Nak Jana Keuntungan Dengan Emas?

Ramai yang nak melabur dalam emas tapi tak tahu macam mana nak jana keuntungan dengan emas ni. Ini adalah satu kerugian yang besar buat pelabur-pelabur yang tidak tahu macam mana nak menjana keuntungan dari pelaburan mereka itu.

Oleh sebab itu, ramai juga pelabur yang saya lihat mengalami kerugian disebabkan tidak tahu cara yang betul. Bila dah rugi, masing-masing mula takut untuk memulakan semula pelaburan dalam emas. Katanya merugikan. Ini bukan soal rugi. Sebab setiap pelaburan memang berisiko. Tapi ini soal anda tahu atau tidak bagaimana nak menjana keuntungan?

Jadi, saya terpanggil untuk menjawab persoalan dan pertanyaan yang bermain diminda pelabur-pelabur emas ni supaya mereka boleh melabur dengan hati yang senang.

#1 Tambah ilmu pengetahuan tentang emas

Point yang pertama ni paling penting bagi pelabur emas untuk ambil tindakan. Sebab tanpa ilmu, buatlah pelaburan apa pun, anda tidak akan dapat berjaya sepenuhnya. Ilmu ni sangat penting supaya anda tidak tertipu dengan scammer atau tersalah langkah dalam pelaburan.

Macam mana nak tambah ilmu?

Mula-mula anda boleh dapatkan sedikit sebanyak info melalui pakcik google. Cari dan hadam. Kemudian anda boleh pergi ke seminar-seminar emas yang dianjurkan oleh pihak yang pakar dalam pelaburan emas. Jangan sampai tersalah pergi ke seminar scammer pula ye.

Sebab tu penting untuk anda cari dan gali dulu ilmu di google. Dapatkan info pasal emas, pasal penipuan emas, pasal scammer emas. Supaya senang anda tapis pelaburan emas yang jenis scam ni.

Bila ilmu dah penuh di dada, baru lah anda boleh melabur dengan bijak.

#2 Beli emas dan simpan 

Anda boleh mulakan pelaburan dengan membeli emas dan simpan untuk jangka masa yang panjang. Oleh sebab pelaburan emas ni bukanlah pelaburan yang mendatangkan keuntungan dalam masa sehari, jadi jangan pula anda merungut atau bersungut bila nak dapat untung dengan emas ni.

Anda harus sedar, dengan menyimpan emas, anda juga telah membuat pelaburan yang sangat menguntungkan. Sebabnya anda sudah ada barang bernilai yang boleh dijadikan sebagai pelindung kekayaan anda. Jadi, anda sudah tidak perlu risau bila berlaku krisis atau inflasi sebab emas anda kalis inflasi.

Selain itu, apabila anda menyimpan emas untuk satu jangka masa, nilai emas tersebut telah meningkat dari nilai semasa anda membeli emas tersebut. Secara tidak langsung, kekayaan anda juga telah meningkat.

#3 Beli emas dan berniaga emas

Anda juga boleh beli emas sambil berniaga emas. Sekarang ni sudah banyak pengedar emas yang membuat sistem siapa beli emas sebanyak 3**** (contoh) akan automatik diserap menjadi dealer emas. Jadi mudah bagi anda untuk melabur sambil berniaga.

Sebab apabila anda berjaya jual emas kepada orang lain, anda akan dapat komisyen dari jualan tersebut. Ini juga mendatangkan keuntungan buat anda dan anda boleh menambah modal pelaburan hasil dari keuntungan tersebut.

Tapi ini bagi mereka yang suka melabur secara besar dan suka berniaga. Bagi pelabur yang tak suka untuk berniaga, hanya nak melabur saja pun tak apa.

#4 Trading jual beli emas

Anda juga boleh melabur emas dengan teknik trading iaitu beli, simpan dan jual. Kemudian anda beli lagi emas, simpan dan jual. Tapi, anda kenalah beli waktu harga emas rendah dan jual ketika harga emas tinggi.

Kalau anda guna teknik ni, anda kena tahu keadaan harga emas dunia dan anda juga kena tahu di mana nak beli emas yang mengikut harga emas dunia.

Sekiranya anda beli emas di kedai emas, memang anda tak akan dapat harga seperti harga emas dunia. Kedai emas tanggung banyak kos, sebab tu emasnya mahal berbanding emas yang dijual secara online.

