11

 

Ambil iktibar dari cerita ini ….

 

Berbaik sangka lah antara kita. Walaupun kita nampak zahirnya mabuk dengan arak, tapi hatinya mabuk dengan Allah سبحانه وتعالى

Sabda رسول الله صلى الله عليه وسلم , ketahuilah sesungguhnya di dalam jasad kamu itu ada seketul daging (hati) , jika dia baik maka seluruh badan kamu baik, jika dia jahat maka seluruh anggota badan kamu jahat.

Janganlah kita bergantung kepada zahir seseorang itu, kadang kadang kita nampak dia tak solat, berzina, minum arak dan sebagainya, jangan kamu benci dengannya, kalau nak benci, bencilah perbuatannya bukan zatnya.

Kenapa? Kerana iman itu berada di dalam hati . Walaupun zahirnya nampak tak baik, tapi hatinya dengan الله kita taktau. Hatinya penuh dengan kebaikan tapi takda orang yang nak gerakkan dan membantu kebaikan yang ada di dalam hatinya.

Sepertimana kisah daripada guru saya. Guru saya ikut jema’ah tabligh untuk beberapa hari. Setiap lepas solat asar mereka akan buat jaulah yakni mengajak orang atau da’wah rumah ke rumah . Seperti kerja para anbiya’ dan kerja رسول الله صلى الله عليه وسلم .

Kata guru saya, “Hari-hari saya keluar lepas asar hingga maghrib mengajak orang untuk hadir majlis ta’lim pada waktu malam, tapi takda satu pun yang nak ikut.”

“Hari pertama takda, hari kedua juga takda, sehinggalah ada satu hari saya pusing pusing ke pasar ,saya nampak ada seorang ,kemudian saya ajak dia ke masjid, orang itu tanpa banyak soal terus ikut saya.”

Alhamdulillah hari ini saya dapat ajak seorang . Saya sangat fana’ kerana terlalu seronok dapat da’wah orang ke masjid. Tapi masuk saja masjid, jemaah semua pandang ke arah kita, semua tidak suka dengan orang yang saya bawa sehingga ada yang baling kasut ke arahnya.

Saya peluk dia sebab nk jaga dia daripada dibaling kasut. Saya tanya mereka, “kenapa buat begini?” Mereka jawab, “Kamu bawa orang mabuk ke dalam masjid”. YaAllah dia mabuk kerana minum arak, saya sendiri pun mabuk kerana seronok sangat dapat da’wah dia ke masjid.

Mereka semua marah sehingga imam masjid juga marah. Saya kata tak baik marah marah seperti ini. Apakah makna da’wah kalau perilaku seperti ini?

Bukankah da’wah itu mengajak orang yang jauh daripada الله سبحانه وتعالى , yang sudah ada didalam masjid alhamdulillah. Saya tidak boleh tinggalkan dia, saya yang bawa dia, aib dan tak baik buat macam ni.

Kemudian orang yang dikatakan mabuk itu kata ,”takpa saya taknak keluar masjid, saya nak solat dengan kamu.” “Kamu ni mabuk mana boleh solat !”, kata jemaah disitu. Guru kata, “takpa kamu boleh solat dihujung masjid”.

Semua orang lari daripadanya, semua taknak rapat saf dengannya, tapi dia ikut saja, mereka ruku’ dia pun ruku’, mereka sujud dia juga ikut sujud. Sehinggalah kami selesai solat tapi dia masih sujud. Saya risau dengan dia sebab saya yang bawa dia.

Kata salah sorang jemaah , haa tengoklah orang gila kamu tu, tidur dalam solat. Takpa saya pergi tengok dia. Bila saya dah dekat dengan dia, saya tengok dia sudah meninggal tidak bernafas. Meninggal dalam keadaan sujud الله أكبر . Sebaik baik kematian adalah mati dalam keadaan sujud setelah syahid fi sabilillah

Hidayah itu ada didalam hati manusia. Kita nampak zahirnya orang mabuk dengan arak, tapi hatinya mabuk dengan الله . Mungkin bila dia masuk masjid dia bertaubat kepada الله سبحانه وتعالى , dia mohon maaf kepada الله . الله terima taubat hamba nya jika dia taubat sebenar benar taubat.

MasyaAllahh, hati manusia ini disisi الله سبحانه وتعالى . Baik sangka lah dengan semua orang. Mungkin pada hari qiamah orang yang kita sangka buruk itu dialah yang memberi syafa’ah kepada kita. Risau atas mereka kepada الله ,bukan risau atas diri kita sahaja. Doalah untuk mereka. Doalah untuk mereka

– Ad Da’ie IlaAllah Sheikh Abdullah Bin Muhammad Bin Salim Al Jahaf حفظه الله تعالى –

Copy paste wa : ‪#‎irsofian‬

Credit gambar : https://twitter.com/denny_zypher

Dapatkan Ebook

'Knowledge Trading Version 2' Sekarang!

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Ir Sofian will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.