Sebelum anda baca, ini hanyalah pendapat peribadi saya. Jika ada yang silap berkenaan pendapat atau pandangan saya ini, mohon maaf dan sama-sama lah kita saling bertukar pendapat.

PART 1

Sudah 63 tahun berlalu semenjak kita mendapat kemerdekaan. Mengimbau kembali saat laungan megah Merdeka! Merdeka! Merdeka dilaungkan pada tanggal 1957 dipimpin oleh perdana menteri ketika itu iaitu Tunku Abdul Rahman. Pejam celik, pejam celik, sekarang ni dah pun tahun 2020.

Tapi apa yang berlaku sekarang ini?

Perpecahan politik tetap berlaku. Pemimpin pintu depan dan pintu belakang pun dah buat kita keliru sebab lebih kurang sama aje. Pemimpin pula boleh keluar masuk penjara seperti benda ini dah jadi sebati dengan peribahasa ‘Alah bisa tegal biasa’. Alasan yang paling high ranking pemimpin-pemimpin ini keluar masuk penjara, dibicarakan di mahkamah, adalah berkenaan SALAH GUNA KUASA dan RASUAH.

Itu baru isu berkenaan kesalahan pemimpin. Belum lagi termasuk kes buka tutup parti dah macam nak buka ‘stall burger’ aje. Boleh bagi atau letak apa-apa nama yang mereka suka. Sehingga Melayu berpecah bersepai dan tiada siapa yang hirau.

Sangat mengecewakan situasi ini berlaku di saat rakyat marhain sedang BERGELUT dalam kehidupan yang mencabar di tahun Malayisa Negara Maju 2020 ini disebabkan wabak covid-19 yang melanda. Seolah-olah tiada langsung empeti diletakkan untuk ketepikan dahulu isu politik dan selesaikan masalah rakyat yang  antara HIDUP dan MATI. Antara ada gaji atau terus tak bergaji. Antara dijangkiti virus covid19 atau tiada pendapatan. Antara survival peniaga ditutup atau diratapi. Sayangnya masih ramai ahli politik berfikiran untuk survive diri sendiri (melepaskan diri sendiri) berbanding membela mereka ini yang bernasib malang.

Wahai Bangsa Melayu.. Kuatkanlah Jati Dirimu..

PART 2

MBSA melatah?

Selepas tular di facebook berkenaan certa tentang Majlis Bandaraya yang bertindak ‘menebas’ perniagaan yang tiada lesen di mana gerai-gerai tepi jalan kena angkut dan extension premis perniagaan tanpa kebenaran pula diranapkan jengkaut. Nampaklah mereka ini mula bertindak selepas nama kena ‘petik’. Bahasa kasarnya bila banyak ‘telor’ dah kena jentik barulah maing-masing menggelupur nak tunjuk buat kerja nak bagi semua cantik.

Memang inilah dia REALITI yang kita kena telan. Panas dari dalam yang buat aduan tu bukan melihat isu yang berlaku itu sehari dua, malah bukan sebulan. Jika tidak dipetik, sampai bila orang-orang yang bertanggungjawab ini nak berubah?

Apa yang penting adalah
1) Atur barisan untuk buat semula sempadan
2) Tegakkanlah semula rules yang telah dibukukan
3) Masing-masing perlu mainkan peranan ikut jawatan
4) Bertindak ikut aduan dan buat susulan secara berkala
5) Bila bertindak ikut kewarasan dan bukan ikutkan panas baran

Pada siapa lagi rakyat ini nak mengadu? Jika bukan pada organisasi yang sedia berbakti!

PART 3

Sebab apa hanya MBSA? Adakah hanya sebab MBSA tidak buat kerja? Adakah sebab majlis daerah, majlis perbandaran dan majlis bandaraya yang lainnya tak ada cacat cela?

Sebenarnya kuasa viral ini hanya menjadi asbab. Brother Asri pun hanya asbab. Bagi saya sesuatu yang berlaku itu tidak akan sia-sia. Ikut kata-kata Allah dan Rasul.

Di saat kemuncak haji (kan baru lepas raya haji) selalunya akan ada hujan ribut membasahi bumi haram. Bagi mereka yang perhati akan peristiwa ini pasti akan nampak. Turunnya hujan seolah-olah hendak membersihkan banyak kotoran yang tiba di bumi yang berakah itu. Bumi Mekah yang kering kontang itu menerima hujan sebagai SATU RAHMAT dari Allah. Tapi bagi kita yang dah tak hairan dengan hujan ini kita melihat ia sebagai satu musibah atau kesukaran.

Apa yang saya berikan ini hanya sebagai contoh aje. Sebagai simbolik yang kita ini sepatutnya sedar dan ambil iktibar atas apa yang berlaku. Hari ini MBSA bergegar, maka majlis-majlis yang lain sepatutnya ambil pengajaran dan cepat bertindak untuk buat pa yang patut. Mungkin sebelum ini mereka nak buat kerja tetapi halangannya banyak. Amaran dari atasan dalaman pun banyak. Lemak diri sendiri pun banyak. Jadi gunakanlah apa yang terjadi ini sebagai alasan untuk masing-masing memperkasakan setiap authority dan menjaga integriti mereka.

Sedikit pesanan saya, bekerjalah untuk berkhidmat. Berkhidmat bukan untu menghukum. Menghukum bukan kerana geram. Jadi layanlah semua orang sama rata bukan dibeza-bezakan pangkat atau hierarkinya. Letakkan integriti di hadapan.

PART 4

Jalur Gemilang terbalik tu ‘Tidak Sengaja?’

Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Jika sekali silap, mungkin kita kaan kata ‘okay aje’. Tapi jika sudah 2 kali? Sepatutnya bagi sedas penampar. Tapi jika dah banyak dan berulang kali? Patut bagi terajang aje.

Memang kasar, tapi ini lah ungkapan yang patut bagi mereka yang tidak menghargai duduk di bumi yang serba indah, mewah dan aman tenteram ini.

Bayangkan jika ada orang lain yang main-maikan logo syarikat kita? apa reaksi kita? Jika ada orang mempermainkan nama baik ibu bapa kita, apa pula reaksi kita? Sudah tentu kita akan melenting bukan? Macam itulah reflect kepada semangat kecintaan. Cinta pada agama, bangsa dan negara.

Pihak berwajib perlu kaunselingkan orang-orang yang tidak sedar atau sengaja (atau tak sengaja) mengundang sensitiviti ini. Mempermainkan kedaulatan negara yang kita cintai ini. Kalau orang dulu-dulu berperang siap tak nak bagi bendera mereka cecah ke tanah sebab ia umpama mereka akan kalah. Sepatutnya ini lah contoh yang patut kita ikuti. Cara-cara menghormati bendera simbolik kedaulatan negara.

Pihak berwajib perlu ambil tindakan. Buat siasatan dan buat tindakan susulan. Supaya isu bendera terbalik ini dapat dibendung dan dikawal sebelum makin parah berdarah.

Posting ini diambil dari facebook personal saya Ir Sofian.

Dapatkan Ebook

'Knowledge Trading Version 2' Sekarang!

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Ir Sofian will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.