Teknik Scalping-Cara Entry Engulfing Failed

Teknik Engulfing Failed adalah merupakan strategi dalam bab candlestick pattern yang mana anda perlu melihat kepada bentuk candlestick. Engulfing merupakan salah satu candle reversal signal (crs) yang mana ia memberikan petanda bahawa harga pasaran akan berubah arah mengikut kepada di mana kedudukan timeframe candle tersebut wujud.

Candlestick engulfing adalah gabungan dua candle yang mana candle pertama kecil dan cande kedua besar seakan memakan habis candle pertama. Ada dua bentuk candle engulfing iaitu bullish engulfing dan bearish engulfing. Manakala, bentuk candle engulfing failed pula adalah gabungan tiga candle di mana candle ketiga adalah candle berlawanan trend dengan candle kedua dan lebih besar/kuat sehingga mematahkan (break) candle kedua tersebut. Sebab itu bentuk engulfing tersebut menjadi failed / gagal.

1. Bullish Engulfing Failed

Bullish Engulfing Failed adalah gabungan tiga bentuk candlestick yang mana cs pertama cs sell yang kecil, cs kedua cs buy yang besar, dan cs ketiga cs sell yang mematahkan perjalanan cs kedua. Untuk entry menggunakan bullish engulfing failed ini, anda perlu melihat kewujudan tiga bentuk candle ini terlebih dahulu dan kemudian membuat zon pada candle tersebut.

Ada beberapa syarat yang anda perlu follow.

  • Mesti ada confirmation breakout di mana candle ketiga adalah candle sell yang berjaya break candle buy yang kedua.
  • Buat zoning dan tunggu harga pasaran membuat pullback semula ke zone tersebut.
  • Entry sell bila harga pasaran masuk semula ke zone bullis engulfing failed.
  • Setkan stop loss 20-30 pips atas dari zone tersebut.

2. Bearish Engulfing Failed

Bearish Engulfing Failed adalah gabungan tiga bentuk candlestick yang mana cs pertama cs buy yang kecil, cs kedua cs sell yang besar, dan cs ketiga cs buy yang mematahkan perjalanan cs kedua. Untuk entry menggunakan bearish engulfing failed ini, anda perlu melihat kewujudan tiga bentuk candle ini terlebih dahulu dan kemudian membuat zon pada candle tersebut.

Ada beberapa syarat yang anda perlu follow.

  • Mesti ada confirmation breakout di mana candle ketiga adalah candle buy yang berjaya break candle sell yang kedua.
  • Buat zoning dan tunggu harga pasaran membuat pullback semula ke zone tersebut.
  • Entry buy bila harga pasaran masuk semula ke zone bearish engulfing failed.
  • Setkan stop loss 20-30 pips bawah dari zone tersebut.

Untuk mendapatkan pemahaman berkenaan cara entry zone candlestick pattern engulfing failed ini, anda perlu membuat latihan dan praktis. Anda boleh buat back test pada data sejarah harga pasaran untuk pemahaman dan menambahkan keyakinan terhadap teknik ini. Semoga sedikit perkongsian ilmu dari kami ini dapat membantu anda memahami lebih mendalam tentang perjalanan dunia trading dan teknikal analisis.

Dapatkan Ebook

'Knowledge Trading Version 2' Sekarang!

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Ir Sofian will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.