Teknik Scalping – Cara Entry SND
Supply dan Demand (SND) menentukan arah harga pasaran. Apabila demand kuat, maka harga pasaran akan menaik, dan apabila supply kuat, makan harga pasaran akan menurun. SND juga boleh jadi tempat di mana harga pasaran membuat compression (sideway) kerana berlakunya persaingan antara buyer dan seller sebelum meneruskan perjalanan sama ada meneruskan trend atau membuat reversal semula. Bagi trader, selain SNR, anda juga boleh menggunakan SND sebagai tempat untuk anda entry dalam pasaran. Bagaimana untuk anda melakukan entry tdengan SND ini?
Pada mulanya, anda perlu tahu dulu di manakah zone SND tersebut. Zone SND ialah zone di mana setelah trend berlaku, ia membuat sideway kerana mencari arah. Zone SND boleh jadi satu candle atau beberapa siri candle bergantung kepada timeframe. Untuk mengesahkan zone SND ini, perlu ada candle yang membuat breakout pada area sideway tersebut yang menunjukkan harga pasaran telah berjaya keluar dari zone tersebut.
Jika anda hendak trade menggunakan zone SND, pastikan ia adalah zone yang baru atau fresh yang mana ia baru berlaku dan harga membuat pullback pada kawasan zone SND tersebut. Hati-hati jika zone tersebut pernah disentuh (sekali atau beberapa kali) kerana entry yang dilakukan tidak sesuai. Berkemungkinan breakout akan berlaku kerana zone tersebut sudah melema.
1. Zone Supply
Zone supply akan berada di atas harga pasaran semasa. Untuk entry dalam zone supply ini, ada beberapa syarat yang anda perlu follow.
- Mesti ada confirmation breakout di mana harga pasaran berjaya keluar dari zone supply tersebut dan membuat penurunan.
- Tunggu harga pasaran membuat pullback semula ke zone supply tersebut. Jangan entry sell di tengah jalan. Tapi entry di dalam zone supply tersebut (masih fresh zone).
- Stop loss mestilah 20-30 pips atas dari zone supply.
2. Zone Demand
Zone demand akan berada di bawah harga pasaran semasa. Untuk entry dalam zone demand ini, ada beberapa syarat yang anda perlu follow.
- Mesti ada confirmation breakout di mana harga pasaran berjaya keluar dari zone demand tersebut dan membuat kenaikan.
- Tunggu harga pasaran membuat pullback semula ke zone demand tersebut. Jangan entry buy di tengah jalan. Tapi entry di dalam zone demand tersebut (masih fresh zone).
- Stop loss mestilah 20-30 pips bawah dari zone demand.
Untuk mendapatkan pemahaman berkenaan cara entry zone SND ini, anda perlu membuat latihan dan praktis. Anda boleh buat back test pada data sejarah harga pasaran untuk pemahaman dan menambahkan keyakinan terhadap teknik ini. Semoga sedikit perkongsian ilmu dari kami ini dapat membantu anda memahami lebih mendalam tentang perjalanan dunia trading dan teknikal analisis.