Bila kerajaan umumkan untuk membuka sektor ekonomi bermula 4 Mei ini (hari ini), tetapi dengan PKPB (PKP Bersyarat), maka timbullah bermacam-macam isu dari orang ramai. Ada yang menyambut baik pengunguman tersebut. Ada yang tidak bersetuju kerana masih lagi berbaki seminggu lebih lagi untuk PKP fasa 4 ini tamat.

Jom kita selusuri betul ke tindakan kerajaan ini untuk buat kelonggaran PKPB ini?

Pada dasarnya, pihak kerajaan sendiri berhadapan dengan dilema apabila menanggung kerugian berbillion ringgit setiap hari dari berkuangnya urusaniaga harian dan jual beli perniagaan akibat kesan mengadakan PKP, terutamanya bisnes yang melibatkan bisnes offline.

Manakala, kalau kita lihat dipihak peniaga pula, boleh kata ramai peniaga yang sudah mula dirundung syahdu melihat akaun bisnes mereka yang semakin menyusut akibat PKP ini berlanjutan selama hampir 3 bulan. Gaji staff masih terpaksa dibayar, dan ada yang terpaksa ambil tindakan untuk memberhentikan staff kerana akaun sudah limit untuk dikeluarkan lagi akibat bisnes mrundum jatuh mengikut industri. Apabila kadar pembuangan kerja meningkat, maka data pengangguran akan mendadak naik. Macam mana nak survive hidup kalau dah menganggur?

Dipihak pekerja pula ada beberapa kategori. Ada yang kategori bertuah dan ada yang kategori tidak bernasib baik. Mana yang bertuah tu, masih lagi dapat gaji sama ada penuh atau potong. Dan yang tidak bernasib baik tu yang mana terpaksa diberhentikan kerja. Bagi pekerja bertuah, boleh jadi mereka mula rasa selesa bekerja dari rumah setelah hampir 3 bulan ini atau pun ada yang makan gaji buta (bagi yang goyang kaki gaji masuk).

Sebenarnya bila duduk di rumah dengan situasi tidak berjumpa orang, tidak ada rangsangan, ia hanya akan menyebabkan otak pekerja ini berkarat atau bahasa lainnya tepu. Melainkan mereka ini gunakan masa yang ada dengan membaca quran setiap masa sempena Ramadhan ini, atau pun membelek buku-buku dan baham ilmiah sebagai tambahan ilmu dan santapan atau kudapan minda untuk menjadikan minda mereka ini bergerak aktif dan prodaktif. Kalau tak, 24jam asyik menggentel handphone tengok facebook, youtube, insta, twitter tapi tidak ke arah yang baik, sangat tidak mempositifkan minda.

Berbalik pada soalan asal kita tadi. Adakah betul tujuan kerajaan buat PKPB ini? Untuk Selangor PKPBD (PKPB Diubahsuai)

Sebenarnya mungkin isu ini timbul disebabkan apa yang kita hadapi sekarang ini adalah sesuatu yang kita tidak nampak dimata. Virus yang mudah menular. Pada permulaan kita hendak menerima untuk mengelakkan dari penularan virus covid-19 ini pun sudah satu kejutan buat kita sebab ia bukan kebiasaana tau kelaziman kita.

Kena duduk rumah, kena pakai mask, kena selalu guna hand sanitizer atau cuci tangan dengan sabun. Tidak boleh bersalaman atau bersentuhan. Kena jaga jarak dengan orang lain. Dan banyak lagi yang kita kena terima di musim covid-19 ini. Inilah dia yang kita panggi Norma Baharu @ New Norm bagi menghadapi wabak yang melanda dan menyesuaikan diri dengan keadaan.

Mula-mula memang kita rasa kekok. Rasa kekok duduk rumah berhari-hari. Rasa kekok keluar rumah kena sorang aje, tak boleh berdua, bertiga atau ramai-ramai, kena jaga jarak, masuk kedai pun kena beratur, kena pakai mask dan banyak lagi. Tapi, lama-lama kita mula rasa terbiasa dah kan?

