Assalamualaikum & selamat sejahtera semua warga blog.

Hari ni saya terpanggil untuk berkongsi tentang isu sumber makanan kita adakah halal, haram atau syubhah.

Sebenarnya ianya adalah rentetan daripada berita-berita yang keluar tentang bahan mentah yang di bawa masuk ke negara kita ni tidak halal dan dicampur dengan yang halal untuk dijual sebgaai barangan halal.

Bila timbul isu-isu seperti ini, siapakah yang bersalah dalam hal ini? Dan bagaimana caranya untuk kita mengelakkan daripada perkara serius ini berlanjutan?

Saya sebagai salah seorang ahli di dalam DPMM Negeri Selangor sangat menyokong tindakan berani pihak yang membongkar isu ini. Sebab isu makanan halal haram ini adalah isu serius bagi negara kita yang dihuni majoriti oleh umat Islam. Dan sudah menjadi tanggungjawab sosial masyarakat dan pihak kuasa untuk sama-sama membenteras perkara ini dari berterusan dan berleluasa.

Sebab apa yang kita makan akan jadi darah daging kita. Dan itu juga yang kita bagi anak isteri kita makan. Jika datangnya dari sumber yang haram atau syubhah, maka kita patut hindari dari membeli. Dalam al-quran dan hadith juga ada menjelaskan tentang menjadi kewajipan kita sebagai muslim untuk mencari makanan dari sumber yang halal lagi baik.

DALIL:

Maksudnya: ” Wahai sekalian manusia! makanlah dari apa yang ada dibumi yang halal lagi baik; dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.” (Al-Baqarah : 168)

Maksudnya: ” Sesungguhnya yang halal itu terang (jelas), dan yang haram itu terang, dan di antara keduanya pula terdapat perkara-perkara yang syubhah (yang tidak terang halal atau haramnya) yang tidak diketahui oleh manusia. Orang yang memelihara dirinya daripada perkara syubhah itu adalah seperti orang yang melindungi agama dan kehormatannya dirinya. Orang yang tergelincir ke dalam perkara syubhah akan masuk ia ke dalam perkara yang haram laksana seorang pengembala dipinggir sebuah tempat larangan, yang akhirnya lalai dan masuk ia ke dalam tempat larangan itu. Adapun bagi setiap raja ada sebuah kawasan larangan dan tempat larang Allah itu adalah segala yang diharamkan. Ketahuilah pada setiap jasad itu seketul daging jika ia baik, baiklah seluruh jasad itu dan sekiranya ia rosak maka rosaklah seluruh jasad itu. Itulah hati.” (HR Bukhari & Muslim)

Saya rasa, jika wujudnya kesedaran dari pihak masyarakat untuk memilih membeli produk usahawan keluaran melayu tempatan muslim akan membenteras wujudnya perniagaan bersifat penipuan ini dari berleluasa. Produk-produk yang tidak diketahui asal usul dan kehalalannya ini dapat dibanteras jika kita masing-masing memainkan peranan.

Sekarang ni, pihak DPMM Negeri Selangor dalam perangkaan mencari dan memperkasakan usahawan melayu Islam untuk mempromosikan produk mereka secara besar-besaran agar mudah dicari dan dibeli oleh orang ramai. Bukan sahaja kita dapat membantu sesama muslim, bahkan kita juga dapat yakin sumber makanan itu adalah dari sumber yang halal.

Sumber berita:

Dapatkan Ebook

'Knowledge Trading Version 2' Sekarang!

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Ir Sofian will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.