Belajar dari Kehidupan …..
Dalam hidup ini pastinya ada sesuatu event atau peristiwa yang apabila anda melihat sesuatu anda akan teringat kenangan di sebalik cerita peristiwa tersebut.
Itulah namanya kehidupan kan !
Setiap hari, pastinya ada sesuatu yang baru yang akan kita pelajari sama ada hendak atau pun tidak.
Kehidupan yang akan mendewasakan kita dari sejak kita bergelar MANUSIA.
Beza antara seseorang itu dengan orang lain adalah, cara MEREKA meneliti perjalanan kehidupan mereka dengan cara yang bijak sana dan bijak sini.
Cara mereka menganalisa apa yang dia pelajari dari apa yang dia belajar semalam untuk dia bawa kepada hari esok adalah berbeza antara seseorang manusia.
PASTInya, kata orang tua-tuan yang sangat sinonim dengan kita :
Orang tua banyak pengalaman, sebab dia lebih banyak makan garam !
Namun,
Jika kita mengatakan orang tua banyak pengalaman pun tidak jugak kan,
Sebabnya ada juga anak muda yang jauh lebih hebat dari orang tua !
Dan tidak juga kita boleh mengatakan bahawa orang yang banyak makan garam itu banyak pengalaman.
Yang terbaik adalah, jangan kita pertikaikan kata-kata tersebut , ia nya hanyalah simpulan bahasa orang lama-lama yang ingin menterjemahkan maksud Orang Tua Banyak Pengalaman sebab perjalanan hidup mereka yang sudah panjang.
Baiklah,
Cerita berkaitan dengan tajuk di atas,
Ia bermula dari saya ‘terselak’ file lama waktu saya hendak membuat backup file.
Al maklumlah, segala-galanya sumbat dalam kepala komputer penuh jugak akhirnya kan . So sesekali kena buat maintenance laa kan ! Otak kita pun sama jugak, kena bagi teratur dan structured untuk mudah kita berfikir dan buat kerja dengan efficient.
Tajuk program :
Workshop Dunia Pelaburan Saham – Emas – Hartanah 2013
anjuran Richworks International di bawah kelolaan Trainer dan Mentor No. 1 Asia Dr. Azizan Osman dan Tuan Jerry Zafrul Rizal.
Di dalam program ini, Richworks menghimpunkan 3 tokoh yang bercakap dari bidang kepakaran masing-masing iaitu
Pelaburan Saham – Tn Hj. Asri Ahmad
Pelaburan Emas – Ir Sofian (kenal tak ?)
Pelaburan Hartanah – Tn Saufi Karim
Saya ingat masa itu, kami semua bergabung tenaga buat road show menjelajah negeri :
Kuala Lumpur, Kelantan, Johor Bahru, Selangor, Pulau Pinang
Pada bulan September 2013
Kemudiannya satu round lagi pada akhir tahun 2013 kami menerjah negeri :
Kuala Lumpur, Johor Bahru, Kelantan, Pulau Pinang, Selangor dan Sabah pada bulan November 2013
Penutupnya pula, Richworks mengadakan Program Outlook 2014 di Wisma MCA, Jalan Ampang , KL.
Cuba lihat posting artikel saya di bawah,
Artikel ini saya buat secara berkala dulu dan kami sampaikan kepada subscriber kami secara percuma untuk bahan bacaan tambahan mereka.
Di bawah ini,
Saya kepilkan artikel yang mempunyai 68 pages
yang saya sebut di atas tadi, moga ianya dapat memberi munafaat kepada anda.
Workshop Dunia Pelaburan Saham – Emas – Hartanah 2013 & Outlook2014
2013 telah berlalu ….
2014 dan 2015 juga telah pergi
Tetapi apa saya kenalpasti adalah ,
event yang besar anjuran Richworks ini yang saya juga salah seorang speaker yang terlibat secara terus,
ianya menyumbang kepada proses kematangan saya di dalam kehidupan ini.
Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Richworks Group terutamanya guru saya Dr. Azizan Osman dan Tuan Jerry Zafrul Rizal kerana memberi peluang kepada saya untuk menyemai benih ilmu kepada peminat ilmu pelaburan khususnya kepada anak bangsa saya.
Moga perjalanan selepas ini, akan menjadikan saya lebih hebat dan berkarisma lagi dan memberi inspirasi kepada orang lain.
Aminnn
#IrSofian