Mengapa Anda Perlu Melabur Dalam Saham ?

 

 

Di saat rakyat Malaysia kecoh dalam ruang social media facebook , memperkatakan tentang dividen Tabung Haji dan Amanah Saham.

 

tbg haji

 

buku asb

 

 

Juga ramai yang mengutuk kerajaan disebabkan oleh rate dividen yang tidak menepati kehendak mereka.

 

Bonus Tabung Haji 2015

 

asb dividen 2015

Sumber : Astro Awani

 

 

Sebenarnya mereka ini, patut bersyukur disebabkan kelebihan sebagai kaum bumiputera di Malaysia dapat dividen yang jauh lebih tinggi dari menyimpan di saving account.

 

 

Saya bukan nak pro kepada kerajaan, dan tidak menyokong rakyat marhain. Saya juga rakyat biasa dan bukan orang politik pun. Tidak ada apa-apa yang saya boleh dapat.

Akan tetapi , saya ingin membuka kotak minda bangsa yang mendakwa pribumi Malaysia ini agar berfikiran secara terbuka !

 

Cuba fikirkan :: Seandainya status Bumiputera bukan milik anda !!!

 

 

 

Saya adalah usahawan dan ramai daripada rakan dan client saya adalah kaum Tiong Hwa.

Sometime , apabila bersembang-sembang tentang perihal ekonomi.

Keluhan mereka seringkali keluar begini :

“ Lu banyak untung Sofian, lu orang Melayu banyak government bantu u. Simpan wang pun interest banyak tinggi”

 

Selalunya dari situlah wujudnya, erti kesyukuran dalam diri saya bahawa di negara yang saya cintai ini masih adanya tempat simpanan yang di jamin oleh kerajaan.

 

PESAN Ustaz : Jika kita bersyukur , Allah akan beri dan tambah lagi dan lagi !

Alhamdulillah 3

 

Satu perkara yang saya lihat ….

Ramai di kalangan bangsa lain, telah lama melibatkan diri dalam pelaburan saham.

Kenapa ye?

Saya cuba bertanya kepada otak saya, mengapa ?

Anda pun boleh bertindak begitu…

 

 

Satu daripada jawapan yang timbul adalah ….

Mereka ini, tiada pilihan lain. Dalam makna kata yang lain, disebabkan oleh tiadanya ‘tongkat’ yang memberikan dividen yang tinggi makanya mereka cuba mencari alternative lain yang boleh memberikan mereka keuntungan yang mereka harapkan !

Kata bidalan Melayu, mereka belajar memancing bukan di beri ikan.

 

berdikari

Sumber image : http://www.merahbirunews.com

 

Pengalaman saya berkunjung ke broker house untuk mendengar komentar dari pakar analisis tentang pasaran saham Malaysia,

90% daripada pendengar adalah mereka yang ‘tiada tongkat’ di atas tadi.

Mereka begitu taksub dan yakin dengan pandangan yang di berikan dan terus membuat pembelian saham yang dicadangkan.

 

gambar ihsan

Image : gambar perhiasan dari Google

 

Saya cuba belajar dari perjalanan hidup saya yang baru saya timba ini.

Saya cuba kaitkan dengan bahan ilmiah yang pernah saya baca mengenai manusia terkaya di dunia, Warren Buffet yang telah lama terjebak di dalam kancah pelaburan saham sejak muda lagi.

 

warrren buffet

Sumber image : google
Selama beberapa tahun, saya terlibat di dalam intraday dan swing trader di pasaran Saham Malaysia.

Saya muhasabah diri saya, adakah ini cara sebenar instrument PELABURAN SAHAM ini diwujudkan ?

 

Indices-in-Bursa-Malaysia

 

Perkara asas kita perlu tahu bahawa , wujudnya Pelaburan Saham adalah berpunca dari syarikat yang telah berkembang maju dan berjaya.

Kemudian mereka ini ingin mendapatkan dana tambahan untuk mereka expend perniagaan mereka.

Cara yang boleh mereka lakukan adalah mendapatkan dari orang ramai dengan cara yang halal iaitu mereka menjual share atau saham mereka dari syarikat tersebut kepada orang ramai.

 

Saham

Sumber image : Web site say.com

 

Apabila anda membeli saham syarikat tersebut, anda adalah salah seorang daripada pemegang saham syarikat itu.

Dalam makna kata yang lain, anda sebagai pemegang saham layak untuk mendapatkan dividen yang dikeluarkan oleh syarikat.

Pada masa yang sama juga, anda layak untuk mendapat keuntungan dari kenaikan harga saham (atau di sebut juga sebagai capital gain) hasil dari perkembangan yang positif dan baik syarikat tersebut.

 

Nahhh,

Inilah bentuk pemikiran orang yang tidak di beri ‘tongkat’ , mereka tidak merintih malah cuba mencari alternative lain untuk maju dan appreciate harta hasil pencarian mereka.

 

Persoalan yang selalunya timbul : MACAM MANA nak pilih kaunter saham ?

 

Part ini adalah part yang sangat penting. Nanti saya share ye !

 

 

 

Salam sayang, salam hormat.

 

#IrSofian

 

Dapatkan Ebook

'Knowledge Trading Version 2' Sekarang!

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Ir Sofian will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.