Zon Supply & Demand

Sebelum ini kami dah ada kongsikan sedikit berkenaan asas supply dan demand.
Sebagaimana yang anda tahu, supply dan demand ini merupakan penawaran dan permintaan yang wujud dalam pasaran. Ia menyebabkan harga pasaran naik dan turun.
Dalam bab SND ini, anda perlu kenalpasti akan zon yang ada dalam SND. Terdapat dua jenis zon SND iaitu zon yang menyebabkan penerusan trend berlaku dan zon yang menyebabkan reversal berlaku. Sebelum kami terangkan berkenaan zon SND ini, ada beberapa terminologi dalam SND yang anda perlu faham.

1. Rally – Uptrend

2. Drop – Downtrend

3. Base – Sideway / Accumulation / Consolidate

Kebiasaan anda sudah terbiasa dengan terma uptrend, downtrend dan sideway bukan? Tapi dalam bab SND ini, terma lain digunakan walaupun membawa makna yang sama.

1. Rally Base Rally

RBR ini merupakan keadaan trend yang meneruskan trend setelah keluar dari zon SND. Ia bermula dari perjalanan pasaran yang uptrend, kemudian pasaran berada dalam keadaan sideway. Setelah pasaran berjaya breakout resistance pada zon SND tersebut, pasaran meneruskan trend asal iaitu uptrend. Selagi mana belum ada confirmation breakout, selagi itu ia belum sah menjadi RBR, kerana jika pecah bawah, maka ia jadi zon SND yang lain.

2. Drop Base Drop

DBD ini merupakan keadaan trend yang meneruskan trend juga, sama seperti RBR. Tetapi ia bermula dari keadaan trend dalam situasi downtrend. Setelah berada dalam keadaan accumulate, pasaran akan breakout pada support di zon SND dan meneruskan trend asal yang menurun.

3. Drop Base Rally

DBR ini merupakan keadaan trend yang membuat reversal setelah keluar dari zon SND. Bermula dari pasaran dalam keadaan menurun atau downtrend, kemudian pasaran bermain dalam sideway nya hingga breakout sidewa tersebut. Apabila pasaran breakout pada resistance di zon SND, maka ia akan membuat reversal dari trend asal dan membuat trend baru iaitu uptrend.

4. Rally Base Drop

RBD ini pula merupakan pergerakan pasaran yang bermula dari uptrend kemudian masuk ke zon sideway. Setelah pasaran breakout pada support di zon SND, maka pasaran akan membuat reversal dari trend yang asal dan membuat trend baru iaitu downtrend.
Jika anda lihat, zon SND ini lebih kurang seperti SNR, namun anda kena biasakan dengan zon-zon SND ini ini sebab pasaran suka mengulangi sejarah yang lama. Anda boleh buat latihan dan mencari zon-zon SND ini di chart pasaran bagi melatih mata anda untuk melihat bentuk zon SND ini.

Dapatkan Ebook

'Knowledge Trading Version 2' Sekarang!

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Ir Sofian will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.