Pandemik Covid-19 2020
Tanpa kita sedari, pandemik covid-19 ini sebenarnya menghampiri setahun dah. Itu pun jika anda kira dari bermulanya wabak ini dijumpai iaitu pada akhir disember 2019. Sejak dari gelombang pertama, masuk gelombang kedua dan kini gelombang ketiga bermacam-macam impak dan kesan yang telah kita terima.
Bermula dari penemuan penularan covid-19 di Malaysia, kerajaan terpaksa membuat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang makan berminggu dan berbulan. Kesannya ramai dari kita yang terpaksa dibuang kerja, yang hilang pendapatan, yang dipotong gaji dan mengalami kesukaran untuk meneruskan kehidupan.
Dia macam snow ball punya effect. Lepas kena PKP, tak boleh kerja. Lepas tak ada gaji, tak ada pendapatan, mula lah berlaku pergaduhan dalam keluarga akibat kewangan tidak mencukupi. Ada keluarga yang makan pun bercatu, ada anak yang makan pun tak dapat makanan berkhasiat. Paling murah pun makan maggie atau sardin. Ada pula sebab tiada sumber pendapatan, hubungan suami isteri pun jadi cerai berai.
Bila bercakap soal makan makanan tidak sihat, kalau pandang dari sudut jauh, bila makan makanan tak sihat akan melahirkan generasi yang kurang pintar. Jadi, kesannya pada generasi akan datang, bagaimanakah taraf pemikiran dan ekonomi masa akan datang nanti? Nampak macam kecil je kan? Tapi kesannya besar dan lama.
Lagi-lagi pula pandemik ini takkan habis dalam masa berbulan ini. Tapi sekurang-kurangnya makan masa 2 tahun untuk pulih semula. Dalam tempoh 2 tahun tersebut tu bermacam-macam yang berlaku. Belum lagi pada mereka yang terjangkiti dengan penularan covid-19 ini. Terpaksa kuarantin dan duduk jauh dari keluarga. Bagi yang tidak dapat bertahan dan menemui ajal, kesannya pada keluarga yang ditinggalkan.
Ini belum termasuk kesan pada ekonomi negara yang memang terkesan. Lebih-lebih lagi kita juga berhadapan dengan kitaran krisis ekonomi dunia. Seluruh dunia berhadpan dengan situasi yang sama. Bagi mereka yang dapat keluar dari pandemik ini dahulu, maka ekonominya dapat pulih lebih awal dari yang lainnya.
Sebab itu juga bila masuk gelombang ketiga ini, kerajaan tidak isytiharkan PKP sekali lagi pada seluruh negara. Namun, hanya lakukan PKP Bersasar pada kawasan-kawasan yang terlibat. Apa yang dapat kita lakukan adalah sama-sama jalankan tanggungjawab membendung penularan wabak ini. Bagaimana?
Patuhilah SOP yang ditetapkan. Pakai facemask bila berada di tempat awam, kerap cuci tangan, bersin atau batuk tutup dengan siku, tak sihat jangan keluar rumah, jaga penjarakan sosial 1 meter dari orang lain, jangan bersentuhan dengan orang lain. Bukan sahaja diri kita, bahkan anak-anak kita perlu dipantau pergerakan mereka. Sekarang ni musin sekolah ditutup, jangan biarkan mereka berkeliaran di luar bersama kawan-kawan. Tapi ajarkan mereka duduk di rumah, belajar secara online.
Ini semua tanggungjawab kita semua. Selagi mana kita tak jumpa vaksin, dan selagi mana masih ada yang tidak patuhi SOP, maka selagi itu juga kita takkan berjaya mengawal penularan covid-19 ini.