Mengapa Venezuela Menjadi Perhatian Dunia?

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan peperangan antara Amerika Syarikat dan Venezuela sehingga menyebabkan harga pasaran emas dunia melambung tinggi. Apakah yang menyebabkan sehingga Amerika mengambil tindakan menyerang Venezuela? Ini kisah dia yang dapat saya jelaskan dengan ringkas.

Minyak & Matawang

Sebagaimana yang semua maklum, semua negara memerlukan minyak dan selama hampir setengah abad harga pasaran minyak dunia ini menggunakan matawang Dollar Amerika. Macam mana ia terjadi? Ia bermula pada tahun 1974 di mana Amerika Syarikat memeterai satu perjanjian dengan Arab Saudi dan ia memberi impak yang besar. Antara inti patinya adalah minyak dunia akan diperdagangkan menggunakan Dollar Amerika dan sebagai balasan, Amerika Syarikat akan menyediakan perlindungan keselamatan dan ketenteraan. Perjanjian ini yang melahirkan sistem yang dikenali sebagai petrodolar.

Apabila matawang Dollar digunakan untuk pembelian minyak, maka negara-negara lain terpaksa menyimpan matawang Dollar bagi pembelian minyak. Secara tidak langsung, ia telah membantu menaikkan taraf ekonomi bagi negara Amerika Syarikat dan menjadikannya sebagai kuasa ekonomi utama.

Kenapa Venezuela?

Apa yang anda tahu mengenai Venezuela?  Venezuela merupakan sebuah negara yang memiliki rizab minyak terbesar di dunia kira-kira 303 billion tong rizab minyak dan pemilikannya lebih besar daripada Arab Saudi. Beberapa tahun kebelakangan ini, Venezuela mula membuat keputusan berbeza apabila negara mereka tidak hanya menerima matawang Dollar sebagai bayaran pembelian minyak, malah mula menerima matawang lain seperti Yuan (China) dan Euro dalam pembelian minyak.

Selain itu, Venezuela juga mula meneroka kerjasama ekonomi dengan negara-negara lain seperti China dan Rusia dan menyatakan minat untuk menyertai kumpulan negara BRICS (Brazil, Rusia, India, China, Afrika Selatan). Tindakan yang negara Venezuela ini lakukan dapat mengurangkan kebergantungan negara mereka kepada satu jenis matawang sahaja. Oleh itu, ia telah menjadi perhatian bagi negara-negara lain termasuk Amerika kerana berlaku perubahan pada cara mereka berdagang, perubahan pada sistem kewangan dan menyebabkan perubahan kepada keseimbangan kuasa global.

Sejarah Lama

Jika kita semak semula lembaran sejarah lama berkenaan perdagangan minyak dunia ini, ada beberapa negara pernah melakukan hal yang lebih kurang sama. Pada tahun 2000, Iran pernah mencadangkan penjualan minyak dalam Euro, dan pada tahun 2009, Libya pernah mencadangkan matawang minyak berasaskan dinar emas. Namun, apa yang terjadi pada kedua-dua negara ini adalah sama seperti apa yang sedang berlaku pada Venezuela. 

Cuma yang membezakan situasi hari ini berbanding 20 atau 30 yang tahun lalu adalah keadaan persekitaram global yang sudah berubah. Negara Rusia, China dan Iran dilihat semakin aktif berdagang menggunakan matawang tempatan, China mula membangunkan sistem pembayaran alternatif SWIFT seperti CIPS, keanggotaan negara-negara BRICS mewakili lebih 40% KDNK global, projek seperti mBridge membolehkan penyelesaian perdagangan antara bank pusat tanpa bergantung kepada Dollar, dan banyak lagi. Isu Venezuela yang terjadi sekarang ini  bukanlah disebabkan apa yang terpapar di berita, tetapi disebabkan peralihan struktur sistem kewangan dunia.

Kita pun tidak tahu bagaimana perkembangan dunia ini di masa 20 50 tahun akan datang. Sebagaimana perubahan dunia dengan teknologi internet dan AI yang pesat sekarang ini yang kita tidak pernah bayang pada suatu ketika dahulu. Mungkin suatu hari nanti matawang Dollar juga sudah tidak menjadi lagi matawang dunia, atau ada matawang negara-negara lain yang menjadi keseimbangan matawang dunia.

Dapatkan Ebook

'Knowledge Trading Version 2' Sekarang!

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Ir Sofian will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.