Supply & Demand
Jika sebelum ini saya dah ada buat posting mengenai strategi support dan resistance, untuk kali ini saya nak terangkan pula mengenai strategi supply dan demand. Walaupun ia mungkin nampak lebih kurang sama dengan SnR, tapi ada kelainannya juga.
Dalam menganalisis pergerakan harga pasaran, trader memerlukan kefahaman yang mendalam bagi setiap ilmu teknikal analisis. Termasuklah ilmu berkenaan strategi supply dan demand. Sememangnya dalam pasaran pasti ada supply (penawaran) dan pasti ada demand (permintaan) yang bakal menggerakkan harga turun naik pasaran.
Apa Itu Supply?
Supply ialah penawaran yang wujud dalam pasaran. Zon supply akan berada di atas dari harga semasa pasaran.
Apa Itu Demand?
Demand ialah permintaan yang wujud dalam pasaran. Zon demand akan berada di bawah dari harga semasa pasaran.
Apa Fungsi SnD?
SnD ini adalah berfungsi untuk melihat kawasan-kawasan yang wujudnya supply dan demand dalam pasaran. Selain itu, anda boleh gunakan SnD untuk melihat rally trend. Sama ada rally sudah habis atau belum. Dengan erti kata lain, anda boleh lihat sama ada selepas berada di zon SnD, harga akan tembus dan meneruskan perjalanan atau akan membuat reversal seperti dalam contoh di bawah ini.
Jika anda perhatikan gambar di atas, tindakan harga pasaran sama ada berjaya breakout atau membuat bounce semula adalah keluar dari akumulasi (consolidate). Maknanya ada trend, kemudian accumulate dan masuk trend semula. Jadi anda boleh peka dengan bentuk-bentuk (empat) di atas jika menganalisis menggunakan SnD.
Untuk cara meletakkan atau melukis zon SnD akan saya terangkan dalam posting yang lain pula ye. Anda boleh gabungkan pemahaman anda tentang breakout & bounce untuk melakukan sebarang entry.