Ke mana arah GOLD sekarang ?
Ada student bertanya soalan di atas..
Saya hanya mengatakan gold ‘sedang mencari arah’ perjalanannya sekarang….
Adakah itu jawapan ‘selamat’ yang boleh saya keluarkan ?
Pastinya sukar untuk menerima jawapa begitu kan !
Yang pasti ia bukan jawapan ‘selamat’ dari saya , akan tetapi ia adalah jawapan saya dengan berdasarkan kepada observation saya terhadap pasaran emas sekarang.
Cuba anda pembaca yang saya kasihi lihat chart di bawah ini ….
- Secara overall, saya lihat gold telah mencapai tahap tertinggi sebelum ini
- Pembentukan bentuk ‘U’ atau parabolic yang membawa harga #gold mencapai ke tahap 1283 $/oz pada bulan lepas.
- Retracement yang saya jangkakan berakhir pada 1180 tidak hit lagi dan telah tersekat di 1210.
- dan pembentukan chart sendiri yang menunjukkan formasi yang tiada trend kepada gold market.
- Cuba perhatikan kepada ‘circle’ yang berwarna coklat di dalam chart di atas, saya melihat price tersebut menjadi halangan buat masa ini kepada gold untuk bergerak turun ke bawah lagi.
Saya cuba tunjukkan blow up chart yang terdapat 3 garisan biru di atas .
Sila lihat ini dan fahamkan.
Chart di atas memberi erti yang besar terhadap garisan yang saya ambil dari previous high .
Since anda lihat pembentukan gold market yang terkurung di dalam segi tiga di atas.
Pastinya , gold perlu mencari kekuatan yang luarbiasa dari news yang kuat untuk menggerakkan ia keluar dari sangkar tersebut dan membentuk trend yang terkini.
Salam ceria
IrSofian