Macam itu jugalah dengan PKPBD ini. Bila sektor-sektor ekonomi ini dibuka, mereka ini tidak boleh meneruskan gaya kerja lama. Mereka kena keluar dengan SOP norma kerja yang baharu. Norma yang mematuhi SOP yang ditetapkan oleh KKM.

Tapi, apa yang menakutkan rakyat Malaysia bukan hanya sekadar virus yang tidak nampak di mata, tetapi juga sikap atau attidute kebanyakan rakyat Malaysia itu sendiri yang tidak mempunyai disiplin dan tak nak faham situasi. Sepanjang PKP berlangsung dari 18 Mac, berapa banyak dan kerap kali kita mendengar berita tentang mereka yang melanggar PKP, mereka yang keluar juga berkumpul, mereka yang tidak patuh arahan, mereka yang tidak kuarantin dan menipu ada travel dan banyak lagi.

Sikap ini lah yang ditakuti. Jika kebanyakan sektor ekonomi dibuka dan mereka ini semua patuh, maka kita akan dapat jalani norma baharu dengan SOP dan gaya baru dan selamat. Tetapi jika masih ada yang melanggar SOP, ikut cara lama, tidak patuh PKPBD, maka kita bakal berhadapan dengan letupan gelombang yang lebih dahsyat sebagaimana yang dihadapi sekarang oleh Jepun.

Sampai bila kita nak berharapkan kerajaan untuk mengawal kita? Sepatutnya kita yang kawal diri kita sepertimana slogan yang kita laungkan di media sosial kita #kitajagakita. Bukankah slogan tersebut menunjukkan diri kita sendiri yang perlu bertanggungjawab terhadap diri masing-masing?

Cuba kita fikirkan, sekarang ni kita masih lagi belum menemui vaksin untk wabak ini. Entah bila, kita pun tak tahu. Kerajaan hanya menjangkakan tahun hadapan, tetapi kita tidak tahu sama ada tahun hadapan itu akan berjaya atau pun tidak. Jadi, kitalah yang sepatutnya menjadi vaksin untuk diri kita sendiri. Kita lah yang sepatutnya melatih diri kita menjadi vaksin setelah hampir 3 bulan kita ber PKP. Patutnya kita dah tahu bagaimana untuk jalani norma baharu ini walaupun ditempat kerja.

Jadi sepatutnya tiada isu akan timbul kluster baharu untuk pandemik ini jika kita terus menerus mengikut SOP yang sitetapkan. Inilah NEW NORMAL yang perlu kita jalani bermula dari 18 Mac lepas hingga suatu masa yang kita tidak tah bila waktunya yakni ketika wabak ini akhirnya menghilang dari bumi ini.

Cabaran yang terbesar adalah diri kita sendiri sama ada boleh patuh atau tidak. Jika tidak, jangan salahkan kerajaan atau orang lain yang dah bertungkus lumus untuk meredakan wabak ini. Tapi salahkan diri anda sendiri kerana tidak menyumbang kepada pengurangan, bahkan menjadi punca dan penyumbang kepada penyebaran wabak ini kepada orang lain. Oleh sebab itu, kita kena kuat melawan diri kita sendiri dan bekerja keras untuk hidup dengan norma baharu sebab bukan hanya kita sahaja yang hadapi isu ini tapi hampr seluruh negara juga terbabit.

Sama-samalah kita menyambut pengunguman kerajaan dengan baik dan bijaksana. Semoga kita dapat meneruskan kehidupan kita, tanggungjawab kita terhadap, keluarga, masyarakat dan negara dan kita dapat atasi pandemik yang sedang melanda ini.

Dapatkan Ebook

'Knowledge Trading Version 2' Sekarang!

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Ir Sofian will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.