Hiking Untuk Sihat

Kesihatan yang baik sangat berharga. Ia akan jadi mahal apabila anda dah mula sakit-sakit. Jadi mencegah adalah lebih baik dari mengubati. Bagaimana untuk jaga kesihatan yang baik? Salah satunya ialah jaga pemakanan anda sebab pemakanan adalah punca paling tinggi menyumbang kepada kesihatan anda baik atau tidak. Dan selain itu adalah bersenam. Senaman dapat mengeluarkan peluh dalam badan anda dan dapat memberikan kondisi badan anda lebih fit dan selesa.

Ada bermacam-macam senaman yang anda boleh lakukan seperti brisk walk, jogging, pergi gym, atau anda boleh lakukan aktiviti cycling, hiking, swimming. Macam saya, saya suka hiking sebab sambil bersenam, sambil melihat keindahan alam flora dan fauna ciptaan Tuhan.

Tapi untuk hiking anda perlukan senaman menguatkan kaki anda terlebih dahulu. Jangan pergi hiking kat tempat yang extreme, cari bukit-bukit yang sesuai untuk newbie dulu. Dan tak lupa juga anda kena ada persediaan mental. Sebab sebermula anda mendaki, anda kena teruskan hingga sampai ke destinasi. Nanti saya kongsikan pengalaman iking saya ke Gunung Kinabalu dan Gunung Mulu.

Dapatkan Ebook

'Knowledge Trading Version 2' Sekarang!

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Ir Sofian will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.