pun Bang Pie dan Kak Enap yang kerja makan gaji dengan gomen je.

Tengok pada cara kehidupan Pak Ngah, saya nampak macam hidup Pak Ngah sangat aman damai. Pagi keluar pergi menoreh, petang pula cari angin sambil asah pisau menoreh getah.

Masa saya kecik dulu saya selalu main-main di rumah Pak Ngah, lebih-lebih lagi masa hujung tahun sebab banjir besar berlaku dan rumah Pak Ngah tenggelam dek air bah tu. Memang port saya main air. Sangat enjoy..

Selain itu, saya juga suka dengar Pak Ngah bercerita kisah agama sambil gulung rokok daun dia dan minum kopi pekat melekat yang dah sejuk. Sambil-sambil tu Pak Ngah akan kibas-kibas tuala kecik yang tersadai atas bahu dia.

Satu hari tu, saya nampak Pak Ngah sibuk bertukang macam nak buat rumah baru depan rumah dia. Tapi rumah Pak Ngah masih nampak lawa dan kukuh lagi. Sebab apa Pak Ngah bertukang?

Bila dah siap, rupanya Pak Ngah buka kedai runcit kat bangunan tu. Pak Ngah jual jajan-jajan, barang keperluan dapur, kelapa parut, dan semuanya dalam kapasiti yang sedikit.

Semua orang kampung tahu kalau papan kedai runcit Pak Ngah terbuka maksudnya kedai Pak Ngah buka. Tapi kalau papan kedai bertutup, maknanya tak buka, jadi orang kampung bagi salam aje kat rumah Pak Ngah, nanti Pak Ngah pergi ke kedai ambilkan barang yang orang nak beli.

Sampailah satu masa, setelah beberapa tahun perniagaan kedai runcit Pak Ngah semakin merundum. Tak ramai dah orang kampung yang pergi ke kedai Pak Ngah. Jadi barang-barang pun banyak yang dah berdebu. Stok pun tak bersilih ganti. Dan banyak barang dah expired.

Akhirnya kedai runcit Pak Ngah terkubur begitu aje. Hanya tinggal bangunan hingga sekarang ni. Masa tu saya masih kecil lagi dan tak faham kenapa Pak Ngah nak buka kedai runcit macam tu. Bukannya ada iklan yang katakan itu “Kedai Runcit Pak Ngah”. Cuma saya nampak semangat Pak Ngah kuat untuk buka kedai tu.

Bukan setakat semangat, Pak Ngah juga keluarkan banyak wang ringgit untuk bina kedai runcit tersebut dari kayu baru. Bukan kayu recycle. Dengan modal beli barang-barang runcit. Memang banyak Pak Ngah berhabis duit.

 Jadi apa yang saya nak kaitkan dengan isu yang tengah viral sekarang ini?

Isu Boikot Produk Non Muslim & Kempen Support Produk Muslim

Bila isu ini timbul, baru saya nampak betapa besarnya pengorbanan Pak Ngah untuk mendirikan kedai runcitnya yang dikendalikan oleh orang Melayu Muslim.

Baru juga saya sedar yang kedai runcit yang ada kat kampung cuma kedai runcit Ah Hwa dan Law Chi. Dua-dua kedai non muslim. Kalau di pekan, memang saya boleh kata hampir majoriti adalah kedai non muslim.

Baru saya sedar yang rupanya Pak Ngah menjalankan fardhu kifayah mewakili seluruh masyarakat muslim untuk menyediakan kedai runcit orang Melayu Muslim.

Sebenarnya bukan isu boikot produk Non Muslim. Tapi isu berikan keutamaan pada produk Muslim. Support produk mereka dahulu. Kalau tak, bisnes dia akan mati sama macam kedai runcit Pak Ngah. Maka ekonomi muslim akan tidak berkembang.

Kalau kita tak support, siapa lagi nak support? Takkan nak biarkan produk yang ada kekal terus di dalam kedai dan akhirnya jadi perhiasan? Akhirnya peniaga tak dapat balik pusing modal dan bisnesnya berkubur terus sama macam kedai runcit Pak Ngah.

Sebab tu, kempen yang sedang berlaku sekarang ini adalah betul dan tepat pada masanya. Bukan kita boikot produk non muslim. Tapi kita berikan keutamaan dan support produk keluaran muslim dulu. Di saat kegawatan ekonomi, ramai uashaawan melayu islam yang bangikit berniaga. Sanggup mereka tukar kerjaya dari makan gaji kepada menjadi usahawan. Dan kalau anda lihat sudah semakin banyak produk keluaran muslim dalam pasaran sekarang ini.

Tapi sejauh mana kempen ini akan berterusan?

Adakah sehari dua? Atau seminggu dua? Atau paling lama sebulan dua??

Semuanya terletak pada diri kita sendiri. Jika kita benar-benar ingin menyahut kempen support produk muslim, kita perlukan ISTIQOMAH (konsisten). Jangan hari ni je gigih cari kedai muslim. Esok lusa dah bagi alasan kata jauh lah, tak banyak pilhan lah, barang dah lama lah..

Kalau anda nak kempen ini berjaya, maka sama-samalah kita istiqomah dalam setiap belian yang kita lakukan.

.

.

Jangan lupa share artikel ini pada sahabat anda yang lain supaya kita sama-sama menyampaikan ilmu bermanfaat. Tak lupa juga, sedekahkan Al Fatihah buat arwah Pak Ngah dan Mak Ngah saya yang telah berjuang dengan cara mereka sendiri suatu masa dulu.

Semoga lebih ramai lagi yang faham tentang perjuangan sebagai orang yang berniaga dan pengorbanan seorang yang di panggil USAHAWAN. Kita semua adalah PEJUANG! Demi memertabatkan ekonomi Islam kita.

Posting asal di fb personal saya.

Dapatkan Ebook

'Knowledge Trading Version 2' Sekarang!

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Ir Sofian will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.