Teknik Scalping – Cara Entry Zone SNR
Support dan Resistance (SNR) adalah tempat di mana harga pasaran akan cari/cecah sepanjang perjalanannya dalam pasaran. Ia ibarat lantai dan bumbung bagi pasaran. Bagi trader, SNR ini boleh digunakan sebagai tempat untuk entry dalam pasaran. Namun, bagaimana untuk anda melakukan entry tersebut?
Pada mulanya, anda perlu tahu dulu di manakah zone SNR tersebut. Anda perlu tahu setiap SNR mestilah mempunyai sekurang-kurangnya dua kali ‘touch’ oleh harga pasaran. ‘Touch’ tersebut tidak berjaya break kawasan level harga tersebut dan bounce semula. Jika lagi banyak ‘touch’ maka lagi kuat dan strong zone SNR tersebut.
1. Zone Resistance
Zone resistance akan berada di atas harga pasaran semasa. Untuk entry dalam zone resistance ini, ada beberapa syarat yang anda perlu follow.
- Harga mestilah sentuh level resistance 2 kali ke atas.
- Entry dilakukan apabila harga membuat pullback semula ke zone resistance tersebut. Bukan semasa ia membuat touch kali kedua (ikut syarat pertama).
- Stop loss mestilah 20-30 pips atas dari zon resistance.
2. Zone Support
Zone support akan berada di bawah harga pasaran semasa. Untuk entry dalam zone support ini, ada beberapa syarat yang anda perlu follow.
- Harga mestilah sentuh level support 2 kali ke bawah.
- Entry dilakukan apabila harga membuat pullback semula ke zone support tersebut. Bukan semasa ia membuat touch kali kedua (ikut syarat pertama).
- Stop loss mestilah 20-30 pips bawah dari zon support.
Untuk mendapatkan pemahaman berkenaan cara entry zone SNR ini, anda perlu membuat latihan dan praktis. Anda boleh buat back test pada data sejarah harga pasaran untuk pemahaman dan menambahkan keyakinan terhadap teknik ini. Semoga sedikit perkongsian ilmu dari saya ini dapat membantu anda memahami lebih mendalam tentang perjalanan dunia trading dan teknikal analisis.