Three Inside Pattern
Dalam bab candlestick pattern, ada satu topik berkaitan Three Inside Pattern yang mana ia merupakan gabungan 3 bentuk candlestick. Terdapat dua jenis Inside Pattern iaitu Three Inside Up dan Three Inside Down.
Seperti yang anda lihat pada gambar di atas, candle pertama mempunyai body yang panjang, candle kedua mempunyai body yang kecik dan candle ketiga mempunyai body yang panjang.
Jika anda lihat pada gabungan dua candle pertama, ia adalah bentuk harami pattern. Dan candle ketiga memainkan peranannya untuk menjadikan ia three inside pattern. Untuk lihat kesahihan candlestick pattern ini, candlestick ketiga mestilah berjaya membuat breakout pada body candle pertama.
Bagi Three Inside Up, ia menunjukkan trend menurun dah habis dan nak berubah kepada uptrend. Begitu juga pada Three Inside Down yang mana ia menunjukkan trend menaik dah habis dan nak berubah kepada downtrend.
Untuk entry, anda boleh lihat di manakah kedudukan candlestick pattern ini. Jika ia berada pada lower timeframe, anda boleh entry secara terus atau instant. Tapi, jika ia berada pada high timeframe, anda boleh tunggu dulu untuk pasaran membuat pullback sebelum nak entry.