Nak tahu sambungan?

Macam mana dengan posting saya?

 

Best tak tips-tips yang saya bagi?

 

Nak lagi ke sambungannya? Tak payah lah ye.. Ha ha

 

Komen ‘Say I’

Kalau betul anda nak lagi, kenalah bagi komen sikit. ‘Say I’ kat facebook saya, IrSofianFans.

 

Barulah saya semangat nak share lagi kepada anda semua.

 

Okey lah, ini adalah tips-tips yang seterusnya. Macam mana anda nak selamat dalam melabur emas. Kalau masih tertipu lagi dengan scammer, saya sendiri tak tahu nak cakap apa dah.

 

Anda sendiri fikirkanlah sebab ini masa depan anda.

“Nak tahu sambungan macam mana nak melabur emas?”

 

 

6. Beli emas yang Premium rendah

ir-sofian-akademi-jl-beli-emas-yang-premium-rendah

Kalau nak untung, kita juga kena pandai cari kedai emas yang mempunyai premium yang rendah. Premium itu apa?

 

Premium ini adalah perbezaan harga emas dunia dengan harga emas yang dijual. Kalau nak untung, belilah emas yang premium dia rendah bawah 8%. Sebab apa?

 

Sekurang-kurangnya harga emas yang dijual tu tak jauh beza sangat dengan harga emas semasa. Kira untunglah kita dapat beli harga emas yang nilainya lebih dekat dengan harga emas semasa.

“Seronok tak kalau dapat beli emas

hampir dengan harga spot?”

 

Kalau nilai premiumnya tinggi dari 8%, kira emas yang kita beli tu mahal lah. Sebab itu, kalau nak beli emas ni, anda kena pergi kedai ke kedai. Buat kajian dulu mana tempat yang jual harga berpatutan.

 

Kalau cari kedai emas online, harganya lebih murah sedikit berbanding harga emas di kedai sebab kos yang ditanggung adalah jauh berbeza.

 

7. Beli emas lama

ir-sofian-akademi-jl-beli-emas-lama

 

Kalau anda nak melabur emas, tidak semestinya anda kena beli emas baru yang condition emas tu tiptop. Anda juga boleh bermula dengan membeli emas terpakai.

 

Biar bercalar atau bengkok, asalkan emas tersebut boleh diterima di mana-mana pengedar emas. Pilih lah emas lama yang mudah untuk dijual dan nilainya masih kuat.

 

Lagi pula, kalau beli emas lama terpakai ni, harganya boleh dapat lagi rendah dari harga emas baru. Sekurang-kurangnya anda dapat meminimakan modal anda sebaik mungkin.

 

8. Beli emas besar

ir-sofian-akademi-jl-beli-emas-besar

 

Jika anda mempunyai modal yang besar, seeloknya anda beli emas yang lebih besar atau berat gramnya. Nak tahu sebab apa?

 

Sebabnya, jika anda beli emas yang lebih besar, anda boleh dapat harga yang lebih rendah berbanding anda beli emas yang kecil-kecil. Emas kecil-kecil seperti 1 gram atau 5 gram harganya lebih tinggi dari emas yang nilainya 10 gram atau 100 gram ke atas.  Semua ini sebab kos pembuatan yang ditangungnya tinggi.

“Lagi besar pelaburan emas,

lagi tinggi keuntungan yang diperoleh”

 

Tapi, jika anda beli emas besar, bukan sahaja harganya ni jauh lebih murah, malah susut nilainya juga rendah. Untung ke untung beli emas besar ni?

 

9. Jangan jual emas

ir-sofian-akademi-jl-jangan-jual-emas

Dalam konsep melabur ni, memang kena ada beli dan jual. Tapi yang saya maksud jual di sini adalah jangan jualkan emas yang anda beli dengan jangka masa yang pendek.

 

Nak untung besar kenalah tunggu lama sedikit. Lagi satu, jika anda jualkan semula, mungkin anda sudah tidak dapat lagi beli pada harga yang demikian.

 

Mana yang lagi menguntungkan jika anda beli emas dan jual pada 3 bulan kemudian berbanding anda beli emas dan jual selepas 5 tahun kemudian?

“Nak dapatkan keuntungan di dalam

pelaburan emas ni kena banyakkan bersabar

sebab ia makan masa yang panjang”

 

Anda sendiri boleh fikirkan mana lebih menguntungkan. Jika nak jadi pelabur, kena tahu lah yang nak dapatkan keuntungan besar tu makan masa yang lama. Oleh itu, jangan jual emas anda. Kalaupun anda terdesak memerlukan duit, pajakkan saja emas  anda dan dapatkan semula kemudian.

 

Melainkan harga emas tengah melambung tinggi, macam ketika waktu krisis dunia berlaku. Kalau anda nak jual emas anda ketika itu pun boleh. Tapi jangan jual semua. Sebab pelabur emas kena fikir jangka panjang lagi.

 

10. Buat perancangan

ir-sofian-akademi-jl-buat-perancangan

Dalam membuat pelaburan emas, anda kenalah buat perancangan yang terperinci dan mengatur strategi yang tepat.

 

Bila waktu anda nak beli emas?

Berapa gram emas anda nak beli?

Bila jangkaan tempoh masa anda nak jual emas anda kembali?

Di mana anda nak simpan emas anda?

Berapa kos yang perlu dilaburkan untuk upah simpan?

Berapa kos yang perlu dilaburkan beli emas?

 

Semua perancangan ini anda kena aturkan sendiri supaya anda boleh nampak perjalanan pelaburan emas anda. Biar nampak tersusun dan kemas.

 

11. Jangan ‘suka-suka’ pajak emas

ir-sofian-akademi-jl-jangan-suka-suka-pajak-emas

Jika anda sudah membeli emas, jangan suka-suka pajakkan emas anda tanpa keperluan yang mendesak.

 

Seperti anda perlukan wang segera untuk tampung sesuatu kos perubatan ke, kos pendidikan anak-anak ke, atau anda perlukan wang untuk beli hartanah ke.

 

Kalau anda ingin pajakkan emas sebab nak melabur lagi beli emas, anda boleh lakukan demikian dengan syarat anda ada ilmu pajak gadai. Jangan sampai emas anda tergadai di pajak gadai tersebut.

“..dalam pelaburan tiada istilah main-main..”

 

Hanya orang yang bijak akan kumpul ilmu dan aplikasikannya.

 

Saya cuma berkongsikan ilmu saya. Terpulang kepada anda samada anda ingin aplikasikan ilmu yang saya berikan ini atau anda hanya kongsikan kepada sahabat ada yang lain supaya orang lain boleh peroleh munafaat ini.

 

Sesiapa yang tertinggal bahagian 1 boleh klik SINI.

Dapatkan Ebook

'Knowledge Trading Version 2' Sekarang!

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Ir Sofian will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.