Tapi, teknik ni bukan boleh dilakukan dalam masa seminggu dua. Paling cepat adalah dalam tempoh 3 bulan untuk anda buat pusingan trading tersebut.

#5 Pilih emas yang terbaik

Anda boleh beli emas dengan mengambil pilihan yang paling terbaik. Emas yang terbaik untuk pelaburan adalah emas 999 yang mengandungi 99.9% emas di dalamnya.


Anda boleh saja beli emas 916, tapi emas 916 mempunyai susut nilai yang tinggi jika anda nak jual semula. Oleh itu, lebih baik anda beli terus emas 999 yang sudah pasti susut nilainya rendah.

Seeloknya anda kenalah cuba untuk memaksimakan keuntungan anda dalam pelaburan emas ni. Pilih emas yang terbaik untuk pelaburan.

#6 Pilih emas bar atau syiling

Untuk pelaburan emas, selain anda pilih emas yang terbaik, anda juga harus pilih bentuk emas yang sesuai untuk pelaburan anda.

Bentuk yang paling sesuai untuk pelaburan adalah bentuk emas bar atau syiling seperti dinar. Emas perhiasan tak boleh ke?

Bukan tak boleh. Tapi emas perhiasan mempunyai susut nilai yang tinggi. Dalam pelaburan emas, anda kena memaksimakan keuntungan anda. Kalau anda boleh dapat emas dengan keuntungan yang tinggi, kenapa perlu pilih emas dengan keuntungan yang nipis?

#7 Beli emas untuk puratakan harga

Selain itu, anda juga boleh beli emas untuk mempuratakan harga emas tersebut. Dengan itu anda juga dapat mengaut keuntungan secara purata.

Macam mana puratakan harga?

Begini, sekiranya anda ada beli emas dengan harga mahal, apabila harag turun, anda beli emas lagi. Oleh itu, anda boleh puratakan harga emas tersebut dengan emas yang sebelum ni. Secara tidak langsung, anda sudah boleh mengurangkan kadar harga tersebut ke suatu harga yang kurang sedikit dari sebelumnya.

Oleh itu, dengan senang anda dapat jual kembali emas tersebut apabila harga tinggi. Jadi, anda tidak perlu tunggu harga emas tersebut lagi tinggi dari harga anda beli sebab anda sudah puratakan harga emas tersebut.

#8 Jual emas pada masa yang sesuai

Untuk menjana keuntungan, anda haruslah menjual emas anda pada masa yang sesuai. Masa yang sesuai adalah apabila nilai harga emas anda sudah meningkat sebanyak 30% ke atas atau 2 kali ganda dari nilai anda beli.

Macam mana nak tahu masa yang sesuai?

Anda kena tengok pada harga emas dunia. Kalau naik, anda boleh jual. Senang kata, nak jadi pelabur emas ni anda juga kena ada ilmu pengetahuan tentang macam mana nak tengok graf pasaran emas dunia. Baru anda tidak tersalah langkah.

#9 Manipulasi emas dengan teknik ar-rahnu

Selain itu, anda juga boleh guna teknik ar-rahnu untuk menjana keuntungan yang lebih. Sekiranya anda mahir menggunakan teknik ni, saya pasti anda akan dapat menjana keuntungan yang sangat memberansangkan.

Anda hanya perlu gadaikan emas anda dan beli emas lagi. Dan buat lagi langkah tersebut. Dalam masa yang sama anda juga jangan lupa untuk bayar ansur-ansur emas anda di ar-rahnu tersebut.

Teknik manipulasi harga emas ni sebenarnya sangat bagus, tapi anda kena hadamkan cara dan teknik yang betul. Sebab sekiranya anda salah langkah, emas anda boleh tergadai.

#10 Pelbagaikan pelaburan dan tambah aset

Anda juga boleh kembangkan lagi pelaburan anda dengan mempelbagaikan pelaburan yang lain. Hasil keuntungan dari pelaburan emas anda, anda boleh beli hartanah dan dapatkan keuntungan dari pelaburan tersebut.

Dalam masa yang sama anda dapat keuntungan, dan dalam masa yang sama anda juga dapat menambahkan lagi aset anda.

Jadi, apa tunggu lagi. Bertindak sekarang!

Anda boleh dapatkan info berkenaan emas di sini:

Please follow and like us:

Dapatkan Ebook

'Knowledge Trading Version 2' Sekarang!

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Ir Sofian will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.