Cabaran 2020

Tahun 2020 adalah tahun yang mencabar buat semua orang. Lebih-lebih lagi apabila ramai yang hilang pendapatan apabila terpaksa berhenti kerja, terpaksa ambil cuti tanpa gaji, terpaksa berhenti berniaga kerana arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan wabak covid-19.

Sepanjang 56 hari PKP berjalan, berapa ramai yang gelisah untuk meneruskan kehidupan mereka akibat tiada pendapatan sampingan yang dapat membantu menjana pendapatan.

Namun, syukur alhamdulillah. Bagi student saya yang sudah lama dan yang masih baru menceburi bidang trading telah menjadikan trading sebagai alternatif lain untuk mereka jana pendapatan dari rumah. Memang sangat sesuai dengan konsep trading itu sendiri iaitu boleh trade dari rumah, fleksibel ikut masa trader, hanya perlu akses internet, dan boleh buat duit hari-hari ikut pada entry yang dilakukan oleh trader.

Dalam trading ini ada beberapa kaedah entry yang trader boleh pilih. Namun berdasarkan kajian yang saya lakukan, majoriti student saya menggunakan teknik scalping dengan bantuan indicator untuk entry. Seterusnya adalah mereka yang menggunakan teknik swing dengan mengenalpasti trend pasaran. Hanya sedikit yang bergantung kepada robot EA. Namun tak kurang juga masih ada lagi yang entry tanpa tahu apa sebab entry. Yang ini masih perlu lagi latihan supaya ilmu yang dimiliki dapat diasah lebih tajam lagi.

Jom kita lihat satu persatu kaedah trading yang boleh jadi pilihan anda berdasarkan jenis trading anda:

1. Scalper

Mereka ini jenis yang suka entry dalam tempoh yang sangat pendek iaitu mungkin dalam beberapa minit seperti 10 minit ke 20 minit. Kebiasaannya entry yang mereka lakukan adalah berdasarkan kepada timeframe yang lebih kecil seperti time M1 dan M5.

2. Intraday

Mereka ini pula lebih kurang seperti trader jenis scalping. Cumanya posisi entry mereka itu di pegang lebih lama selama satu hari dan di tutup pada esok paginya atau pada malam harinya. Trader jenis ini akan menggunakan timeframe M5 danM15 untuk entry kerana waktunya yang lebih lama sedikit.

Untuk makluman anda, kedua-dua jenis trader di atas adalah trader yang tidak memegang entry yang lama di dalam pasaran. Masing-masing akan menghadap chart pasaran dan banyak menggunakan bantuan indicator bagi membantu mereka menganalisis pasaran. Cumanya lemahnya indicator ini adalah ia adalah signal yang lewat sedikit dari pergerakan pasaran yang sebenar. Oleh itu, trader kena betul-betul memastikan terdapat confirmation sebelum melakukan entry bagi mengelakkan tragedi pasaran membuat u-turn.

3. Swing Trader

Mereka ini pula adalah trader yang tidak suka untuk menghadap pasaran terlalu lama. Mungkin kerana takut tidak dapat kawal emosi kalau menghadap chart aje, atau mereka ini lebih suka trade dengan cara yang santai tanpa rasa terbeban.

Trader jenis ini akan entry menggunakan ilmu teknikal analisis iaitu ilmu di mana mereka akan membuat jangkaan terhadap pergerakan pasaran menggunakan tools trading yang sedia ada dalam paltform MT4. Jika mereka entry, mereka akan memegang entry tersebut dalam tempoh yang lebih lama seperti seminggu dua. Oleh itu, target jangkaan yang dilakukan juga akan memakan masa beberapa hari.

Apa yang menyeronokkan mereka ini ialah mereka tidak perlu risau dengan trading mereka apabila mereka sudah siap sedia dengan target TP dan SL di dalam entry mereka itu. Jadi, jika terjadi apa-apa, sekiranya pasaran membuat u-turun dari target keuntungan yang diletakkan, sekurang-kurangnya ia akan pergi ke arah target SL yang masih dapat ditanggung oleh trader tersebut.

4. Momentum Trader

Mereka ini pula adalah trader yang memegang entry yang paling lama dalam pasaran yang boleh masuk berbulan-bulan. Kebiasaannya trader jenis in mestilah mempunyai modal yang besar atau kukuh bagi menampung floating entry mereka itu sehingga ditutup dengan profit.

Trader jenis ini akan entry dengan melihat kepada timeframe yang lebih besar seperti daily atau weekly. Kaedah yang digunakan oleh trader ini sama sepert swing trader iaitu mereka lebih suka menganalisis menggunakan ilmu teknikal analisis. Mungkin mereka akan guna indicator hanya sebagai confirmation sahaja tetapi secara keseluruhannya memang mereka akan membuat analisis sendiri.

Dalam keempat-empat jenis trader di atas, ada juga trader yang menggunakan kaedah robot EA untuk membantu mereka melakukan entry tanpa mereka bersusah-susah untuk melihat pasaran atau buat analisis. Bagi trader yang guna robot ni mereka ini akan pilih robot berdasarkan kepada pilihan keuntungan yang mereka inginkan sama ada mereka nak untung hari-hari atau secara mingguan atau bulanan. Macam mana pun ia akan berbalik kepada jenis trading yang digunakan oleh robot tersebut.

Jadi, anda ni jenis trader yang macam mana?

Dan anda sukakan kaedah yang bagaimana?

Dapatkan Ebook

'Knowledge Trading Version 2' Sekarang!

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Ir Sofian will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.