“Visi dan Misi anak jati kelahiran Pagoh Johor untuk melahirkan satu kelompok masyarakat yang kaya dan berjaya mengumpul aset mereka dalam bentuk emas dan perak beserta ilmu yang lengkap di dada”
Satu-satunya Pakar Pelaburan Emas yang terhangat di Malaysia, Ir Sofian membina satu kesedaran kepada masyarakat diluar sana mengenai Emas sangat bernilai terutamanya di waktu krisis ekonomi yang bakal menggegarkan ekonomi dunia.
Apa kandungan Buku Magnet Emas Magnet Kekayaan ?
Buku Magnet Emas Magnet Kekayaan menerangkan bagaimana ingin mengubah pemikiran masyarakat kini untuk kaya dan berjaya dengan Emas. Emas adalah salah satu logam yang berharga dan lebih dikenali sebagai ‘Precious Metal’.
Anda akan dapat memahami bahawa Emas adalah satu sandaran jaminan kewangan masa depan serta membuat pelaburan dalam Emas dengan cara yang betul, selamat dan menguntungkan. 7 Strategi sebelum membeli Emas fizikal akan menjadi panduan kepada anda sebelum membuat keputusan membeli emas dari mana-mana kedai Emas atau supplier Emas.
Buku Magnet Emas Magnet Kekayaan juga menerangkan teknik-teknik dan strategi penting yang diguna pakai dalam membeli dan menjual Emas. Anda juga akan didedahkan mengenai Ar-Rahnu yang ramai ingin tahu bagaimana cara yang senang dan boleh menguntungkan jika jual @ gadaikan Emas mereka di Ar-Rahnu.
10 soalan popular yang ditanya dalam Pelaburan Emas juga akan didedahkan dalam buku ini untuk pembaca lebih memahami serta dapat mendalami dunia pelaburan emas dengan mudah dan cepat.