Masjid Putra Heights

Masjid Putra Heights

 

Saham dan Pelaburan Akhirat

Saya tertarik dengan Poster ini sebenarnya.

 

Sebab apa eh ?

  1. Masjid Putra Heights ini masih dalam proses mendapatkan dana, dalam perancangan mereka memerlukan RM 15,000,000.00 untuk pembinaan masjid tersebut. Namun dana terkumpul setakat ini hanya 30% jika tidak silap saya.
  2. Cuba cari tapak cadangan masjid ini ….
    Cuba cari kubah kuning yang kelihatan tenggelam dek tingginya pembangunan sekitar ini.
  3. Di kiri gambar tersebut, adalah lokasi LRT station terakhir dan pertemuan antara LTR dari Kelana Jaya dan LTR Bukit Jalil. Dalam makna kata yang lain, masjid ini bakal menjadi medan pertemuan dan kunjungan ramai pengguna public tranport tersebut.
  4. Jikalau kita teliti lagi, konsep pembangunan di pusat LRT tersebut bagaikan KL Sentral yang begitu padat dengan manusia.
  5. Bersebelahan dengan pembangunan ini adalah plaza tol Putra Heights yang membolehkan orang ramai access dari Putra Jaya – KLIA – Shah Alam ke kawasan LRT.
  6. Di sebelah kanan tapak tersebut pula service apartment yang bakal menjadi pemangkin kepada kepesatan kawasan ini.
  7. Saya difahamkan bahawa pembangunan masjid ini akan di bangunkan sekali dengan sekolah tahfiz yang bakal menjadi nadi dan menseimbangkan pembangunan vs ketuhanan di kawasan ini.
  8. Jika diteliti kembali, pada mata saya masjid ini bakal menjadi ‘Masjid Negara’ yang wajib terdiri megah menjadi mercu tanda, pusat ilmu dan ‘masjid’ yang boleh di banggakan.
  9. Tabung yang telah di senarai kan di dalam Perbadanan Wakaf Selangor ini pastinya boleh mendapat tax exemption bagi sesiapa yang berniaga dan memerlukannya.
  10. Tn Hj Burhan : 019-386 6035 atau Tn Hj Maarof : 019-317 3895 adalah orang yang di hubungi atau pun bank in terus ke akaun tertera di dalam poster.

 

Mohon sampaikan dan war-warkan kepada sahabat handai anda juga boleh kan.

#irsofian

Dapatkan Ebook

'Knowledge Trading Version 2' Sekarang!

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Ir Sofian will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.