Market overview: 18th April – 24th April 2017

Assalamualaikum & Good Morning Traders.

Untuk kali ni, saya buat analisis bagi tempoh 1 minggu. Jom tengok perjalanan jangkaan yang saya buat terhadap market gold setiap hari dalam tempoh seminggu ni.

18 April 2017

Hari ni saya nak kongsikan dengan anda tentang news yang ada dalam laman web forex factory yang mungkin boleh mempengaruhi pergerakan market gold.

Berdasarkan analisis yang saya lakukan, saya target market gold akan buat bungee jump. Orang kita sebut terjunan pandalela.. ha ha..

Sebab apa saya cakap macam tu? Sebab saya lihat price gold ada buat percubaan untuk naik, tapi ada rejection yang buat dia turun semula. Mungkin dia nak buat semula kenaikan, tapi saya rasa tak lepas ni. Market gold akan turun dulu.

Saya target price akan buat rejection kat zon kuning dan turun ke price $1289. Jika tembus, akan pergi ke price $1273 pula.

Macam mana saya boleh jangka? Saya gunakan channel untuk lihat pergerakan price gold ni. Macam dalam chart yang saya buat ni.

19 April 2017

Hari ni saya dah start nampak price gold bergerak seperti yang saya jangka semalam. Jom tengok lebih jelas pada tf H1 dan M15 di bawah ni.

Kan ada rejection pada price $1292 berdekatan zon kuning. Tapi kalau anda perhatikan, dalam tf besar market masih uptrend, tapi dalam tf kecil market nak buat penurunan lagi.

Market gold dah buat double top dan dalam proses untuk turun semula. Tahu tak sebab apa market gold naik kejap buat double top? Sebab Dow Jones semalam buat terjunan, so ia bagi kesan pada market gold lah.

20 April 2017

Sampai hari ni gold masih lagi follow jangkaan saya yang gold nak turun.

Ada 2 channel saya lukis dalam chart kat atas ni. Channel ni boleh kita gunakan untuk lihat pergerakan market gold ni sama ada bergerak dalam channel atau tembus ke peringkat lain.

21 April 2017

Hari ni saya masih memerhatikan pergerakan gold.

Saya lihat range pergerakan gold dari semalam kecil je. Dalam 500pips.

Dalam tf H4, nampak tanda maret gold nak naik balik. Tapi masih lagi 50/50.

Saya dah buat channel baru pula untuk pergerakan gold yang nak naik ni..

Kita tengok boleh pecah ke tak price ni

24 April 2017

Hari ni market buat gap down yang sangat besar.

News yang menyebabkan market buat gap besar ni. Dalam 750pips jauhnya. Selalunya kalau ada gap ni, market akan close gap balik. Tapi kalau dah lebih dari 2 hari, kira gap ni dah basi lah. Dah tak boleh follow. Jom lah kita tengok kemana perginya.

Untuk minggu ni, market gold memang follow seperti yang saya jangkakan iaitu gold membuat penurunan. Jom kita analisis pula pergerakan gold pada minggu depan.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge